ruemilla's 7.A3 : Perbincangan 3 - OpenLearning

Soalan 1

Isu Murtad dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia.
Faktor berlakunya gejala murtad ialah masalah kemiskinan, kesempitan hidup dan juga kurang ilmu mengenai Islam. Daripada pemerhatian dan pengalaman, didapati bahawa selain lemah pegangan agama serta jahil mengenai hukum hakam dan akidah, golongan terbabit mudah terpengaruh dengan agama lain. Faktor perkahwinan juga boleh mendorong seseorang Islam menjadi murtad.Allah menjelaskan bahawa antara sebab yang menjadikan seseorang itu menjadi murtad adalah akibat dari kelemahannya untuk bertindak balas ke atas serangan musuh-musuh Islam yang melancarkan serangan dari pelbagai sudut dan bentuk yang tidak mampu ditangkis oleh umat Islam kerana lemah daya pemikiran lantaran jahil terhadap agamanya sendiri.

Soalan 2

Isu Hak Penjagaan Anak Bagi Pasangan Yang Salah Seorang daripada Mereka Memeluk Islam.
Pandangan pertama ialah Anak-anak adalah mengikut agama Islam apabila yang memeluk Islam adalah bapa. Pandangan kedua ialah sekiranya yang memeluk Islam adalah ibu, anak-anak tidak dianggap beragama Islam.Dan pandangan ketiga ialah apabila anak-anak tersebut telah mencapai umur baligh, mereka akan diberikan hak untuk memilih sama ada ingin memeluk agama Islam ataupun memeluk agama Hindu.Anak-anak adalah mengikut agama Islam sama ada yang memeluk Islam adalah bapa ataupun ibu.

Soalan 3

Isu Penurunan Salib di Kampung Medan.
Saya juga berpendapat bahawa, sebenarnya isu ini tidak seharusnya diperbesarkan, lebih-lebih lagi dalam negara yang memiliki masyarakat majmuk. Meskipun negara Malaysia, agama Islam merupakan agama rasmi negara namun tidak bermaksud bahawa negara ini menyekat rakyatnya untuk menganuti agama lain selain agama rasmi. Melalui kejadian ini, benar-benar menunjukkan bahawa tiada rasa hormat terhadap agama lain yang turut dianuti dalam negara ini. Bahkan, jika dilihat banyak lagi sebenarnya unsur lain yang wujud dalam negara kita ini, misalnya kewujudan sosial media, hiburan semakin berleluasa itu tidak pula dititikberatkan mampu menggugatkan akidah. Sepatutnya tidak wujud kejadian seperti ini jika saling menghormati agama masing-masing terutamanya di negara yang mempunyai masyarakat majmuk ini.

Soalan 4

Isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Masyarakat Kristian.
Sama ada kita sedar ataupun tidak, tuntutan ini sebenarnya amat berbahaya kepada umat Islam sekiranya dibenarkan, kerana ianya lebih banyak menimbulkan kekeliruan di dalam masyarakat. Cubalah kita bayangkan kekeliruan yang akan timbul di dalam masyarakat terutamanya kepada golongan muda dan juga kepada kanak-kanak Muslim apabila terbaca iklan-iklan atau papan-papan tanda yang berbunyi "...Aku adalah anak Allah" atau "...damai sejahtera dari Allah, Bapa kita dan dari Tuhan Jesus Kristus" atau "...anak Allah yang hidup" yang semuanya merupakan terjemahan terus dari Bible terbitan Bahasa Inggeris. Sebenarnya banyak lagi ayat-ayat atau ungkapan-ungkapan yang diterjemahkan ini boleh mengundang kekeliruan yang akhirnya boleh membatilkan fahaman agama.

Soalan 5

Soalan 6

Isu Kepala Lembu di Kuil / Rumah Penganut Hindu.
Lembu adalah haiwan mulia mengikut fahaman hindu dan simbol keagamaan mereka. Sudah tentu ia menjadi "sensitiviti kepada kaum hindu" bila ada orang mengambil kesempatan mempergunakan binatang itu sebagai simbol dan tujuan simbolik tertentu.Malaysia perlu menghormati dan memandang mulia kebebasan beragama seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.Kenapa Samy tidak berkata begini "Dibolehkan masyarakat melayu dan kaum2 lain di negara ini menggunakan "lembu-lembu dan kepala lembu itu" itu sebagai simbol tujuan tertentu sebab mereka tidak tahu bahawa binatang itu adalah kecucian dalam agama kita

Comments

Chat