Soalan 1
Isu Murtad dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia.Murtad ialah sesuatu perbuatan yang dilakukan atau perkataan yang disebutkan oleh seseorang Islam yang mukallaf di mana perbuatan atau perkataan itu menyebabkan seseorang tadi keluar dari Islam. . Mengikut bahasa riddah ialah kembali daripada sesuatu kepada yang lain. Menurut Syara’, kembali daripada agama Islam kepada kekufuran, atau dengan perkataan yang mempersendakan, kedegilan ataupun iktikad. Walaubagaimanapun, kesalahan murtad di Malaysia dilihat dari dua sudut iaitu, pertamanya, sebagai kesalahan jenayah riddah, dan keduanya, sebagai kesalahan menghina agama Islam. Murtad adalah satu kesalahan jenayah di Pahang yang mana boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali dan sebat tidak melebihi enam sebatan. Sebenarnya isu murtad tidak harus hanya melihat kepada penukaran dari Islam kepada agama lain sahaja. Sepertimana isu Aishah dan Lina Joy yang menganut Kristian. Tapi isu murtad juga harus dilihat kepada aliran pemikiran songsang yang boleh menyebabkan seseorang telemarketer dari Islam. Pendapat-pendapat yang menghina Islam, Allah dan rasulnya. Ini adalah kerana pengaruh daripada fahaman sekularisme, liberalisme, rasionalisme dan juga feminisme. Kalau hari ini seorang umat Islam di Malaysia melahirkan seorang bayi yang secara automatiknya Islam, tapi jangan sangka pada masa akan datang bayi itu bakal mati dalam agama lain atau lebih teruk mati dalam keadaan tidak beragama. Yang semasa hidupnya mencaci maki agama dan lebih teruknya adalah agama Islam.
Soalan 2
Isu Hak Penjagaan Anak Bagi Pasangan Yang Salah Seorang daripada Mereka Memeluk Islam.Dalam sebuah negara yang berbilang bangsa dan anutan agama, isu-isu berhubung kemasukan kepada agama Islam dan konflik yang timbul daripada tindakan tersebut akan menjadi suatu perkara yang perlu ditangani secara bijak. Keindahan dan keistimewaan Islam itu sewajarnya ditonjolkan dan dalam masa yang sama cuba difahami oleh orang bukan Islam bagi menjamin kelangsungan keharmonian dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Masalah dan kontroversi di negara ini berhubung status agama anak lazimnya berlaku apabila melibatkan salah seorang daripada pasangan bukan Islam yang menukar agama kepada Islam. Ia menjadi lebih rumit lagi apabila pihak yang menukar agama kepada Islam pergi ke Mahkamah Syariah untuk menukar agama anaknya kepada Islam dan seterusnya menuntut hak hadanah, sementara yang kekal tidak Islam berusaha menuntut hak yang serupa di Mahkamah Sivil. Justeru terdapat dua bentuk undang-undang yang akan cuba menyelesaikan konflik berbangkit iaitu undang-undang syariah dan sivil di bawah dua bidangkuasa mahkamah yang berbeza iaitu Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil. Kedua-duanya mempunyai bidangkuasa yang tersendiri dan biasanya akan berakhir dengan konflik. Apabila timbul konflik berkaitan status agama anak, mahkamah tidak akan terlepas daripada merujuk undang-undang sedia ada termasuk peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Dalam konteks Malaysia, Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang utama bagi negara. Bagi Mahkamah Syariah pula dalam masa yang sama sudah pasti akan mempertahankan prinsipprinsip dalam perundangan Islam di samping mengikuti apa yang termaktub di dalam akta, enakmen atau ordinan berkenaan. Situasi-situasi di atas membuka ruang yang luas untuk berlakunya konflik apatah lagi apabila melibatkan tafsiran peruntukan undang-undang.
Soalan 3
Isu Penurunan Salib di Kampung Medan.Islam sering digambarkan menindas bukan Islam. Masyarakat Islam dikatakan tidak toleran dan mementingkan diri, walaupun dalam ufuk minda orang Islam, keadilan menjadi teras kepada setiap tindakan. Terbaharu, isu gereja yang dibantah penduduk majoriti Islam di Petaling Jaya menjadi perhatian media. Dalam isu ini media, umat Islam dianggap ekstrem, tidak toleran dan mementingkan diri. baru-baru ini kira-kira 50 penduduk Taman Medan di Petaling Jaya telah mengadakan satu perhimpunan secara aman di hadapan satu bangunan lot kedai, yang mana terletaknya lokasi satu gereja baru di Taman Medan, Petaling Jaya. Perhimpunan tersebut dibuat adalah bertujuan untuk menuntut agar tanda salib yang terpampang di premis itu diturunkan. Atas desakan yang dibuat oleh penduduk Taman Medan, pihak gereja akhirnya akur dan bersetuju untuk menurunkan lambang salib tersebut. Isu ini juga sudah menjadi viral di laman sosial seperti facebook malah banyak respon yang diberikan berhubung dengan perkara ini. Ada yang menyokong malah ada juga yang mengutuk sekeras-kerasnya perkara ini.
Soalan 4
Isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Masyarakat Kristian.Isu ini adalah suatu isu yang lama tetapi memasuki sebuah episod yang baru, khususnya di Malaysia. Memang benar, pelbagai pandangan diutarakan dengan melihat dari pelbagai sudut. Secara asasnya, apa yang paling penting adalah, prinsip Islam itu sendiri dalam menilai isu sebegini. Namun, ketika berhadapan dengan sesuatu isu setempat, pendirian seseorang ahli ilmu atau ulama’ selalunya dibina atas timbangan keilmuan yang teliti, setelah melihat segenap sudut yang perlu diperhatikan termasuklah maslahat sesebuah masyarakat Islam di tempat tersebtu. Oleh yang demikian, dalam isu penggunaan kalimah “Allah” bagi orang-orang Kristian, pendirian seseorang ahli ilmu itu hanyalah berbentuk tarjih (menguatkan salah satu pendapat) setelah menilai isu ini dari pelbagai sudut. Sama ada kita sedar ataupun tidak, tuntutan ini sebenarnya amat berbahaya kepada umat Islam sekiranya dibenarkan, kerana ianya lebih banyak menimbulkan kekeliruan di dalam masyarakat. Cubalah kita bayangkan kekeliruan yang akan timbul di dalam masyarakat terutamanya kepada golongan muda dan juga kepada kanak-kanak Muslim apabila terbaca iklan-iklan atau papan-papan tanda yang berbunyi "...Aku adalah anak Allah" atau "...damai sejahtera dari Allah, Bapa kita dan dari Tuhan Jesus Kristus" atau "...anak Allah yang hidup" yang semuanya merupakan terjemahan terus dari Bible terbitan Bahasa Inggeris. Sebenarnya banyak lagi ayat-ayat atau ungkapan-ungkapan yang diterjemahkan ini boleh mengundang kekeliruan yang akhirnya boleh membatilkan fahaman agama.
Soalan 5

Soalan 6
Isu Kepala Lembu di Kuil / Rumah Penganut Hindu.isu kepala lembu amat sensitif di Malaysia. "Isu mengarak kepala lembu berdarah di Shah Alam satu tindakan yang tidak waras, dikutuk dan tidak diterima oleh sebuah masyarakat yang matang.Ia juga ditolak Islam kerana penghinaan ke atas agama lain amatlah dilarang," katanya lagi ketika dihubungi.