Osmainiza Binti Osman's 9.A1 : AKTIVITI 1 - OpenLearning

Soalan 1

Kenalpasti ciri-ciri utama sistem pendidikan di Malaysia berdasarkan sejarah perkembangannya dari zaman sebelum merdeka hingga kini.
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA 1600 – 1990) Sejarah Awal Pendidikan di Tanah Melayu Corak pendidikan yang ada di waktu ini berbentuk bukan formal. Ia wujud dan berkembang bersama-sama pengembangan agama Islam di negari-negeri SemenanjungTanah Melayu dan kepulauan Melayu pada abad ke 14. Pedagang Arab dan India yang beragama Islam datang ke kawasan Asia Tenggara. Di waktu itu wujudnya institusi pendidikan yang dinamakan ‘sekolah pondok’. Sekolah pondok ini dibangunkan dan dimajukan bersama secara gotong royong di kalangan masyarakat setempat. Penekanan hanyalah kepada pengajaran kitab suci Al-Quran, tingkah laku dan akhlak yang baik, pengetahuan dan juga sifat kerohanian. Pada abad ke 18 dan 19 di Terengganu, Kelantan dan Kedah yang paling banyak sekolah pondok. Ramainya tokoh-tokoh agama muncul menyebarkan agama Islam di Semenanjung TanahMelayu. Sekolah pondok juga merebak di Semenanjung Tanah Melayu termasuk Singapura. Sehingga sebelum abad ke 20 masih tiada sistem dan organisasi pendidikan berbentuk formal. Terdapat juga sebilangan pelajar yang mempelajari pendidikan agama di sekolah-sekolah pondok yang ditubuhkan oleh para ulama Islam yang terkenal pada zaman tersebut. Sekolah-sekolah jenis ini masih boleh dilihat sekarang di negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah. Pada amnya pendidikan tradisi ini mempunyai kurikulum yang terlalu sempit kerana pelajaran adalah terhad kepada teks Al-Quran sahaja. Namun, kelebihan yang boleh diperolehi daripada aspek pengajaran sebegini ialah ia telah berjaya mewujudkan ramai tokoh agama yang bukan sahaja terkenal dalam bidang agama, tetapi juga mempunyai tahap etika yang amat tinggi. 2. Pendidikan Di waktu Penjajahan Inggeris (1800 hingga 1956) Sistem pendidikan diwaktu ini adalah warisan budaya pendidikan zaman pemerintahan Inggeris. Diwaktu zaman ini terbentuk lima jenis persekolahan iaitu Sekolah Vernukular Melayu, Sekolah Vernukular Cina, Sekolah Vernukular India, Sekolah Vernukular Inggeris dan Sekolah Agama ( Madrasah ). Ciri-ciri sebegini rupa terbentuk keranamengambil kira faktor politik, ekonomi, sosio-budaya dan agama. 3. Pendidikan Sebelum Merdeka (1941 hingga 1956) Waktu pemerintahan Jepun (1941 hingga 1956) Pendidikan Tamil dan Pendidikan Melayu diteruskan dengan ditambah bahasa Jepun. Penubuhan sekolah Nippon-Go untuk menggantikan Sekolah Vernukular Cina dan Inggeris. Pengajaran lebih ditekankan lagu-lagu klasik Jepun dan Kebudayaan Jepun.Selepas tamat Perang Dunia Kedua 1946, Inggeris kembali semula ke Tanah Melayu. Keadaan sistem pendidikan diwaktu ini bercelaru, orang Melayu telah mula kuat semangat nasionalisme dan masyarkat Cina, India masih mahu kekal bermastautin di Malaya. Selain daripada itu dikalangan orang Melayu mula timbul kesedaran untuk memajukan pendidikan. Melalui pendidikan, ekonomi dan sosial orang Melayu ditingkatkan. Atas desakan dan kesedaran orang Melayu untuk memperluaskan peluang pendidikan untuk kanak-kanak Melayu. Kaum Melayu mula mendesak pihak kerajaan Inggeris memperbaiki keadaan pendidikan di sekolah-sekolah Melayu. Maka pada tahun 1950satu Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh L.J.Barnes telah ditugaskan untuk menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan orang Melayu. Pada tahun 1951terbentuklah Jawatankuasa L.J.Barnes fokusnya kepada pendidikan orang Melayu dan membawa kepada seluruh sistem pendidikan perlu dirombak semula. 