Norfarahin Sidek's 2.A3 : Refleksi kendiri pengalaman harian dan pelan tindakan individu sebagai agen penyatupaduan - OpenLearning

Dalam membincangkan proses perpaduan dan integrasi di Malaysia, dapat dinyatakan di sini bahawa wujudnya lima proses penting yang relevan dan harus beri perhatian supaya kita benarbenar dapat menyelami isi kandungan perpaduan dan integrasi tersebut. Proses tersebut ialah akomodasi, amalgamasi, akulturasi, asimilasi dan segregasi. Kesemua proses ini akan diperhalusi satu persatu supaya kefahaman mengenainya dapat dipertingkatkan seterusnya dapat dinilai semula samaada proses ini masih segar dalam masyarakat pada hari ini atau telah mula longgar ditelan kemodenan.

Sebelum menelusuri isu ini dengan lebih mendalam, tunjang perbicangan iaitu konsep perpaduan dan integrasi perlu difahami terlebih dahulu takrifannya. Perpaduan dan integrasi adalah merujuk kepada proses menggbungkan bahagian-bahagian menjadi satu unit. Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2007), perpaduan adalah satu proses menyatupadukan masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti, nilai bersama, perasaan cinta dan bangga akan tanah air. Integrasi pula adalah satu proses mewujudkan satu identiti nasional dalam kumpulan terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. 

Menurut Ting Chew Peh (1987), integrasi ialah satu proses yang amat kompleks. Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari segi darjah kedekatan bermula dengan hubungan terpisah iaitu segregasi sehinggalah hubungan berbentuk sebati iaitu amalgamasi. Perhubungan yang lebih rapat antara wilayah dapat mewujudkan integrasi dalam bidang politik dan nilai. Perhubungan ini seterusnya mampu mengurangkan konflik dan mengutamakan persefahaman serta mewujudkan perasaan harmonis antara pelbagai etnik. Konsep segregasi dan amalgasi tersebut akan dihuraikan dengan lebih lanjut disertai dengan konsep akomodasi, akulturasi dan asimilasi dalam perbincangan di bawah. Setiap konsep disertakan dengan contoh-contoh yang dapat mencerminkan konsep-konsep tersebut dengan lebih telus.

A.   Perbinccangan

  i.        Akomodasi

Akomodasi merupakan satu proses yang memerlukan kerjasama dua atau lebih pihak yang mempunyai matlamat yang berbeza untuk membentuk satu matlamat yang dapat memuaskan hati kedua-dua pihak tersebut. 

Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari sertamenghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. 

Suasana kompromi ini seterusnya membolehkan kelompok-kelompok yang terlibat meneruskan identiti serta sikap mereka yang berasingan. Penyesuaian amat penting sebagai satu dasar untuk menyelesaikan masalah dalam hubungan etnik. Kejayaan atau berkesannya ‘penyesuaian’ sebagai satu dasar amat bergantung kepada sikap golongan pemerintah dan kelompok-kelompok etnik berkenaan.

Aplikasi proses akomodasi adalah sangat penting dalam perpaduan dan integrasi kelompok etnik di Malaysia. Malah ia dianggap sebagai proses yang paling utama lagi kritikal yang sudah diterima dan hayati oleh semua kelompok etnik di Malaysia, samada secara pribadi atau kolektif. Ini terjadi kerana sikap positif saling hormatmenghormati antara kelompok etnik terhadap nilai dan norma masingmasing, yang kita boleh ungkapkan ”sama tapi tak serupa.” 

 ii.        Amalgamasi

Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi adalah dengan terjadinya perkahwinan campur antara kumpulan etnik. Teori amalgamasi dinyatakan dalam bentuk formula A+B+C=D, disini A,B, dan C mewakili kumpulan etnik berlainan dan D mewakili amalgamasi, satu kumpulan baru terhasil daripada penyatuan A,B dan C. Sebagai contoh, ....

Situasi ini dapat diterangkan dengan wujudnya masyarakat Melayu-Arab[3]
yang menetap di Tanah Melayu dikenali sebagai golongan ‘Syed’ .......

