NURUL ATIKAH BINTI MOHAMAD FADIL's 7.A3 : Perbincangan 3 - OpenLearning

Soalan 1

Isu Murtad dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia.
Pada zaman sekarang ramai di kalangan kita hangat membincangkan tentang isu murtad. Isu ini sebenarnya telah lama dibincangkan antara kalangan ilmuwan Islam tempatan bahkan diperingkat global bagi membendung umat Islam daripada kembali ke ajaran agamaasal mereka seperti Kristian, Hindu dan banyak lagi agama yang terdapat di negara ini. Gejala murtad dikalangan umat Islam negara ini begitu hebat diperdebatkan lebih-lebih lagi ada segelintir pihak yang sengaja mengapi-apikan isu ini di mana mereka mengatakan ianya adalah untuk memperjuangkan hak asasi manusia seperti mana yang diperjuangkan di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan England yang terbukti bukannya negara Islam ataupun mudahnya kafir. Sebab-sebab berlaku murtad di kalangan orang Islam di Malaysia, seseorang atau sesuatu kumpulan boleh menjadi murtad dengan melalui salah satu dari beberapa sebab berikut ini, antaranya ialah mempersekutukan Allah sama ada melalui I'tikad, ucapan ataupun perbuatan seperti sujud kepada berhala atau berjalan ke gereja dengan gaya serupa macam orang Nasrani. Disamping itu juga kerana mengingkari agama Islam atau satu rukun daripadanya, atau mengingkari satu hukum Islam yang dapat diketahui secara jelas dan sahih. Antaranya juga ialah Orang yang meng'itikadkan bahawa tidak wajib berhukum dengan hukum yang diturunkan Allah. Isu murtad di kalangan orang Islam di Malaysia,wujud kerana individu tidak mahu mengamalkan cara hidup Islam. Mereka lebih terdorong untuk mengikut cara hidup bebas orang barat. Selain itu, ada juga yang ingin kembali kepada agama asal mereka. Berlakunya gejala murtad dalam masyarakat di Malaysia kerana masalah kemiskinan, kesempitan hidup dan juga kurang ilmu mengenai Islam. Daripada pemerhatian dan pengalaman, didapati bahawa selain lemah pegangan agama serta jahil mengenai hukum hakam dan akidah, golongan terbabit mudah terpengaruh dengan agama lain. Perkahwinan juga boleh mendorong seseorang Islam menjadi murtad.

Soalan 2

Isu Hak Penjagaan Anak Bagi Pasangan Yang Salah Seorang daripada Mereka Memeluk Islam.
Dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia, isu penentuan agama dan hak penjagaan anak sering menjadi perbahasan apabila salah satu pihak yang perkahwinannya didaftarkan di bawah Akta Pembaharuan Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 1976) memeluk agama Islam. Pemelukan Islam oleh salah seorang pasangan ini menjadi asas kepada pembubaran perkahwinan. Oleh itu, wujudnya isu hak penjagaan anak di kedua-dua belah pihak. Antaranya, penentuan agama seseorang kanak-kanak diambil kira siapakah yang berhak menjaga kanak-kanak tersebut. Perbalahan yang berlaku boleh menjejaskan hubungan antara dua agama. Oleh itu, saya rasa isu ini perlu diselesaikan untuk mengelakkan permusuhan atau perkara-perkara negatif berlaku. Hak penjagaan anak perlu diserahkan kepada pasangan yang lebih layak tanpa mengira agama mereka, tidak adil untuk menentukan hak penjagaan anak semata-mata berdasarkan agama ibu bapa kerana keseluruhan kebajikan dan kepentingan kanak-kanak itu menjadi keutamaan. Saya juga berpendapat, mahkamah perlu mengadili pasangan yang lebih sesuai dengan mengkaji latar belakang dan corak kehidupan mereka selain mengambil kira pilihan kanak-kanak. Dibawah perintah ini, pasangan yang beragama Islam masih wajib untuk memperkenalkan agama itu kepada anak-anak sama ada mereka mendapat hak penjagaan atau tidak. Walaubagaimanapun, agama tidak boleh dipaksa keatas anak-anak tersebut. Secara logiknya, kedua ibu dan bapa mempunyai hak terhadap anak-anak mereka. Saya pinta kepada para ibu bapa yang berkeputusan mengubah agama pada masa hadapan, beranikan diri kalau anda berada di pihak benar, beritahu pasangan anda tentang niat dan fikirkan impaknya kepada anak-anak sebelum terburu-buru ambil bertindak mengejut. Ini memberi kesan negatif dan berpanjangan kepada ibu bapa dan anak-anak termasuk seluruh masyarakat.

Soalan 3

Isu Penurunan Salib di Kampung Medan.
Pada tahun 2015, isu penurunan salib di Taman Medan, Petaling Jaya menjadi buah mulut dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan budaya. Isu penurunan salib ini sememangnya sangat menyinggung perasaan masyarakat yang menganut agama Kristian di Malaysia. Menurut sumber daripada The Star Online, sekumpulan penduduk yang mendiami Taman Medan menjalankan protes terhadap sebuah gereja baru di kawasan berkenaan. Hal ini kerana mereka bimbang terhadap jemaah gereja yang meletakkan salib di luar bangunan gereja berkenaan mencabar penyebaran agama Islam dan boleh mempengaruhi golongan anak muda Islam di kawasan Taman Medan. Dalam masa yang sama, saya yakin masyarakat Kristian merupakan golongan minoriti merasakan berlakunya penindasan terhadap kepercayaan yang diamalkan. Keadaan ini menjadi persoalan di mana hak kebebasan beragama yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Untuk mengelakkan permusuhan perbincangan perlu diadakan berhubung isu ini bagi mengelak keresahan rakyat majmuk. Kita perlu berfikir penyelesaian bagi masalah ini dari pelbagai sudut. Saya juga berpendapat sebagai rakyat Malaysia kita perlu saling menghormati dan menerima budaya sesama kerana kita tinggal dalam satu bumbung yang sama. Saya tidak memihak kepada Kristian, tetapi atas dasar kemasyarakatan saya rasa kita tidak perlu utamakan sebelah pihak sahaja dan kita perlu berfikir secara rasional. Sebagai masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya kita perlu berfikiran terbuka dan saling menghormati sesama. Apapun perbezaan antara kita baik dari segi budaya dan agama, kita perlu menerima sesama dengan sikap keterbukaan serta saling mengasihi.