4. Perkembangan Pendidikan Dari Tahun (1957 hingga 1970) Dalam waktu ini bagi menjelaskan perkembangan pendidikan ada baiknya dilihat kronologi peristiwa perkembangan yang berlaku didalam sistem pendidikan untukmemberikan gambaran yang jelas mengenainya 1. Malaya merdeka pada 31 Ogos 1957 2. Laporan Rahman Talib 1960 3. Pendidikan rendah percuma 4. Peperiksaan masuk sekolah menengah dimansuhkan 1964 5. Pendidikan menengah komprehensif atau pendidikan aneka jurusan Diperkenalkan 1965 6. Peperiksaan darjah lima diperkenalkan 1967 7. Jawatankuasa perancangan pelajaran tinggi dibentuk membawa tertubuhnya Majlis Pelajaran Tinggi 1968. ITM,TAR,UKM 8. 1967 Laporan Khir Johari dikemukakan dan Akta Bahasa Kebangsaan diluluskan. 9. Peristiwa 13 Mei 1969 - ekoran dari itu Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara sebagai panduan, perumusan dari pendidikan dan matlamatnya. 10. Majlis Operasi Kebangsaan- kehidupan kampus pelajar UM. Laporan Majid 1971 dikemukakan. 11. Laporan Murad 1973 a. kandungan keciciran pelajar 12. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran atau Laporan Kabinet 1979. - Laporan Kabinet mencadangkan-KBSR terlaksana 1983 dan KBSM pada 1989. 13. Perkembangan Pendidikan dari Tahun 1970 hingga 1990 Tahun-tahun diantara 1970 hingga 1990 merupakan era penyusunan semula sistem pendidikan di Malaysia. Usaha dan tumpuan yang lebih bagi pihak kerajaan reformasimenyeluruh dalam sistem pendidikan. Ini bertujuan bagi mencapai matlamat membinasebuah masyarakat yang bersatu padu yang mempunyai identiti sendiri.Oleh itu dasar-dasar pendidikan yang mendokong semangat kebangsaan. Penyusunan organisasi pendidikan yang selaras meliputi peringkat sekolah pada peringkat Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah sama ada di Semenanjung, Sabah dan Sarawak supaya mengikuti dasar kerajaan. Struktur kurikulum untuk sekolah, pendidikan guru dan pendidikan tinggi supaya wujud kesinambuangan dan kerelevanan peringkat-peringkat pendidikan.Seterusnya ia dapat memperbaiki keadaan demokrasi dan ekuti dalam pendidikan agar wujud kesamarataan penyertaan untuk etnik dan geografi. Pendidikan dalam zaman sebelum pemerintahan Inggeris ia bercorak non-formal.Kedatangan penjajah pula telah banyak menimbulkan masalah dan mempengaruhiperkembangan sistem pendidikan. Pendidikan agama telah berubah corak denganpenubuhan Sekolah Agama Islam yang moden dikenali dengan nama ‘Madrasah’.Laporan L.J.Barnes (1951) merupakan komponen yang penuh kontroversi. Iamemperlihatkan kepentingan sesuatu etnik sahaja. Laporan Razak (1956) dan LaporanRahman Talib (1960) telah menjadi asas penggubalan Dasar Pendidikan KebangsaanDasar –dasar yang penting dikemukakan oleh Laporan tersebut dimaktub ke dalam AktaPelajaran 1961. Sehingga tahun-tahun selepas kemerdekaan hingga 1970 dianggappenyusunan semula sistem pendidikan bukan sahaja di Semenanjung juga di Sabah diSarawak. Tahun tujuh puluhan hingga sembilan puluhan bolehlah dianggap sebagai erapembangunan dan pengukuhan sistem pendidikan serta memperolehi pendidikanberkualiti. PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN SELEPAS MERDEKA Perkembangan sistem pendidikan di Malaysia selepas merdeka bermula pada tahun 1963 hingga 1975. Tahap pertamanya (1963-1965) pula menekankan perlaksanaan Akta Pelajaran 1961. Antara yang dilaksanakan dalam tahap pertama ini, termasuklah pemansuhan Peperiksaan Masuk Sekolah Menengah (1964), penubuhan sistem Pendidikan Aneka Jurusan (1965) dan penubuhan Pusat Latihan Daerah. Tahap kedua (1966-1970) pula dilaksanakan dibawah Rancangan Malaysia Pertama yang digubal untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial yang timbul pada masa itu. Antara yang dilaksanakan dalam tempoh ini termasuklah