Soalan 1
Apakah impak globalisasi kepada negara kita Malaysia?Kamus Dewan mentakrifkan globalisasi sebagai suatu fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepesatan dan kepantasan perkembangan teknologi maklumat.Ia juga boleh dikatakan satu fenomena dunia yang muncul hasil percantuman pelbagai proses transnasional dan struktur domestik yang membolehkan ekonomi,politik,budaya,dan ideologi sesuatu negara menembusi sempadan negara lain. APA ITU GLOBALISASI? Kita berkongsi isu dan permasalahan yang sarna, baik di barat mahupun di timur seperti wabak AIDS, gejala dadah, masalah alam sekitar, wabak pelbagai jenis penyakit, kebuluran, bencana alam, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Kemajuan yang pesat dalam bidang teknologi maklumat atau infotek mengubah cara manusia berkomunikasi, berurusniaga dan cara kita melihat dunia ini (Mahathir Mohamad, 1992) dan yang lebih penting cara kita mereformasi dan mentransformasikan sistem pendidikan bagi memastikan anak bangsa kita sekarang dan di masa akan datang berupaya mengharungi hidup dengan penuh kesejahteraan. lnilah cabaran baru yang begitu hebat ke atas sistem pendidikan yang perlu kita tempuhi secar.a pertembungan bersemuk.a. Ertinya, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang hanya terhad di dalam bilik darjah perlu ditukar kepada su.atu bentuk yang menjangkau keluar daripada persekitaran bilik darjah. Bentuk pendidik.an untuk generasi baru perlu bersifat global bagi membentuk sikap yang lebih terbuk.a dengan visi yang lebih meluas melalui keupayaan berfikiran kritikal, inovatif, reflektif dan mempunyai ketrampilan yang diperlukan bagi membolehkan mereka menyertai dengan berkesan arus globalisasi dunia (Wan Mohd Zahid Nordin, 1995). CABARAN ERA GLOBALISASI KE ATASWARGA PENDIDIKAN DI MALAYSIA #Kerajaan melakukan perubahan dan menggubal dasar2 yang bersesuaian dengan perdagangan antarabangsa Kesan Positif 1) Wujud perdagangan 2) Menggalakkan persaingan 3) Peningkatan teknologi produk EKONOMI BUDAYA POLITIK Di abad ke-21 ini,sama ada disedari atau tidak,kita sedang dihanyutkan oleh arus perubahan yang begitu deras yang tidak pernah berlaku sebelumnya. Perkembangan mendadak dalam teknologi maklumat menjadi pemangkin utama proses pengglobalisasian dunia. Fenomena ini memaksa kita mengikuti arus gelombang yang melanda demi survive di dalam dunia yang begitu kompetatif (Proctor, 1996). Arus globalisasi yang melanda sekarang akan berubah hampir keseluruhan cara hidup baik dalam bidang politik, ekonomi, sosial mahupun budaya sehingga dunia yang begitu besar telah bertukar menjadi sebuah perkampungan kecil yang dipanggil global village dan akibatnya kita telah menjadi satu masyarakat besar dunia (Perkins, 1992).
Soalan 2
Apakah impak globalisasi kepada tindakan pengukuhan (affirmative action) dan hubungan etnik di Malaysia?Globalisasi merujuk kepada saling bergantungan antara satu sama lain yang lebih besar di kalangan penduduk manusia dari fasa masa ke masa,ia juga digambarkan sebagai pemampatan masa dan ruang yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Selain itu,digambarkan juga dalam intensifikasi besar sosial,penyambungan politik,ekonomi dan budaya serta kebergantungan kepada skala global.Selain itu ,globalisasi juga didefinisikan oleh pelbagai pendapat dari tokoh-tokoh yang terkenal.Antara pendapat-pendapat mengenai globalisasi ialah:Menurut Anthony Giddens,Pengarah Sekolah Ekonomi London,globalisasi itu boleh ditakrifkan sebagai intensifikasi hubungan sosial di seluruh dunia yang menghubungkan kawasan-kawasan yang jauh dalam apa-apa cara yang berlaku tempatan dibentuk oleh peristiwa yang berlaku dan sebaliknya.Menurut pendapat,Fredric Jameson,Profesor kesusasteraan di Duke Universiti pula,konsep globalisasi mencerminkan besar komunikasi dunia dan ufuk pasaran dunia yang mana kedua-duanya kelihatan jauh lebih ketara dan serta-merta daripada peringkat awal kemodenan.Bagi pendapat David Held,profesor sains politik di sekolah Ekonomi London,Globalisasi boleh dianggap sebagai satu proses (atau ditetapkan proses) yang merangkumi transformasi dalam organisasi ruangan hubungan sosial dan urus niaga yang dinilai dalam jangka ekstensif mereka, keamatan, halaju, dan kesan-menjana aliran benua atau antara wilayah dan rangkaian aktiviti, interaksi dan menjalankan kuasa.Globalisasi sebagai satu konsep merujuk kepada kedua-dua mampatan dunia dan menggiatkan kesedaran dunia secara keseluruhannya.Ini adalah pendapat