Soalan 1
Hubungan antara agama dan etnik di Malaysia.Agama memainkan peranan yang penting dalam kalangan masyarakat. Tanpa pegangan agama yang kuat dan utuh manusia seolah-olah tiada hala tuju dan jati diri. Dalam konteks Malaysia, agama mempunyai kaitan rapat dengan pengenalan kaum. Kaum majoriti adalah Melayu yang beragama Islam, diikuti kaum Cina yang beragama Buddha, Konfucius, Taoisme dan beragama Kristian serta kaum India yang beragama Hindu dan lain-lain. Dengan kepelbagaian ini, ia menjadi satu cabaran dalam usaha mewujudkan perpaduan kaum dan agama. Justeru, dalam landskap sosio-politik negara,terdapat berbagai-bagai sejarah hitam, dalam konteks hubungan kaum dan agama. Justeru, setiap orang perlu memiliki sikap saling menghormati agama yang dianuti oleh orang lain supaya dapat menjamin kehidupan yang lebih harmoni.
Soalan 2
Hubungan antara faktor politik dan agama di Malaysia.Di Malaysia, agama yang sepatutnya menyeru kepada perdamaian, berbaik sangka, toleransi, dan perpaduan seakan menjadi punca konflik dan persaingan hanya kerana perbezaan agama. Oleh yang demikian kedudukan agama dalam politik kepartian boleh dilihat sama ada sebagai alat ataupun matlamat. Dalam politik Malaysia, persaingan agama bukan hanya di antara Islam dan bukan Islam malahan ia menjadi persaingan dalam politik kepartian sebagaimana yang berlaku antara parti UMNO dan PAS. Hal ini menjelaskan peranan demokrasi yang membenarkan persaingan politik antara agama dan intra-agama. Justeru, permuafakatan kelihatan menjadi jalan penyelesaian terbaik untuk menyerlahkan sifat agama yang menganjurkan kedamaian, toleransi dan kerjasama.Kelangsungan Barisan Nasional dan dominasinya sebagai parti pemerintah selama lebih dari setengah abad menjelaskan peranan politik permuafakan bagi meredakan peranan agama yang mampu memecahkan hanya disebabkan perbezaan.