penubuhan Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional, penyelarasan sistem pendidikan melalui Polisi Pendidikan Kebangsaan serta penubuhan Lembaga Peperiksaan Malaysia. Tahap ketiga (1971-1975) merupakan pengubahsuaian sistem pelajaran dan latihan untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan ekonomi serta mengeluarkan lebih ramai tenaga kerja mahir bagi melancarkan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Antara yang ditekankan ialah peranan pendidikan dalam perpaduan (Rancangan Malaysia Kedua), penubuhan Rukun Negara dan Pusat Pengajian Sains. PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN SEMASA Dalam jangka waktu ini, ideologi negara bagi sistem pendidikan adalah Rukun Negara dan tumpuannya adalah sejajar dengan pembangunan negara. Aspek yang sangat penting dalam pendidikan iaitu berkaitan dengan etika turut ditekankan dalam Rukun Negara, iaitu ‘Kesopanan dan Kesusilaan’. Aspek ini sering diaplikasikan dalam banyak mata pelajaran yang diajar di sekolah-sekolah bagi mewujudkan para pelajar yang tinggi moral dan etika mereka. Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran ditubuhkan pada bulan September 1974 untuk mengkaji pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan bagi: “Mengkaji semula matlamat dan berkesannya sistem pelajaran sekarang, termasuk kurikulumnya, dalam rangka dasar palajaran yang wujud, dengan tujuan untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi sama ada dari segi jangka pendek mahupun jangka panjang, dan lebih-lebih lagi untuk memastikan bahawa sistem pelajaran itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih.” (Sumber: Education In Malaysia, 1980) Mengikut Laporan Kabinet pada tahun 1979 bagi peringkat sekolah rendah iaitu kurikulum, kemahiran adalah tertumpu kepada bidang komunikasi, alam sekitar, perkembangan diri yang menekankan aspek 3M dan perkembangan bakat, membantu murid yang lemah serta mengadakan program pengayaan, pengajaran pemulihan diperbaiki lagi dan Kurikulum Baru Sekolah Rendah dicadangkan. Bagi peringkat sekolah menengah pula, sistem baru bagi pelajaran vokasional, jurusan perdagangan dipertingkatkan, penekanan terhadap mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa, penekanan kepada aktiviti ko-kurikulum, bimbingan dan kaunseling diwujudkan di sekolah serta Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dicadangkan. Pada tahun 1990-an, peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR), Penilaian Menengah Rendah(PMR), Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM) telah diperkenalkan. Selain itu, beberapa akta telah digubal untuk memantapkan sistem pendidikan di negara ini termasuklah: i. Akta Pelajaran 1995 ii. Rang Undang-Undang Pendidikan 1995 iii. Rang Undang-Undang Institusi Pengajian Tinggi Swasta 1996 iv. Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej(Pindaan 1996) v. Rang Undang-Undang Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 vi. Rang Undang-Undang Lembaga Akreditasi Negara 1996 Perkembangan terhadap sistem pendidikan berterusan sehingga ke hari ini antaranya termasuklah penubuhan Sekolah BESTARI 1995, Koridor Raya Multimedia 1999, Ujian Bahasa Inggeris(MUET), PSMI 2003, Sekolah Wawasan dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006. Perlaksanaan pelbagai program ke arah perkembangan sistem pendidikan ini akan berlanjutan untuk masa-masa yang akan datang. Pelajar-pelajar yang dahagakan ilmu pengetahuan terus meningkat dari setahun ke setahun dalam mendaftarkan diri mereka ke sekolah-sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia.

Soalan 2

Bincangkan bagaimana ciri-ciri yang dinyatakan di atas mempengaruhi perhubungan antara pelajar-pelajar pelbagai kaum dan agama.