Roland Robertson,Profesor Sosiologi di Universiti Pittsburgh.Bagi pendapat James Mittelman,iaitu Profesor hubungan antarabangsa di Universiti Amerika ialah,globalisasi memampatkan aspek masa dan ruang hubungan sosial.Globalisasi secara ringkasnya ialah peningkatan saling bergantungan antara sebuah negara dengan negara yang lain,terutama dari segi ekonomi sehingga wujud satu pasaran ekonomi dunia yang tidak di hadkan oleh sempadan negara.Melalui globalisasi akan mempengaruhi keadaan politik,ekonomi dan sosial negara lain.DEFINISI EKONOMI.Baru sahaja berusia dua abad,ekonomi menjadi satu disiplin akademik iaitu dengan bermula lahirnya sebuah buku “The Wealth of Nation” pada tahun 1776 oleh Adam Smith. Selepas itu,lahirnya pula buku “The General Theory Of Employment,Interest dan Money oleh ahli ekonomi British bernama John Maynard Keynes pada tahun 1936.Selepas dari itu,disiplin ekonomi telah berubah dan mengalami peningkatan. Kedua-dua buah buku ini menerangkan bahawa asas ekonomi adalah disebabkan:1. Kehendak manusia yang tidak terhad 2. Pemilihan faktor pengeluaran yang tidak terhad.Secara umum ekonomi boleh didefinisikan sebagai berikut:Ekonomi adalah satu bidang bagaimana manusia dan masyarakat memilih faktor-faktor pengeluaran terhad untuk digunakan dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan yang berbagai-bagai serta membahagi-membahagikan untuk penggunaan hari ini dengan penggunaan hari ini dan masa depan ,dia antara beberapa kumpulan dalam masyarakat tersebut bagi memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad.Selain itu,terdapat satu lagi tokoh ekonomi Inggeris abad ke 19 iaitu,Alfred Marshall(1842-1924)menerangkan ilmu ekonomi sebagai satu kajian manusia dalam kehidupan sehari-seharian. Kenyataan ini menunjukkan bahawa ekonomi melibatkan proses pilihan iaitu pilihan bagaimana menggunakan faktor-faktor yang terhad ini dalam memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad. Lazimnya,proses pilihan iaitu pilihan dan keputusan dibuat tanpa kita sedari.TEORI DAN KONSEP GLOBALISASI EKONOMIGlobalisasi ekonomi adalah globalisasi yang paling menonjol. Dana kewangan Antarabangsa(IMF)mentakrifkan globalisasi ekonomi sebagai “pergantungan ekonomi yang semakin berkembang antara negara melalui kenaikan jumlah dan kepelbagaian tukaran barangan dan perkhidmatan,pergerakan pelaburan antarabangsa bebas,dan peresapan teknologi,yang lebih pesat dan meluas.”Globalisasi ekonomi juga boleh didefinisikan sebagai proses integrasi ekonomi antara dua negara yang semakin meningkat,yang membawa kepada kemunculan pasaran global atau pasaran dunia. Istilah lain yang selalu digunakan untuk menggambarkan senario tersebut adalah liberalisasi ekonomi. Bergantung kepada paradigma,globalisasi boleh dilihat sebagai setu fenomena yang positif dan satu fenomena yang negatif. Walaupun globalisasi ekonomi berlaku beberapa ribu tahun lepas,namun mula pada kadar yang tinggi pada 20 hingga 30 tahun yang lepas. Ledakan baru-baru ini telah menyumbang sebahagian besar oleh Negara maju yang mengintegrasikan dengan ekonomi yang kurang maju,melalui pelaburan langsung,pengurangan halangan perdagangan serta pemodenan budaya.Globalisasi adalah lintasan lalu lintas dari satu negara ke satu negara yang lain. Globalisasi juga boleh menjadi hambatan yang boleh mengganggu lalu lintas ekonomi antara negara yang harus dikurangi secara bertahap atau dihilangkan .Di tengah-tengah fenomena globalisasi ada penyambungan ekonomi transnasional yang kompleks melalui aliran barangan dan perkhidmatan ,serta modal. Sementara perdagangan antara negara telah wujud selama berabad-abad lagi ,namun pada era semasa adalah yang pertama di mana sistem ekonomi antarabangsa telah menjadi betul-betul bebas. DIMENSI GLOBALISASI EKONOMIGlobalisasi ekonomi merujuk kepada intensifikasi,regangan dan saling hubungan ekonomi di seluruh dunia. Aliran gergasi modal dan teknologi telah merangsang perdagangan dalam barangan dan perkhidmatan. Pasaran juga melebarkan jangkauan mereka di seluruh dunia dalam proses mewujudkan hubungan baru di kalangan ekonomi negara. Syarikat transnasional yang besar,institusi ekonomi antarabangsa yang berkuasa ,dan sistem perdagangan serantau yang besar telah muncul sebagai blok bangunan utama bagi ekonomi global abad ke-21.Bagi negara yang mahu terus maju,maka ia harus bergiat aktif dengan melibatkan diri dalam pentas ekonomi antarabangsa .Ini adalah kerana globalisasi ekonomi menjadikan