Soalan 4

Isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Masyarakat Kristian.
Dari satu sudut, kita dapati pelbagai pandangan diutarakan dengan melihat dari pelbagai sudut. Secara asasnya, apa yang paling penting adalah, prinsip Islam itu sendiri dalam menilai isu sebegini. Dalam isu penggunaan kalimah “Allah” bagi orang-orang Kristian ataupun orang-orang kafir yang lain, Allah s.w.t. mengakui kebenaran Islam bahkan mengiktiraf hanya Islam sebagai suatu kebenaran dan hanya Islam merupakan agama yang benar yang mengandungi segala ajaran yang benar dalam segenap sudut samada dari sudut aqidah, hukum-hakam dan akhlak. Walaupun Islam memberi kebebasan beragama kepada sesiapa sahaja dari kalangan orang-orang kafir, namun Islam tetap mengajak umat manusia menerima ajaran Islam yang murni dan tidak pernah mengiktiraf agama-agama mereka sebagai kebenaran. Oleh itu, saya rasa kita perlu faham konsep yang mereka gunakan. Adakah “Allah” yang ingin dimaksudkan oleh orang-orang Kristian bersifat dengan keseluruhan sifat-sifat yang benar dalam Islam ? Kalau tidak, maka Islam secara jelas menolak konsep ketuhanan mereka yang mereka rujuk sebagai “Allah” tersebut. Sememangnya Allah s.w.t. ada menyebutkan kalimah ALLAH bagi menceritakan tentang aqidah agama Kristian namun dalam bentuk penafian terhadap aqidah mereka yang sesat, bukan dalam bentuk mengakui penggunaan kalimah ALLAH bagi merujuk kepada tuhan mereka. Kembali kepada penggunaan mereka (orang-orang kafir termasuk ahlul-kitab) yang hidup dalam masyarakat Arab yang juga menggunakan kalimah “Allah” bagi merujuk kepada tuhan yang menciptakan alam ini. Namun, itu bukanlah tradisi asal orang-orang Kristian sebagaimana dijelaskan oleh orang-orang Krisitan sendiri. Menurut kebanyakan cendikiawan Kristian sendiri, mereka menyebut tuhan mereka sebagai El, Elohim atau Yahwah (Yhwh). Oleh itu, saya berpendapat orang-orang bukan Islam samada dari kalangan orang-orang Kristian khususnya atau selainnya, perlu menghormati prinsip ajaran Islam dan maslahat umat Islam di Malaysia khususnya berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan itu sendiri. Pedirian bahawasanya kalimah ALLAH tidak boleh digunakan bagi merujuk kepada konsep ketuhanan selain daripada aqidah Islam.

Soalan 5

Soalan 6

Isu Kepala Lembu di Kuil / Rumah Penganut Hindu.
Sempena dengan hari Kemerdekaan negara 31 Ogos hari ini, kebanyakan penduduk Seksyen 23 menyifatkan demontrasi kepala lembu berdarah dan menconteng dinding dengan kata-kata kesat sebagai sesuatu yang ekstrem, keterlaluan serta tidak menghormati kepelbagaian penganut agama penduduk tempatan. Berlakunya isu kepala lembu di kuil,rumah penganut Hindu. Hal ini berlaku kerana, lokasi kuil terletak dikawasan majoriti penduduk Islam. Gangguan bising dari kuil hampir setiap pagi selepas Subuh dan menjelang Maghrib kerana sami kuil sering memasang kuat lagu-lagu Hindu. Gangguan bergendang waktu malam berlarutan dan mereka secara berkumpulan berpakaian kain hitam membuat upacara dikuil itu. Mereka bergendang sambil menyanyi mengganggu ketenteraman penduduk. Isu berlaku bila mana mereka tidak ambil peduli sensitiviti penduduk sekitar. Sebaliknya, apabila berlaku sedemikian penduduk orang Melayu Islam di seksyen 23 tidak menghormati sensitiviti agama Hindu. Untuk itu, masyarakat setempat memohon agar kerajaan negeri diminta mengeluarkan surat pekeliling kepada pihak-pihak berkuasa tempatan agar mematuhi arahan tersebut. Namun, mereka yang ditemui menegaskan bahawa penduduk setempat hanya bersetuju menggunakan pendekatan bermesyuarat, rundingan, diplomasi dengan semua pihak, termasuk kerajaan negeri dalam isu pemindahan kuil tersebut. Oleh yang demikian, Dikatakan insiden itu mampu menghakis kepercayaan rakyat Malaysia terhadap usaha kerajaan persekutuan dalam memperkenalkan '1Malaysia'. Saya merasakan isu seperti ini perlu mengambil tindakan lebih awal untuk mengelakkan kejadian berulang pada kemudian hari.

Comments

Chat