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pelbagai usaha untuk memertabatkan bahasa Melayu telah dilakukan oleh pembesar-pembesar Melayu pada masa itu. 1956 Penyata Razak telah dilaksanakan setelah diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran pada tahun 1957. Bahasa Melayu telah diberi hak keistimewaan sebagai bahasa penghantar disemua sekolah. Bahasa Melayu telah menjadi alat perpaduan kebangsaan dan alat komunikasi pelbagai kumpulan etnik,i dialek serta bahasa. Menurut Penyata Razak (1956) juga bertujuan untuk mewujudkan sebuah rakyat bersatu-padu melalui sistem persekolahan yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar yang utama. Pernyataan ini disemak oleh sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Abdul Rahman Taib, beliau merupakan Menteri Pelajaran pada masa itu dan jawatankuasa itu telah mengeluarkan Laporan Rahman Taib (1960). Dasar bahasa pendidikan Malaysia iaitu, peranan bahasa Melayu menjadi bahasa penghantar utama bagi semua system pendidikan formal peringkat sekolah rendah kebangsaan, menengah, dan pengajian tinggi. Pengiktirafan ini telah diwartakan dalam akta pendidikan 1961. Umumnya, dalam pendidikan usaha memupuk perpaduan dan persefahaman disalurkan melalui kurikulum dan ko-kurikulum sekolah. Selain itu, peranan dan status bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar pendidikan terutamanya diinstitusi-institusi pendidikan tinggi swasta mengalami perubahan atau penambahbaikan apabila pihak Parlimen Malaysia meluluskan Akta Pendidikan 1996. Berpaksikan Seksyen 2 dalam Akta 1996, dapat ditafsirkan bahawa bahasa kebangsaan dapat dijadikan bahasa penghantar di semua institusi pendidikan dalam system pendidikan kebangsaan. Namun demikian, menurut Seksyen 17 (1) menteri diberi peruntukan kuasa untuk mengecualikan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar disesebuah institusi pendidikan. Peruntukan tersebut secara jelas memastikan bahawa peranan dan status bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar telah mengalami perubahan yang positif dan dinamik. Sistem persekolahan yang sama bagi semua Pada asasnya Laporan Razak mencadangkan penubuhan sekolah-sekolah umum yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya dan sekolah-sekolah jenis umum menggunakan bahasa pengantar Cina, Tamil dan Inggeris. Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa untuk perpaduan jelas dinyatakan. Laporan ini telah menjadi rujukan sebagai dasar pendidikan kerajaan sehingga kini & bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar di semua peringkat sekolah. Kurikulum yang sama Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukun Negara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara (modal insan). Sukatan pelajaran yang seragam Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata Razak adalah dianggap sebagai salah satu asas sistem pelajaran kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan negara. Mata pelajaran Sejarah memainkan peranan penting ke arah matlamat pembangunan. Melalui pelajaran Sejarah diharapkan dapat membina semangat perpaduan dan perasaan hormat menghormati terutama dalam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan adat resam. Sukatan pelajaran yang seragam membolehkan pandangan dunia (world view) setiap kaum di Malaysia hampir sama & tidak mewujudkan perselisihan dalam persefahaman. Peperiksaan yang seragam Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam. Dengan adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah. Langkah ini boleh menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama. Pakaian sekolah yang seragam. Faktor utama diseragamkan pakaian di kalangan pelajar-pelajar bertujuan untuk menggalakkan, integrasi sosial di kalangan masyarakat majmuk negara ini. Pada 29 Jun 1969, Menteri Pelajaran, Encik Abd. Rahman Yaacob telah mengumumkan pakaian seragam sekolah yang berkuatkuasa pada 1970. Untuk murid-murid sekolah rendah baju putih dan seluar pendek biru tua. Murid-murid perempuan di sekolah menengah memakai baju putih dan `penafores’ berwarna biru laut. Bagi murid-murid lelaki memakai baju putih dan seluar pendek biru tua. Manakala pelajar-pelajar tingkatan enam pula, bagi penuntut perempuan baju putih dan skirt warna biru laut dan bagi lelaki baju putih dan seluar panjang putih. Bagi pelajar-pelajar yang beragama Islam dibenarkan memakai baju kurung yang sewarna dengan pakaian seragam. Pada 1976, Menteri Pelajaran, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah menukarkan seluar lelaki kepada warna hijau tua. Usaha-usaha yang dijalankan bagi menyeragamkan pakaian penuntut ini mendapat sokongan daripada pihak ibu bapa dan guru-guru sekolah.

Comments

Chat