persaingan,pengeluaran,kawalan pasaran,pengurusan,teknologi,dan modal insan turut menjadi global. Proses ini menyebabkan faktor-faktor pengeluaran bergerak dengan mudah merentasi sempadan geopolitik negara lantaran persempadanan pasaran dan ekonomi dunia yang semakin mengecil itu.Dalam konteks ini,kepentingan saling bergantungan antara kawasan Negara atau saling melengkapi menjadi ciri penting globalisasi ekonomi. Aspek saling kebergantungan ini merangkumi pelaburan,pasaran,pengeluaran,teknologi,dan bekalan buruh. Dalam keadaan tertentu ,ia turut membabitkan beberapa aspek perkongsian seperti sumber alam dan tenaga,perkongsian pasaran dan perdagangan,perkongsian modal,perkongsian teknologi dan kepakaran serta perkongsian buruh dan kerjasama dalam menjaga alam sekitar. Elemen-elemen kreativiti dan inovasi amat penting dalam pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara. Corak aliran ekonomi dunia mempamerkan suatu keadaan di mana wujudnya peningkatan terhadap kebergantungan pasaran asing bagi pemasaran barangan domestik,pergerakan migrasi buruh(modal insan)daripada sebuah negara ke negara yang lain. Negara memerlukan kelebihan bersaing dalam pasaran antarabangsa.IMPLIKASI GLOBALISASI EKONOMI KEPADA MALAYSIAKesan globalisasi ekonomi adalah sama ada kesan positif ataupun negatif . Di antara kesan positif globalisasi ekonomi ialah wujud perdagangan bebas,pengaliran modal secara bebas,menggalakkan persaingan,perluasan pasaran,pemindahan teknologi,peningkatan kualiti produk dan berlakunya aliran buruh mahir dan separa mahir.Implikasi negatif pula termasuklah penghakisan dasar perlindungan,penguasaan syarikat multinasional(MNC),ancaman terhadap barangan(Produk)perkhidmatan tempatan,ancaman ke atas industri kecil dan sederhana(IKS),kesukaran untuk mengawal aliran modal asing dan penghakisan kedaulatan ekonomi negara. Cabaran-cabaran tersebut perlu ditangani dengan bijaksana.Kerajaan Malaysia sentiasa peka terhadap kesan negatif yang dicetuskan oleh globalisasi ekonomi. Kerajaan Malaysia telah merangka dasar-dasar perlindungan yang praktikal untuk melindungi industri tempatan,terutamanya Industri Kecil Sederhana(IKS)dan juga dasar membantu usahawan bumiputera.Kesan dari globalisasi ini maka pengalaman Malaysia adalah positif oleh dasar ekonomi terbuka Malaysia. Selain itu,nilai perdagangan dunia semasa telah bertambah 16 kali ganda berbanding dengan tahun 1950.Malaysia juga telah memperoleh keuntungan daripada proses liberalisasi perdagangan dunia iaitu pertumbuhan ekonomi Malaysia ekoran dari pertumbuhan eksport negara. Sebagai sebuah negara kecil,Malaysia bergantung kepada pasaran luar negara. Pada masa kini,Malaysia merupakan negara pengeksport ke 17 dan negara pengimport ke 21 terbesar di dunia. Selain itu, Malaysia telah mengambil kesempatan dari proses awal globalisasi dalam industri elektronik iaitu dalam kawasan perdagangan bebas,menyediakan suasana yang liberal bagi operasi syarikat-syarikat antarabangsa serta menjadikan Pulau Pinang sebagai FREE TRADE ZONE. Pertumbuhan sektor ini menyumbang kepada peningkatan dalam eksport serta pembangunan ekonomi negara.Rangka pembangunan ekonomi yang selari dengan tuntutan ekonomi global,penting bagi memastikan ekonomi negara dapat bertindak balas terhadap perubahan dan cabaran ekonomi global yang semakin kompetitif sifatnya. Model Ekonomi Baru(MEB) dan Program Transformasi Ekonomi(PTE)merupakan tindak balas kerajaan terhadap senario dan cabaran ekonomi global hari ini.Pelancaran Pelan Hala Tuju ETP yang dilancarkan oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC)pada 25 Oktober lalu membuktikan kesungguhan dan komitmen kerajaan untuk membawa perubahan dan kemajuan ekonomi negara setanding dengan ekonomi negara-negara maju.KESIMPULANHakikatnya,globalisasi ekonomi membawa kesan yang positif dan negatif kepada sesebuah Negara. Globalisasi ekonomi menuntut sesebuah negara melakukan perubahan dari masa ke semasa. Sebuah negara juga harus memiliki kelebihan bersaing dalam pasaran antarabangsa. Globalisasi dalam perdagangan antarabangsa juga memerlukan kita berinteraksi dengan pelbagai pihak dan pelbagai latar belakang budaya. Oleh itu,penguasaan dan kemahiran dalam bahasa-bahasa asing akan memberi kelebihan untuk melibatkan diri dalam arena antarabangsa. Globalisasi ekonomi ini dapat diatasi kesan negatifnya apabila di pihak rakyat bersedia menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan pesat dalam senario ekonomi dunia hari ini.
Soalan 3
Bagaimanakah pihak universiti menangani arus globalisasi dalam kalangan pelajar?Dalam era globalisasi ini, dunia semakin dikecilkan ruangnya daripada yang asal. Jika dulu dunia ini seluas saujana mata memandang dan dipagari dengan sempadan-sempadan namun kini ia tidak berlaku lagi. Malah pada hari ini kita telah dapat merasakan apakah dia itu globalisasi. Ledakan teknologi maklumat yang pesat merupakan medium utama kepada agenda globalisasi ini. Dunia bukan sahaja tidak bersempadan geografi tetapi pengaruh globalissasi menjangkau sempadan ekonomi, teknologi, bahasa, budaya, ideologi, politik dan dari segenap aspek kehidupan sesebuah masyarakat. Kerajaan Malaysia memberi keutamaan kepada globalisasi ekonomi. Di samping itu, ia memberi perhatian besar kepada globalisasi maklumat dan ilmu dan globalisasi saintifik serta teknologi. Kesungguhan Kerajaan dalam menangani tiga jenis globalisasi ini jelas kelihatan pada berbagai-bagai bentuk wacana di peringkat nasional dan peringkat antarabangsa seperti dialog, seminar, persidangan dan forum dan juga pada penubuhan berbagai-bagai jenis institusi dan projek. Koridor Raya Multimedia (MSC) adalah simbol harapan serta kemegahan Malaysia dalam menyahut panggilan globalisasi. Globalisasi juga merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir dan gaya bertindak dari satu daerah dunia kepada daerah dunia yang lain. Globalisasi yang diberi erti luas ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan. Hakikatnya globalisasi itu sudah wujud sebelum istilah globalisasi diperkenalkan lagi. Fenomena globalisasi boleh dikiaskan sebagai gelombang yang melanda dunia. Takrifan pendidikan juga amat penting supaya kita dapat memahami dengan lebih lanjut serta mendalam dengan tajuk yang ingin diselami. Pendidikan, mengikut pandangan umum, ialah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Pengertian bagi pendidikan pula mempunyai perbezaan bagi setiap individu. Dapat diberikan contoh pengertian daripada tokoh-tokoh falsafah iaitu Plato yang telah memberikan takrifan pendidikan sebagai suatu proses untu membentuk individu yang berakhlak mulia. Beliau telah menyokong pendapat Socrates bahawa tujuan pendidikan ialah memberikan latihan moral kewarganegaraan yang baik. Komputer merupakan salah satu alat komunikasi pada zaman globalisasi ini. Komputer boleh direkabentuk supaya ia dapat membantu pelajar secara individu dan secara berkumpulan. Ini dapat dijalankan dengan menggunakan Arahan Program, pelajar akan diajar mengikut kadar dan tahap yang boleh diterima oleh mereka. Ini adalah penting supaya pelajar tidak tercicir dan putus asa. Merujuk kepada sistem pendidikan konvensional, kesemua pelajar terpaksa mengikuti sistem yang berlangsung tanpa mengambil kira samada mereka dapat mengikuti pelajaran tersebut. Justeru itu, arahan program dapat memberi peluang terutamanya kepada golongan pelajar "lemah" untuk membaiki kelemahan dia. Dalam arahan program ini, pelajar akan mengikuti langkah-langkah tertentu dalam pembelajarannya, langkah tersebut akan diteruskan asalkan pelajar dapat memberi jawapan yang sesuai dan boleh diterima. Namun sekiranya jawapan tersebut tidak memuaskan, dia akan dipandu kepada langkah terdahulu dan ditunjukkan bahan rujukan yang berkaitan bagi memperbaiki kelemahan tersebut. Pengajaran sedemikian biasanya tidak dijalankan di dalam kelas yang terdiri daripada ramai pelajar, tambahan pula pelajar Asia yang kurang bertanya akan memburukkan lagi proses pembelajaran pelajar. Selain itu, pendidikan jarak jauh dibolehkan dengan wujudnya rangkaian pendidikan yang lengkap. Trenda semasa semakin menampakkan masa depan pengajaran dengan cara jarak jauh tetapi ini tidak bermakna pendidikan konvensional perlu dihapuskan sama sekali. Sesetengah daripadanya perlu dikekalkan bagi membolehkan pelajar membelajari kemahiran tertentu yang tidak boleh diperolehi melalui teknologi maklumat. Contohnya cara persembahan menggunakan komputer amat berbeza dengan cara konvensional. Namun kita tidak harus bergantung sepenuhnya kepada komputer dan melahirkan golongan yang tidak mampu berinteraksi tanpa komputer. Justeru itu, sistem pendidikan perlu membekalkan kemahiran interaksi asas pada awal persekolahan dan menggunakan teknologi maklumat pada masa yang sama. Dengan itu, pelajar mempunyai kemahiran lebihan dan pilihan untuk menggunakan teknologi maklumat atau cara konvensional sesuai dengan keadaan tertentu. Seterusnya, peningkatan prestasi pencapaian sekolah kebangsaan perlu dilakukan supaya menjadi sekolah pilihanrakyat. Sekolah merupakan tapak semaian penting bagi memupuk perpaduan negara dan menyemai semangat integrasi nasional. Pelbagai langkah perlu diambil ke arah memperkasakan sekolah kebangsaan supaya ianya menjadi sekolah pilihan semua kaum. Kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah kebangsaan juga perlu ditingkatkan. Kurikulum dan aktiviti kokurikulum di sekolah juga perlu dikaji semula untuk memastikan ia menyediakan asas kukuh dan bersesuaian dengan kehendak semasa. Peluang pendidikan bagi kanak-kanak istimewa dan yang mengalami masalah pembelajaran juga perlu ditingkatkan. Langkah seterusnya ialah dengan mewujudkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan institusi tertiari memenuhi kehendak majikan. Langkah untuk mempertingkat kualiti pendidikan tertiari akan terus dilaksanakan. Institusi pengajian tinggi tempatan perlu diberi tanda aras mengikut piawaian antarabangsa. Bagi memperkukuh keupayaan penyelidikan di universiti tempatan, jalinan kerjasama dengan institusi terkemuka di peringkat antarabangsa dan juga swasta perlu dilaksanakan agar misi ini berjaya menjelang 2020. Institusi pengajian tertiari juga hendaklah meneliti kursus-kursus yang ditawarkan sejajar dengan keperluan semasa Selain itu, dengan mengadakan lebih banyak tempat untuk pembangunan kemahiran, latihan dan pembelajaran kepada tenaga buruh pada setiap peringkat dan umur termasuk kemahiran penggunaan ICT, misi ini boleh dicapai. Keupayaan dan keberkesanan sesuatu latihan untuk melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran perlu ditingkatkan dengan membanyakkan institusi latihan awam, menambah kursus lanjutan dalam bidang-bidang teknikal, serta menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam bidang latihan teknikal. Pengambilan pelatih teknikal juga perlu ditambah lagi agar misi ini dapat direalisasikan. Selain daripada itu, kemudahan-kemudahan bagi tujuan pendidikan juga akan terus bertambah bagi tujuan pembelajaran. Bersesuaian dengan dunia tanpa sempadan, kita seharusnya didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan supaya kita semua tidak ketinggalan. Maka, kemudahan-kemudahan inilah yang akan membantu kita sebagai alat bantu mengajar yang boleh dipercayai. Kepesatan arus globalisasi ini juga akan membuatkan pemikiran anak-anak generasi kita pada masa hadapan akan lebih jauh ke hadapan dengan bantuan pelbagai kemudahan yang di sediakan. Perdana Menteri kita, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah berkata ketika membentang Rancangan Malaysia Kesembilan, “ Dalam konteks dunia global, modal insan bermutu tinggi satu keperluan, bukan lagi kemewahan. Pembangunan modal insan dalam RMK-9 dirangka supaya bersifat holistik, menyeluruh dan bersepadu”. Melalui ungkapan beliau itu, beliau amat berharap agar negara kita akan mencapai hasrat dan aspirasi dan seterusnya menyertai barisan negara maju menjelang 2020.
Soalan 4
Adakah konsep kesaksamaan/kesamaratan dalam agihan dan pertumbuhan dari segi wilayah – Semenanjung Sabah dan Sarawak?Modenisasi merupakan suatu proses perubahan seluruh aspek kehidupan yang mesti ditempuh oleh semua bangsa atau negara. Modenisasi sama ada wujud dengan perancangan yang mempunyai matlamat, kaedah dan ukuran pencapaian ataupun wujud tanpa adanya perancangan. Perubahan yang ada perancangan dinamakan modenisasi dan ia mengandungi pembangunan ekonomi dan pembangunan politik. Matlamat pembangunan ekonomi adalah untuk mewujudkan sebuah masyarakat industri. Kaedah yang sering digunakan ialah pembangunan teknologi menggunakan teknologi canggih, pembangunan pertanian menggunakan teknologi, kaedah komersil dan industrialisasi menggunakan skala besar dan teknologi canggih. Ukuran pencapaiannya menggunakan Keluaran Negara Kasar atau Gross National Product (GNP). Manakala matlamat pembangunan politik adalah untuk pembinaan negara bangsa. Negara bangsa ialah kawasan yang mempunyai sempadan, kerajaan dan bangsa. Namun demikian akibat proses migrasi, perang dan penjajahan, ada negara yang tiada bangsa. Oleh kerana matlamat pembangunan politik adalah pembinaan negara bangsa, kaedah yang digunakan ialah dasar-dasar negara seperti Dasar kebudayaan Kebangsaan, Dasar Bahasa Kebangsaan dan sebagainya. Manakala ukuran yang digunakan ialah kekerapan konflik, pilihanraya dan sebagainya. Modenisasi ini mula tercetus di Eropah Barat melalui Revolusi Perindustrian di Peranchis pada akhir abad ke 18 Masihi dan awal abad ke19 Masihi apabila berlaku perubahan besar dalam sektor pertanian, pembuatan dan pengangkutan. Secara umumnya model pembangunan ekonomi dan politik Barat menjadi contoh pembangunan di negara-negara Membangun. Oleh itu harus dibezakan di antara permodenan dan pembaratan. Pemodenan ialah perubahan semua aspek hidup secara berperancangan. Manakala pembaratan ialah meniru gaya hidup Barat secara tidak berperancangan. 2. Malaysia dan Modenisasi Selepas mengharungi era penjajahan, modenisasi Malaysia melalui beberapa penyesuaian dan perubahan struktur. Malaysia berhasrat untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi dan mewujudkan masyarakat industri dengan tumpuan kepada infrastruktur ekonomi, pembangunan pertanian dan industri gantian import. Pada tahun 1960an, pembangunan ekonomi bertumpu kepada eksport. Di tahun 2000an, pembangunan ekonomi secara K-ekonomi (Knowledge-Economy). Ukuran pencapaiannya ialah melalui Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), indeks kualiti hidup, kadar kemiskinan dan kadar inflasi. Dalam usaha mewujudkan sebuah negara bangsa, Malaysia memerlukan persekitaran negara yang stabil dan berintegrasi. Untuk mencapai hasrat tersebut, kaedah yang digunakan ialah dasar-dasar negara seperti Rukun Negara, Dasar Pertanian, Dasar Perindustrian dan sebagainya. Ekonomi Malaysia cukup unik kerana faktor-faktor pengeluaran (modal, buruh, tanah dan sebagainya) dimanipulasi bukan sahaja untuk tujuan ekonomi tetapi juga pembangunan negara yang mempunyai kepelbagaian etnik. Infrastruktur ekonomi dibangunkan dengan tanaman getah dan kelapa sawit. Jaringan perhubungan jalan raya, pelabuhan dan keretapi dimajukan. Tenaga buruh dan modal disediakan mengikut etnik. Sungguh pun setiap etnik terpisah tetapi mereka saling memerlukan antara satu sama lain untuk melakukan kegiatan ekonomi. Etnik Melayu dari segi demografi sosial adalah majoriti jika dibandingkan dengan etnik Cina dan India, tetapi dari segi ekonomi etnik Cina adalah majoriti dan dominan. Inilah yang seterusnya menjadi isu dalam pembangunan ekonomi dan agihan ekonomi negara. Sesuatu harus dilakukan supaya keseimbangan dapat dilaksanakan dalam soal ekonomi. 3. Pembangunan Ekonomi dan Penyertaan Etnik · Rancangan Pembangunan Lima Tahun (1950-1955) diusahakan untuk merancang dan melaksanakan pembangunan negara dalam tempoh lima tahun akan datang serta mengatasi masalah politik sosial dan ekonomi selepas Perang Dunia Kedua bermula pada tahun 1950 oleh Inggeris. · Rancangan Malaya Pertama (1956-1960) seterusnya telah dirancang sendiri oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan matlamat untuk membangunkan sektor ekonomi luar bandar dan mengurangkan kadar kemiskinan luar bandar. Ini dilakukan melalui usaha memulihkan perusahaan getah, penubuhan RIDA (Rural Industry Development Authority) kemudiannya dikenali sebagai Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada tahun 1966 dan penubuhan LKTP pada 1967 yang ditukar nama kepada FELDA pada tahun 1971 dalam kegiatan membuka tanah pertanian baru, penempatan semula dan memperbaiki taraf hidup. · Rancangan Malaya Kedua (1961-1965) dengan memberi fokus kepada memajukan infrastruktur asas ekonomi dan mempelbagaikan kegiatan ekonomi luar bandar melalui kemudahan kesihatan, perumahan, pendidikan dan aktiviti pertanian. · Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970) dengan memberi fokus kepada pembangunan negara secara menyeluruh dalam semua sektor ekonomi di Semenanjang, Sabah dan Sarawak ke arah perindustrian ganti import untuk menyediakan peluang pekerjaan, meningkatkan pendapatan dan integrasi nasional. Dalam usaha ini, kerajaan membuka banyak rancangan tanah FELDA secara besar-besaran, penubuhan LPP (Lembaga Pertubuhan Peladang), MARDI (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia), FELCRA (Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Persekutuan) dan MADA (Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia) untuk meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar supaya dapat keluar dari kemelut kemiskinan. · Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) dengan memberi fokus kepada menyelesaikan masalah perbezaan ekonomi yang tidak seimbang antara kaum agar kestabilan ekonomi dan politik dapat dicapai. Ini dilakukan melalui pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berjalan selama 20 tahun (1970-1990) dengan dua matlamat iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat tanpa mengira etnik. Banyak usaha yang dilakukan untuk mengurangkan kadar pengangguran, mengurangkan jurang pendapatan antara etnik dan wilayah, menyediakan peluang latihan dan modal, memperbaiki kualiti kehidupan melalui penubuhan agensi seperti KEJORA, DARA, PERNAS, UDA, RISDA dan LPP. · Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) sebagai lanjutan rancangan pembangunan yang sebelumnya dan merupakan peringkat kedua pelaksanaan DEB. Pembangunan ekonomi pertanian diperkukuhkan dengan penubuhan KETENGAH dan KESEDAR dengan tanaman getah dan kelapa sawit untuk meningkatkan komoditi ekspot dan menambah peluang pekerjaan. · Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985) memberi perhatian untuk mengatasi kemelesetan ekonomi dunia dengan kejatuhan harga komoditi pertanian. Dalam pada itu sektor industri berat dan teknologi tinggi mula diperkenalkan melalui penubuhan HICOM dan PROTON. Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990) dan Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995) dengan fokus kepada industri teknologi maju dan penswastaan supaya sektor swasta menjadi pemain utama dalam pembangunan ekonomi negara selari dengan pelancaran Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang bermatlamat untuk mengurangkan dan menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara. · Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000) memberi penekanan kepada pembangunan seimbang semua etnik dalam pertumbuhan dan agihan, kepentingan sumber manusia menerusi latihan dan pendidikan dalam usaha untuk mengekalkan pembangunan dan menjayakan ekonomi negara. Manakala Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005) memberi fokus kepada industri yang berteraskan ilmu pengetahuan iaitu K-ekonomi (knowledge-Economy) sesuai dengan Dasar Wawasan Negara iaitu Wawasan 2020 untuk mewujudkan pertumbuhan ekonomi mapan dan mewujudkan masyarakat bersatu dan saksama. Beberapa strategi digunakan untuk mejayakannya seperti dasar kewangan dan fiskal berhemah, pemantapan pengetahuan dan kemahiran pekerja, meningkatkan perindustrian dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta memupuk nilai murni antara rakyat. · Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010) merupakan peringkat kedua Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Untuk tujuan itu pelbagai usaha dilakukan untuk meningkatkan nilai tambah ekonomi, meningkatkan pengetahuan dan inovasi, pembangunan seimbang dan saksama serta mengukuhkan keupayaan institusi negara melalui pelancaran koridor-koridor ekonomi Utara, Selatan, Pantai Timur, Tengah, Sabah dan Sarawak. · Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015) memberi fokus kepada kemakmuran ekonomi dan keadilan sosial Gagasan 1 Malaysia, Program Transformasi Kerajaan dan Model Baru Ekonomi. Ini dilakukan melalui usaha-usaha memacu ekonomi, memanfaatkan kebolehan pelbagai etnik, tingkat produktiviti, pendapatan tinggi, inovasi, modal insan cemerlang, perkongsian pintar sektor awam dan swasta, pembangunan inklusif, alam sekitar dan daya saing global. 3.1 Dasar Pertanian Meskipun perubahan corak ekonomi telah beralih kepada sektor perindustrian, sektor pertanian tetap diberi keutamaan kerana sifatnya yang strategik. Kerajaan Malaysia mewujudkan agensi pelaksana seperti Federal Land Development Authority (FELDA), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau Federal Agricultural Marketing Authority (FAMA), Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority (FELCRA), Malaysian Agricultural Research and Development Institute (MARDI) Bank Pertanian Malaysia (Agro Bank), BERNAS (Beras Nasional) LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dan seumpamanya untuk memajukan sektor pertanian dan membasmi kemiskinan di kalangan peladang dan masyarakat luar bandar melalui pemberian tanah, bantuan kewangan, khidmat nasihat, strategi pemasaran dan subsidi untuk baja, biji, benih dan racun. Ia memberikan penekanan kepada peningkatan produktiviti, kecekapan dan persaingan. Semua ini dilakukan bagi memenuhi keperluan makanan negara dan sebagai asas sumber mentah untuk industri dan meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian. Strategi untuk meningkatkan masyarakat perdagangan dan perindustrian Melayu dan bumiputera dilakukan untuk menyusun semua masyarakat. 3.2 Dasar Perindustrian Kerajaan Malaysia serius untuk mempergiatkan proses industrialisasi agar sektor pembuatan menjadi penggerak utama pertumbuhan ekonomi negara. Selaras dengan itu kerajaan memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur, Dasar Penswastaan, Teknologi ICT (Internet, Computer and telecomunication) dan K-ekonomi (Knowledge Economy). Dalam masa yang sama sistem pendidikan menyediakan tenaga kerja yang diperlukan, penubuhan prasarana latihan industri seperti Giat Mara, Institut Latihan Perindustrian dan Pusat Latihan Kemahiran Tinggi. Banyak infrastruktur industri dibangunkan seperti kawasan perindustrian, lebuhraya, bank dan pelabuhan di samping insentif-insentif kewangan dan percukaian. Industri memproses bahan mentah diteruskan di samping industri teknologi tinggi serta industri kecil dan sederhana (IKS). 4. Isu-isu Hubungan Etnik Dalam Ekonomi Malaysia 4.1 Pertumbuhan dan agihan Apabila berlaku pertumbuhan ekonomi, maka timbul persoalan agihan pendapatan dan kekayaan. Agihan mestilah merata, saksama dan seimbang di kalangan semua rakyat Malaysia yang telah berkorban untuk kemajuan kerana terdapat: · Kelas sosial yang berbeza iaitu golongan atas, menengah dan bawah. · Etnik yang berbeza iaitu Melayu, Cina dan India serta etnik lain di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. · Wilayah Semenanjung yangg terdiri dari Pantai Barat dan Pantai Timur serta Wilayah Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak. 4.2 Persamaan (Equality) dalam Fasal 8 Perlembagaan dan Hak Istimewa Orang Melayu (Malay Special Privilage) dalam Fasal 153 Perlembagaan Malaysia Fasal 8 menegaskan bahawa semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama di sisi undang-undang. Oleh itu keadilan dan kesamarataan mesti diperjuangkan di Malaysia di kalangan rakyat. Fasal 153 ialah Hak Istimewa Orang Melayu dengan tidak mendiskriminasi etnik yang lain semata-mata kerana sebab agama, etnik, keturunan dan jantina. Usaha serius mesti dilakukan bagi memastikan tiada kelompok etnik yang ketinggalan dalam merebut peluang dalam semua sektor ekonomi. 