NURUL FAKHERAH BINTI MOHAMAD's 7.A1 : Perbincangan 1 - OpenLearning

Soalan 1

Bincangkan perbezaan antara agama dan penganutnya. Misalnya, antara Hindu dan Hinduisme, Muslim dan Islam, dan sebagainya.
S44827, KUMP 8 Perbezaan boleh dilihat antara agama dengan penganutnya. Agama merujuk kepada sistem kepercayaan dan keyakinan yang dianuti dengan amalan yang dilakukan oleh seseorang, manakala penganut bermaksud orang yang menganut sesuatu agama tersebut. Penganut ini pula ada yang sejak lahir telah menganut agama tersebut iaitu dari keturunan ibu bapa sendiri. Namun begitu, terdapat juga yang menganut agama Islam setelah mereka dewasa. Contoh bagi yang menganut agama Islam ketika dewasa adalah apabila seseorang dari agama lain telah masuk agama Islam. Ia dikenali sebagai India Muslim dan Mua'alaf . Penganut agama Islam akan dipanggil muslim.

Soalan 2

Bincangkan bagaimana budaya setempat mempengaruhi amalan agama  masyarakat.
S44827, KUMP 8 Budaya sesuatu tempat dapat mempengaruhi amalan agama sesuatu masyarakat. Kita dapat melihat apabila budaya disitu sudah menjadi sesuatu kebiasaan yang diamalkan, maka budaya tersebut akan diaplikasikan atau dimasukkan dengan elemen agama secara automatiknya. Sebagai contohnya, jika budaya rumah terbuka diadakan oleh kaum India atau kaum Cina, maka masyarakat kaum Melayu disekitar juga akan mengadakan rumah terbuka juga. Setiap agama tidak ada halangan untuk menghadiri rumah terbuka walaupun berlainan agama. Selain itu, kaum Cina dan India dia juga bersalam apabila berjumpa antara satu sama lain. Hal ini demikian kerana, kita dapat mengetahui bahawa masyarakat kaum Cina dan India juga dipengaruhi oleh amalan agama Islam di sekitarnya yang kita sudah tahu bahawa masyarakat kaum Melayu sangat mementingkan kesopanan dalam kehidupan.

Comments

Comments loading...

Chat