Soalan
Berdasarkan faktor-faktor yang dinyatakan di dalam gambar rajah di atas, tuliskan satu kertas refleksi mengenai peranan pendidikan di dalam membina kesepaduan sosial berdasarkan pengalaman anda sendiri.PENDIDIKAN ASAS PERPADUAN DI MALAYSIA Malaysia sememangnya terkenal dengan keharmonian penduduk berbilang kaumnya yang hidup aman dan damai. Kaum yang terdapat di Malaysia ialah Melayu, Cina, India dan 27 etnik lain Di kawasan Sabah dan Sarawak. Kepelbagaian kaum di Malaysia ini amat unit di bawah satu kerajaan dan pentadbiran serta dasar yang menyatupadukan semua rakyat di negara ini untuk kestabilan yang berterusan. Oleh itu, pelbagai dasar kerajaan telah dan akan dijalankan dalam menjayakan misi negara ini. Perpaduan merupakan satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara keseluruhannya melalui ideologi negara di mana setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama dalam kalangan mereka. Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan dan kemajuan negara. Sejak, sebelum dan selepas merdeka lagi, kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita. Pelbagai dasar telah dijalankan untuk mencapai proses perpaduan ini. Tanpa perpaduan, kemajuan negara yang ingin dicapai untuk Wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan dan mengekalkan perpaduan sedia. DASAR PERPADUAN DAN EVOLUSI PENDIDIKAN DI MALAYSIA Dalam membentuk perpaduan kaum, kerajaan telah menjalankan dasar perpaduan supaya rakyat Malaysia menjadikan dasar ini sebagai pegangan mereka dalam mencapai perpaduan kaum yang harmoni. Dasar perpaduan boleh dicapai melalui dua cara iaitu 1. Dasar Pendidikan : Falsafah Pendidikan Kebangsaan 2. Akta Bahasa Kebangsaan: Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 3. Dasar Kebudayaan Kebangsaan 4. Sukan Sebagai Alat Perpaduan Pada zaman British dahulu, sistem pendidikan kita berpandukan dasar pendidikan British pada abad ke-19. Sistem ini hanya dijalankan di Negeri-negeri Selat (Melaka, Pulau Pinang dan Singapura). Negara kita dahulu terikat dengan pendidikan yang dijalankan oleh penjajah iaitu British yang mementingkan pendidikan untuk kepentingan mereka sendiri. Pada zaman itu, pihak British memberi keutamaan kepada pelajaran Melayu dan Inggeris. Pendidikan untuk orang Melayu diberikan untuk diberi jawatan rendah kerajaan sama ada sebagai kerani atau guru. Pendidikan Cina dan Tamil dibiarkan berkembang secara sendirian. Pendidikan ini dikenali sebagai pendidikan vernakular. Dasar pendidikan kerajaan yang mentadbir penting dalam membentuk perpaduan kaum di negara kita. Bermula dengan Laporan Barnes ketika zaman penjajahan British dahulu sehinggalah ke Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dijalankan kini. Berikut merupakan kronologi dasar-dasar pendidikan kerajaan sejak dahulu, iaitu Pada peringkat permulaan, kerajaan British telah memperkenalkan Laporan Barnes pada 1950 sebelum negara ini ingin mencapai kemerdekaan. Tujuannya ialah supaya Tanah Melayu boleh berkerajaan sendiri dengan perpaduan kaum yang berlaku. Tambahan pula, tentangan kuat komunis pada masa itu menyebabkan British khuatir kaum-kaum di negara ini akan terpengaruh dengan komunis sekaligus menyebabkan huru-hara. Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan pendidik selepas Perang dunia Kedua ialah mencari formula untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatupadu, yakni masyarakat majmuk yang mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia. Satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah menerusi pendidikan. Sistem Pendidikan Negara telah mengalami evolusi penting sejajar dengan pembangunan dan kemampuan negara. Evolusi pendidikan ini telah melalui lima fasa berikut, iaitu Zaman Pramerdeka (sebelum 1957), Zaman Pasca Merdeka (1957-1970), Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000) dan Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang)