LAPORAN AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL
Antara amalan terbaik dalam pembangunan sosial ialah sedekah. Secara umumnya, sedekah ialah bantuan kepada orang-orang fakir dan miskin. Sedekah boleh menjadi penyebab rezeki seseorang itu bertambah berlipat ganda. Perkara ini dinyatakan oleh Allah Taala dalam Al Baqarah (2) : 261 iaitu: “Perumpamaan orang-orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui”. Rasulullah bersabda yang bermaksud dalam Hadis Riwayat Bukhari, “Setiap sendi manusia perlu bersedekah, setiap hari matahari terbit ada orang mengadili dua orang adalah sedekah. Membantu orang dengan mengangkat barang ke atas binatang tunggangan adalah sedekah. Satu kalimah yang baik adalah sedekah. Setiap langkah untuk mengerjakan solat adalah sedekah dan membuang sesuatu berbahaya di jalanan adalah sedekah. Selain itu, Islam menyarankan umatnya bersedekah dengan barang yang disenangi penerima. Allah melarang bersedekah dengan benda yang tidak baik kerana bersedekah adalah ibadat dan tanda mensyukuri nikmat Allah. Selain itu, sesuatu yang disedekahkan adalah perlulah yang halal, bukan haram atau subahat. Di samping itu, sunat bagi pemberi sedekah atau penderma bersedekah dan menderma daripada benda yang disukai dan disayangi, tidak kira sama sedikit atau banyak. Kita perlu bersedekah dengan disertai keikhlasan, bukan mengungkit, merungut, membidas dan menyakiti hati orang yang menerima sedekah kerana perbuatan ini haram dan merosakkan amalan bersedekah. Tambahan lagi, sedekah yang diberikan secara sembunyi lebih afdhal, ibarat tangan kanan yang memberi, tangan kiri tidak mengetahuinya. Dengan kata lain, sedekah ini dapat memberi pahala yang banyak, ketenangan jiwa dan rezeki yang melimpah ruah kepada pemberi sedekah.