 

                   iii.        Akulturasi

Akulturasi: merupakan proses penerimaan dan pinjam meminjam usur atau perlakuan budaya antara kelompok etnik yang berbeza;

            Walau bagaimanapun penyerapan nilai negatif ada juga berlaku dan selalunya ditolak oleh masyarakat umum dan hanya diamalkan oleh segelintir ahli masyarakat seperti pengaruh black metal di kalangan anak muda. Dari segi ini semua kelompok etnik punyai persamaan. Namun cara masingmasing, misalnya, merayakan hari kebesaran agama masingmasing ternyata berbeza. Atas asas persamaan ini setiap kelompok etnik menghormati perayaan masingmasing. Malah sanggup pula saling merayakan harihari kebesaran tersebut. 

 

                   iv.        Asimilasi

 Asimilasi merupakan satu proses percantuman 

Asimilasi terbahagi kepada dua iaitu asimilasi struktur dan asimilasi budaya. Asimilasi budaya adalah satu proses penyerapan unsur-unsur kebudayaan daripada suatu budaya kepada budaya yang lain. Perubahan budaya terjadi hasil daripada hubungan yg berkesinambungan antara dua budaya berbeza dalam satu jangka masa yg berterusan dan perubahan tersebut berlaku sama ada dalam satu atau kedua-dua budaya tersebut.

Formula yang digunakan ialah

Ab + B + C = Ab + Bb+ Cb 

–        ‘A’ mewakili kelompok etnik majoriti ;

–        ‘B + C’ mewakili kelompok etnik minoriti; 

–        ‘b’ mewakili budaya 

 

Berdasarkan formula tersebut, kelompok minoriti hanya mempelajari & mengamalkan aspek budaya sahaja dari kelompok majoriti. Contohnya adat resam, ilmu pengetahuan dan bahasa .Hasil daripada akulturasi ini, perubahan-perubahan yang bakal terjadi terhadap individu atau kelompok adalah seperti perubahan fizikal, biologikal, budaya, sosial dan psikologikal.

Asimilasi struktur pula ialah apabila kelompok minoriti menyertai institusi utama. Contohnya penyertaan dalam institusi politik, sosial, ekonomi dan pendidikan.

Kumpulan minoriti tidak kehilangan identiti asal cuma mengalami perubahan dengan menyertai struktur majority. Dalam  Contoh asimilasi struktur ialah proses yang terdapat dalam pelaksaanDEB, sekolah kebangsaan,  parti politik seperti Barisan Nasional dan sebagainya. Formula yang digunakan adalah seperti berikut.

Ai + B + C= Ai + Bi + Ci 

–        ‘A’ mewakili kelompok majoriti 

–        ‘B + C’ mewakili kelompok etnik minoriti 

–        ‘i’ mewakili institusi 

Contoh asimilasi  budaya ialah adaptasi yang berlaku dalam pelbagai bahasa selagi bahasa itu berkembang dan terus hidup termasuklah bahasa Melayu. Bahasa Melayu banyak menyerap bahasa-bahasa asing seperti Sanskrit, Inggeris, Belanda, Jawa, Arab, Nusantara dan juga bahasa daripada pelbagai kaum di Malaysia. Proses ini secara tidak langsung memperkaya kosa kata bahasa Melayu.

 

                    v.        Segregasi

Segregasi juga meliputi pengasingan atau pemisahan yang meletakkan hadhad dan sekatan-sekatan tertentu ke atas hubungan, sosial, kontrak dan komunikasi (Ting, 1997). 

B.   Penutup

Dalam era globalisasi terdapat banyak cabaran yang mampu menggugat perpaduan di kalangan etnik di negara ini. Isu-isu internal dan external menyumbang kepada kegoyahan hubungan etnik jika tidak ditangani dengan bijak. Kestabilan ekonomi dan politik merupakan asas kepada perpaduan hubungan etnik. Perpaduan yang dikecapi pada hari ini perlu dihargai agar terus dirasai oleh generasi akan datang. 

Oleh yang demikian, kefahaman tentang istilah dan konsep sosiologi membolehkan kita mendalami bidang ilmu hubungan etnik secara ilmiah dan mendalam.

Comments

Chat