Soalan 1
Setelah menonton video tentang LO 1, maka bincangkan hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia (sebelum merdeka, selepas merdeka dan sekarang)Selepas menonton video LO 1, hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia dapat diklasifikasikan kepada 3 keadaan iaitu, sebelum merdeka, selepas merdeka dan pada waktu sekarang. Pembangunan ekonomi dalam sesebuah negara adalah berkait rapat dengan kestabilan sosioploitik sesebuah negara dimana kekayaan daripada negara tersebut dapat diagihkan kepada setiap etnik dengan adil dan saksama. Pada zaman sebelum merdeka sewaktu negara masih dijajah. Pihak penjajah mengamalkan dasar pecah dan perintah dimana bermulanya pengenalan kaum yang melibatkan penempatan dan fungsi ekonomi berdasarkan sesuatu kaum. Konsep dasar pecah dan perintah ini mengakibatkan perbezaan jurang ekonomi yang ketara diantara sesuatu kaum dan telah mengakibatkan impak negatif. Impak negatif wujud akibat perasaan tidak puashati yang wujud disebabkan jurang ekonomi yang terlalu besar diantara setiap kaum. Selepas menikmati kemerdekaan, jurang perbezaan dari segi ekonomi masih lagi dirasai kerana kerajaan pada waktu awal kemerdekaan masih mengamalkan dasar ekonomi penjajah. Ini dapat dilihat dari perbezaan peratusan jurang ekonomi pada awal tahun 1970 dimana isu kemiskinan antara kamu adalah amat ketara dimana kaum melayu (64.8%), kaum india (39.2%), lain-lain (44.8%) berbanding kaum cina (26%). Pada ketika ini, selaku Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Tun Ghafar Baba melihat jurang perbezaan antara kaum adalah amat tinggi dimana kaum melayu hanya tertumpu kepada pertanian dan perikanan. Ini mungkin disebabkan oleh taraf pendidikan, tiada modal, kurang pengetahuan pengurusan, corak pekerjaan tradisional dan taraf pemikiran yang belum berkembang. Bagi kaum india pula, mereka hanya tertumpu kepada aktiviti mejual kain dan menoreh getah. Manakala kaum cina terlibat dengan aktiviti perlombongan dan perniagaan serta kaum peribumi pula lebih menjurus kepada aktiviti mencari hasil hutan dan anyaman. Untuk mengatasi masalah ini, pelbagai dasar telah diperkenalkan diantaranya Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah membantu mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum. Pada masa sekarang, jurang perbezaan antara kaum telah mulai berkurang disebabkan setiap kaum bebas memilih aktiviti mereka dalam menjana pendapatan. Tiada lagi tertumpu kepada aktiviti tertentu seperti yang diamalkan pada zaman awal kemerdekaan. Pada masa sekarang dizaman teknologi ini, setiap kaum hanya perlu bertindak bijak dalam menjana ekonomi dan pendapatan berdasarkan faktor persekitaran dan zaman yang serba maju. Ini memastikan persaingan sihat antara kaum di Malaysia.
Soalan 2
Setelah memahami LO 2, terangkan bagaimanakah kedudukan ekonomi Bumiputera / Kaum Cina / Kaum India / Kaum lain sebelum dan selepas Dasar Ekonomi Baru? Sila pertimbangkan impak jawapan anda ke atas keadaan politik, ekonomi dan sosial semasa.Sebelum DEB diperkanalkan, jurang ekonomi antara kaum adalah amat ketara, Ini menyebabkan wujud perasaan tidak puas hati antara kaum dan faktor pemangkin tercetusnya tagedi 13 Mei . Tragedi 13 Mei 1969 menyaksikan kerajaan terpaksa memikirkan jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah jurang perbezaan ekonomi ini. Selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan pada tahun 1970, kedudukan ekonomi Bumiputera / Kaum Cina / Kaum India dan Kaum lain adalah lebih terjamin dan jurang perbezaan serta ketidaksamarataan pendapatan dapat dikurangkan. DEB telah berjaya mewujudkan perpaduan antara kaum dengan mengurangkan jurang perbezaan ekonomi, pembangunan, pendidikan dan sebagainya. Fokus DEB yang meinitikberatkan kepada mengurangkan jurang kemiskinan tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat tanpa mengikut fungsi ekonomi kaum. Ini adalah sebuah proses dalam membentuk perpaduan nasional antara kaum. Disamping itu, DEB yang bertindak sebagai serampang 2 mata memastikan penyatupaduan antara etnik dan memastikan kaum melayu keluar dari kepompong dan cuba berkecimpung dalam bidang perdagangan, perindustrian dan perniagaan. 2 objektif utama DEB iaitu membasmi kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat telah membantu setiap kaum beroleh hak masing-masing tanpa hanya sesuatu kaum menikmati kekayaan hasil negara. Ini memastikan setiap kaum dapat bekerjasama dalam memastikan ekonomi negara tidak terjejas dan membantu menaiktaraf kehidupan kaum masing-masing serta memastikan konflik antara kaum dihapuskan. Dari segi politik DEB telah memastikan setiap kaum bertindak dan memainkan peranan masing-masing dalam menjaga kestabilan ekonomi dan hubungan antara kaum yang jauh lebih besar daripada kepentingan sesuatu kaum. Disamping itu, ekonomi dan sosial setiap kaum lebih kukuh berbanding sebelum wujudnya DEB. Ini mengakibatkan perpaduan nasional dapat diteruskan kerana setiap kaum memahami dan menghormati setiap hak antara kaum.
Soalan 3
Video LO 2 juga ada membincangkan berkenaan dasar-dasar yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan dalam memacu ekonomi negara. Huraikan dasar-dasar yang berkaitan dengan isu agihan dan pertumbuhan ekonomi di Malaysia.Dasar-dasar yang berkaitan isu agihan dan pertumbuhan ekonomi di Malaysia ialah : Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1971-1990: Matlamat DEB adlah bertindak sebagai serampang 2 mata iaitu memastikan penyatuapaduan etnik dan memastikan kaum melayu mampu untuk melibatkan diri dalam bidang perdagangan, perniagaan dan perindustrian. Selain itu, perpaduan nasional turut menjadi fokus utama DEB. DEB turut menekankan kepentingan mencapai sasaran sosio eknomi supaya mencapai objektif perkembangan ekonomi dalam memastikan keharmonian dan perhubungan antara pelbagai etnik terjamin. Dasar Pembangunan Nasional (DPN) 1991-2000: DPN bertindak memastikan DEB mencapai matlamat dan turut memastikan jurang perbezaan ekonomi bukan sahaja melibatkan antara etnik namun melibatkan antara golongan kaya dan miskin serta antara wilayah. Ini dapat dicapai melalui prinsip pembangunan seimbang dan pengagihan saksama bagi mencapai keadilan sosial dalam memperkukuhkan perpaduan negara. Dasar Wawasan Nasional (DWN) 2001-2010: Dasar ini merupakan pelengkap kepada DEB dan DPN, Ini memastikan perpaduan nasional Bangsa Malaysia yang berdaya saing, berdaya tahan, bersatu padu, progresif, makmur dan saksama dalam memastikan perpaduan serta kestabilan sosial. Model Ekonomi Baru (MEB) 2010 : Matlamat utama MEB ialah menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan menghasilkan rakyat yang berpendapatan tinggi, kemampanan dan keterangkuman dalam mencapai pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang lebih tinggi untuk dekad seterusnya. MEB turut memastikan wujud perasaan kekitaan antara masyarakat dan memastikan tiada kumpulan masyarakat terpinggir.
Soalan 4
LO 3 menekan isu globalisasi dan ekonomi. Bincangkan peranan globalisasi dan impaknya kepada keadaan ekonomi multi-etnik di Malaysia. Juga fokus kepada kekuatan kepelbagaian etnik di Malaysia (yang tiada pada negara lain) dalam menyumbang kepada kelestarian ekonomi Malaysia.Globalisai mempunyai 2 kesan utama iaitu kesan positif dan kesan negatif. Impak globalisasi kepada ekonomi multi-etnik di Malaysia dapat dilihat dari pelbagai aspek. Kesan positif daripada globalisasi ini adalah ekonomi dapat dijana dengan lebih pesat kerana mempunyai pasaran yang lebih luas dan para pelabur turut berminat melabur dalam negara dan ini menimbulkan peluang pekerjaan. Ini seterusnya membantu rakyat meningkatkan dan meluaskan pasaran. Kesan negatif globalisasi pula menyebabkan berlakunyta monopoli dimana yang kaya semakin kaya dan miskin menjadi semakin miskin atau ditahap yang sama. Namun begitu, globalisasi memberi kesan positif di Malaysia kerana pertumbuhan dan struktur ekonomi yang pesat telah membantu mengurangkan jurang perbezaan antara kaum yang membantu memastikan persaingan sihat dan mewujudkan keharmonian dan kesepaduan sosial. Ini membantu dalam memastikan kelestarian ekonomi rakyat Malaysia yang multi-etnik.