4.3 Dasar Ekonomi Baru (DEB) (1971-1990) Bagi menyelesaikan masalah perbezaan ekonomi antara sektor dan kaum supaya kestabilan politik dan ekonomi dapat dicapai. Matlamat Dasar Ekonomi Baru ialah untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat. Pelbagai usaha dilakukan untuk meningkatkan pemilikan saham bumiputera kepada 30% menjelang 1990 dan menyusun semula ekonomi bagi memastikan setiap etnik tidak cemburu atau dengki dengan pencapaian etnik lain. Usaha menyelesaikan masalah sosio ekonomi ini dilakukan dengan mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan daya pengeluaran dan pendapatan, memodenkan kehidupan luar bandar dan memperbaiki kualiti hidup. Rangka kerja yang dilakukan antara lain ialah mewujudkan lembaga kemajuan pembangunan wilayah seperti KESEDAR, KETENGAH, DARA, KEJORA dan MADA. 4.4 Pendidikan dan Ekonomi Pendidikan menjadi alat untuk pembangunan ekonomi. Bahasa Kebangsaan menjadi medium untuk perpaduan kaum, pendidikan menjadi alat mobiliti sosio-ekonomi bagi mendapat peluang hidup yang lebih baik menerusi akademik, latihan dan kepakaran. Anak-anak Melayu dan Bumiputera diberi peluang pendidikan tinggi dengan kemudahan seperti asrama desa, Sekolah Berasrama Penuh, MRSM, Giat MARA, IKBN, bantuan persekolahan dan sebagainya dengan harapan supaya mereka dapat mempersiapkan diri untuk bersaing dengan etnik lain untuk mobiliti sosial. Sumber manusia yang berkualiti, berwibawa dan cemerlang mampu menjana pembangunan negara menerusi pengembangan bakat, kreativiti dan inovasi serta sentiasa memenuhi kehendak majikan. 5. Globalisasi, Ekonomi Malaysia dan Hubungan Etnik Keadaan ekonomi dunia yang sentiasa mengembang dan menguncup sering menyebabkan berlaku keluar masuk modal asing dalam pasaran Malaysia sehingga membawa kepada kemakmuran ekonomi. Akan tetapi ia juga boleh membawa kesan buruk kepada ekonomi apabila berlaku kemelesetan (recession) melalui pengaliran keluar modal asing sehingga menyebabkan berlaku inflasi dan pengangguran. 5.1 Krisis ekonomi (1985-1986, 1997-1998 dan 2007-2008) Turun-naik aliran ekonomi dunia dipengaruhi oleh harga minyak, harga komoditi dan krisis kewangan apabila aktiviti ekonomi diperlahankan ataupun diberhentikan. Ia memberi kesan besar kepada semua syarikat besar, sederhana dan kecil yang melibatkan peniaga Melayu dan juga bukan Melayu. Syarikat bukan Melayu yang telah lebih lama berkecimpung dalam perniagaan lebih berdaya saing dan teguh serta mempunyai plan menyelesaikan konflik ekonomi. Akan tetapi ia menjadi suatu kesukaran kepada syarikat Melayu dan bumiputera yang baru muncul kerana Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Penswastaan kerana kurang modal, pengalaman dan pengetahuan menyebabkan mereka mengalami kerugian dan muflis. 5.2 Ekonomi Islam Fenomena Kebangkitan Islam yang tercetus di tahun 1970an yang menganjurkan kembali kepada pengamalan Cara Hidup Islam telah mencetuskan dimensi baru dalam bidang ekonomi iaitu menubuhkan institusi ekonomi dan melaksanakan kegiatan ekonomi yang bertepatan dengan ajaran Islam. Kerajaan Malaysia melaksanakan agenda Ekonomi Islam di tahun 1980an dengan pengenalan institusi pengurusan harta seperti Tabung Haji (TH), sistem perbankan Islam, sistem takaful (insuran Islam), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), al-Rahn (Pajak Gadai), perniagaan halal dengan penglibatan besar etnik Melayu secara serius dalam kegiatan ekonomi selaras dengan syarak. 5.3 Dasar Penswastaan Melibatkan secara serius penglibatan bumiputera yang berdaya maju dalam sektor perindustrian dan perkhidmatan yang selama ini dimiliki oleh kerajaan. Ini berupaya membentuk suasana baru apabila ia mencipta peluang pekerjaan, latihan pengurusan dan mengembangkan perniagaan serta perusahaan Melayu dan Bumiputera. Kerajaan memindahkan tanggungjawab memberi perkhidmatan dan melakukan kegiatan perindustrian kepada pihak swasta supaya lebih cekap, berorientasikan keuntungan dan berdaya maju. Mereka diberi peluang untuk bergiat dalam sektor tertentu seperti perkhidmatan pembersihan, kawalan keselamatan, lebuhraya, pelabuhan, pengangkutan, pendidikan, telekomunikasi dan sebagainya. Ia turut dapat mengurangkan beban kewangan dan pengurusan kerajaan, meningkatkan peranan sektor swasta dalam pembangunan dan juga dapat menjana kutipan cukai yang tinggi. Antara syarikat utama dalam corak ekonomi ini ialah TM, TNB, KTM, BERNAS, Radicare, POS Malaysia, Malaysia Airline System, Lembaga Pelabuhan Johor, Lembaga Pelabuhan Kelang, PLUS dan IJN. 5.4 Industri Otomobil Diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 1980an dengan usahasama industri Jepun iaitu Mitsuhishi Corporation melalui Dasar Pandang Ke Timur. Fokus utamanya ialah pemindahan teknologi. Ia sebagai memberi peluang kepada etnik Melayu menceburkan diri dalam sektor industri dan pengedaraan otomobil. Ramai pelajar dari Etnik Melayu dihantar melanjutkan pelajaran dalam bidang teknikal ke Jepun dan Korea. Usahawan Melayu diberi lesen untuk menjadi pengedar dan penjual kereta nasional serta industri yang berkaitan dengannya seperti vendor peralatan, eksosari kenderaan, perbankan, insuran dan sebagainya. 6. Kesimpulan Walaupun Malaysia merupakan warisan struktur ekonomi penjajah Inggeris, namun kerajaan telah melaksanakan pelbagai dasar pembangunan ekonomi yang boleh merapatkan hubungan antara etnik. Banyak peluang ekonomi diagihkan secara seimbang dan meluas bagi memastikan kekayaan ekonomi negara dapat dikecapi oleh semua etnik di Malaysia.