1. Bagaimanakah kandungan buku-buku teks dapat memupuk hubungan etnik?
Kandungan yang terdapat di dalam buku-buku teks banyak menerangkan tentang nilai-nilai positif dan sejarah negara yang diambil sebagai contoh kejadian. Kandungan tersebut mampu mematangkan pembaca dan menerapkan nilai-nilai positif. Tambahan pula, penilaian yang bakal dibuat oleh pembaca berdasarkan kandungan yang terdapat di dalam buku-buku teks akan menjadikan pembaca lebih memahami kepentingan nilai-nilai positif dalam kehidupan seharian terutamannya dalam usaha pemupukan hubungan etnik.
2. Industri hiburan sebagai mekanisme pemupukan jalinan hubungan dalam kalangan masyarakat pelbagai budaya di Malaysia.
Industri hiburan mampu menjadi mekanisme pemupukan jalinan hubungan dalam kalangan masyarakat pelbagai budaya di Malaysia. Ini kerana, setiap etnik mampu menojolkan keunikan dan keistimewaan yang ada dalam kalangan etnik mereka sendiri seperti bidang nyanyian dan tarian. Ini juga dapat membantu masyarakat etnik yang lain untuk mengenali, memahami dan seterusnya menerima perbezaan dan keunikkan yang ada dalam sesebuah etnik lain.
3. Apresiasi seni (seni lakon, seni tampak, seni suara, seni reka, dll) dalam masyarakat pelbagai kaum.
Asperasi seni seperti seni lakon, seni tampak, seni suara dan seni reka dalam masyarakat pelbagai kaum akan menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat yang unik dan istimewa di mata dunia. Tambahan pula, keunikan ini turut mampu menarik minat masyarakat luar untuk lebih mengenali bagaimana perbezaan yang ketara dan luas masih mampu menyatupadukan masyarakat yang pelbagai di Malaysia sehingga hari ini.
4. Apakah kawalan-kawalan yang diperlukan dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia?
Kawalan-kawalan yang perlu dilaksanakan dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia adalah melalui undang-undang dan budi bicara. Undang-undang mampu menjadi kawalan kepada pemasalahan yang besar dalam masyarakat pelbagai etnik seperti rusuhan. Manakala, kawalan melalui budi bicara dilaksanakan apabila pemasalahan itu boleh diselesaikan menerusi perbincangan dan kata sepakat dan tidak melibatkan keganasan. Contohnya, mesyuarat dan majlis forum.
5. Orientasi parti politik yang ada sekarang lebih cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?
Pada pandangan dan pendapat saya. Parti-parti politik yang ada di Malaysia lebih cenderung ke arah polarasi kaum berbanding perpaduan. Walau bagaimana pun, terdapat juga sebahagian besar parti politik yang berpolarasikan kaum bergabung membentuk parti politik yang berusaha untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. Ini kerana, perbezaan ras dan etnik tidak boleh dijadikan halangan dalam permupukan perpaduan. Kepentingan dalam pemupukan perpaduan adalah lebih tinggi bagi memastikan Malaysian mencapai status negara yang aman dan maju.
6. Orientasi Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang ada sekarang lebig cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?
Pada pandangan saya, NGO yang dibentuk sekarang lebih cenderung ke arah perpaduan. NGO merupakan badan yang lebih menfokuskan dari segi sosial, terbuka dan tidak membawa sebarang ideologi yang bersifat perkauman. Ini kerana, NGO adalah badan yang bertanggungjawab untuk membantu masyarakat yang memerlukan bantuan dari segi mental dan fizikal. Bantuan yang diberikan juga adalah bertujuan bagi memastikan masyarakat masih merasakan kewujudan nilai-nilai murni dalam masyarakat.
7. Permainan tradisional masyarakat Malaysia sebagai warisan dan wadah memupuk persafahaman antara pelbagai etnik.
Permainan tradisional adalah warisan dan wadah dalam memupuk persefahaman antara pelbagai etnik di Malaysia. Umpama kepelbagaian seni yang ada dalam kalangan masyarakat di Malaysia begitu juga permainan tradisional. Permainan tradisional yang unik dan menarik boleh menjadi identiti sesebuah etnik. Manakala, nilai-nilai positif dalam permainan tradisional mampu memupuk persefahaman seperti bekerjasama dan berdaya saing.