Shahrul Ar'Ipin's 3.A3 : Aktiviti 3 - OpenLearning

 

NO

TAJUK

BIDANG

LAPORAN/CATATAN RINGKAS

1

PERUBATAN TRADISIONAL

KESIHATAN

Perubatan tradisional Melayu adalah melalui amalan petua yang terdiri daripada dua aspek, iaitu amalan suruhan dan amalan tegahan. Amalan suruhan banyak berhubung dengan pemakanan daripada segi jenis, kuantiti, dan khasiat yang terdapat di dalam tumbuhan. Ia bertujuan untuk mendapatkan keseimbangan serta mengelakkan sebarang serangan penyakit dan keuzuran. Amalan tegahan pula bertujuan untuk menghalang pesakit daripada memakan makanan tertentu sewaktu dalam tempoh rawatan sebagai pantang larang. Ia bertujuan untuk memeliharakan kesihatan manusia dalam keadaan baik secara berterusan atau bagi mempercepatkan penyembuhan penyakit.

2

SUKAN TRADISIONAL MENGIKUT KAUM

SUKAN DAN REKREASI

Dalam sukan rekreasi ini mempunyai konsep sosialisasi iaitu yang berkaitan dengan perawakanseseorang. Konsep ini memberi peluang kepada pelajar untuk lebih banyak bergaul dan berinteraksi dengan rakan-rakan mereka. Dengan ini para pelajar akan dapat meluaskan pergaulan mereka dan mempunyai hubungan yang baik diantara mereka.Sosialisasi ini juga dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk memupuk danmengamalkan nilai-nilai murni seperti kerjasama, bertolak ansur, toleransi, dan sebagainya.Konsep sukan rekreasi ini dapat membantu dalam pembentukan diri individu, pembangunaninsan, pembangunan negara, kepimpinan, gaya hidup sihat, kecerdasan, pendidikan sepanjanghayat.

3

AMALAN PANTANG LARANG SELEPAS BERSALIN

ADAT RESAM

Pantang larang merupakan kepercayaan mayarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Pantang larang adalah sesuatu perkara yang menyekat kita dari melakukan sesuatu kerana ada keburukkan disebaliknya. Ia selalunya diamalkan oleh orang-orang tua dikalangan masyarakat Melayu, Cina dan India. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun kemurun. Pentingnya pantang larang sebagai adat yang perlu dipatuhi jelas diungkapkan melalui pepatah “biar mati anak, jangan mati adat.”

4

UPACARA KELAHIRAN, PERKAHWINAN DAN KEMATIAN

AGAMA;BUDAYA;ADAT RESAM & KEPERCAYAAN

Setiap masyarakat di Malaysia mempunyai adat resam dan budaya masing-masing. Adat resam yang diterima oleh sesuatu bangsa merupakan cetusan peraturan dan panduan. Sesuatu masyarakat menjalani kehidupan berdasarkan amalan nenek moyang mereka, menyempurna dan melaksanakan amalan nenek moyang sebagai suatu peraturan. Peraturan ini menjadi kebiasaan yang lama – kelamaan menjadi satu kemestian. Menurut satu pendapat “... adat resam sebagai tatacara yang diterima mengenai cara makan, bertutur, berjumpa sahabat handai, dan sebagainya atau adat itu ialah cara bertindak yang umum dipercayai secara sosial”

5

MAKANAN/MINUMAN TRADISIONAL

MAKANAN;BUDAYA

Tradisional biasanya dimasak dgn peralatan yg sederhana (tungku dll) dan pembentukanny juga lebih manual.

Moden biasanya sdh mendapat pengubahsuaian yg ketara, alat pun sudah serba automatic.

6

PERJUANGAN KEMERDEKAAN

POLITIK

- wujudnya nasionalisme tahap politik dalam masyarakat Melayu ekoran tekanan dari bangsa lain dan   isu pengagihan kuasa pada 1920-an.

- parti parti politik ditubuhkan untuk memperjuangkan konsep "Tanah Melayu untuk Orang Melayu".

- golongan lebih radikal telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KKM) pada tahun 1938 memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu dan penyatuan dengan Indonesia untuk membentuk "Melayu Raya".

 

7

PEMODENAN DAN PEMBANGUNAN NEGARA

POLITIK;SOSIO-EKONOMI

Dasar kerajaan PR adalah mudah. Pertama, kuil-kuil yang lama ini perlu dipindahkan ke satu tempat yang lebih sesuai. Tempat perlu dikenal pasti oleh PBT dan semestinya dipersetujui oleh pengguna kuil berkenaan. PBT perlu mengambil kira segala permasalahan yang akan dihadapi oleh pengguna kuil hasil dari pemindahan tersebut. Sambil itu, pembinaan kuil baru, selain dari hasil perpindahan, juga dihentikan.

Comments

Chat