Soalan 1
Isu Murtad dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia.MURTAD adalah ungkapan yang menakutkan. Tidak ada mukmin yang sebenar tidakberasa sensitif atau ketakutan apabila perkataan murtad dikaitkan dengannya. Bahkanmukmin yang sejati apabila mendengar perkataan murtad atau kufur akan menyebutdalam jiwanya, “aku pohon perlindungan dengan Allah dari itu semua.” Allah berfirmandalam surah al-Baqarah: 217: (maksudnya) dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu dia mati dalam keadaan kafir,maka mereka itu rosaklah amalan (yang baik) mereka di dunia dan di akhirat, danmereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya). Dari sudut bahasa “Riddah” atau murtad bermakna “ruju” beralih daripada berpegangkepada sesuatu kepada yang lain. Dalam istilah syarak ia bermakna beralih daripadaberpegang kepada agama Islam kepada menganut agama lain. Dalam pengertian iniAllah menyebutkan dalam surah al Baqarah ayat 217.
Soalan 2
Isu Hak Penjagaan Anak Bagi Pasangan Yang Salah Seorang daripada Mereka Memeluk Islam.Dalam menjelaskan status anak-anak selepas salah seorang ibu bapa memeluk Islam sedangkan pihak yang kedua tetap berada dalam agama asal, para fuqaha Islam telah berselisih pandangan kepada beberapa pandangan: Pandangan Pertama: Anak-anak adalah mengikut agama Islam sama ada yang memeluk Islam adalah bapa ataupun ibu. Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh kebanyakan para fuqaha Islam daripada mazhab al-Hanafiyyah, al-Syafi`iyyah dan al-Hanabilah[1]. Maka berdasarkan kes yang berlaku, Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun) adalah diiktibar sebagai beragama Islam kerana mengikut agama yang dianuti oleh bapanya. Hujah pandangan pertama ini adalah hadith Rasulullah yang berbunyi: عَنْ عَائِذِ بْنِ عَمْرٍو الْمُزَنِيِّ عَنِ النَّبِيِّ قَالَ : (( الإسْلاَمُ يَعْلُوْ وَلاَ يُعْلَى )) . رواه البيهقي والدارقطني والروياني . Daripada A'idz bin Amr Almuzani, daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Islam tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya."
Soalan 3
Isu Penurunan Salib di Kampung Medan.Sudah terang lagi bersuluh, hak kebebasan beragama di Negara kita Malaysia saban hari semakin tergugat. Baru-baru ini, isu penurunan salib di Taman Medan, Petaling Jaya menjadi buah mulut dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan budaya. Menurut sumber daripada The Star Online, sekumpulan penduduk yang mendiami Taman Medan menjalankan protes terhadap sebuah gereja baru di kawasan berkenaan. Hal ini kerana mereka bimbang terhadap jemaah gereja yang meletakkan salib di luar bangunan gereja berkenaan mencabar penyebaran agama Islam dan boleh mempengaruhi golongan anak muda Islam di kawasan Taman Medan. Berdasarkan Helen Ang’s blog (https://helenang.wordpress.com/2015/04/20/taman-medan-evangelistas-and-church-crosses-the-spore-and-china-experience/), penulis blog ini mempersoal bahawa gereja yang beroperasi di Taman Medan berkenaan tidak mempunyai permit yang sah. Tambahan lagi, penulis blog menyatakan bahawa penduduk Melayu di Taman Medan membantah salib yang diletakkan di gereja berkenaan, malah mereka juga mencerca golongan evangelist atau penginjil di gereja berkenaan sebagai golongan yang ekstremis, fanatik agama dan sangat membencinya.
Soalan 4
Isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Masyarakat Kristian.Mengulas mengenai isu penggunaan kalimah Allah seperti yang digunakan oleh Herald Catholic dalam terbitan bahasa Melayunya, mungkin ada beberapa fakta menarik yang boleh dikongsi untuk renungan kita bersama. Memang telah termaktub di antara larangan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia menerusi keputusan kabinet yang bertarikh 16 Mei 1986 bagi mana-mana agama selain Islam untuk menggunakan empat perkataan iaitu Allah, Solat, Baitullah dan Kaabah. Malah ada sesetengah negeri yang menambahkan lagi beberapa perkataan yang dianggap boleh mendatangkan kekeliruan dan bahaya kepada umat Islam apabila digunakan oleh bukan Islam. Namun yang peliknya kenapa masih lagi ada yang cuba menuntut kerajaan Malaysia untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah bagi tujuan penerbitan bahan bercetak mereka? Mungkin kita boleh menjangkakan bahawa alasannya ialah kalimah Allah tersebut adalah kalimah terjemahan dari Bahasa Inggeris yang menggunakan kalimah God dalam Bible terbitan Bahasa Inggeris yang telah sekian lama digunakan. Sama ada kita sedar ataupun tidak, tuntutan ini sebenarnya amat berbahaya kepada umat Islam sekiranya dibenarkan, kerana ianya lebih banyak menimbulkan kekeliruan di dalam masyarakat. Cubalah kita bayangkan kekeliruan yang akan timbul di dalam masyarakat terutamanya kepada golongan muda dan juga kepada kanak-kanak Muslim apabila terbaca iklan-iklan atau papan-papan tanda yang berbunyi "...Aku adalah anak Allah" atau "...damai sejahtera dari Allah, Bapa kita dan dari Tuhan Jesus Kristus" atau "...anak Allah yang hidup" yang semuanya merupakan terjemahan terus dari Bible terbitan Bahasa Inggeris. Sebenarnya banyak lagi ayat-ayat atau ungkapan-ungkapan yang diterjemahkan ini boleh mengundang kekeliruan yang akhirnya boleh membatilkan fahaman agama. Walau bagaimanapun, bagi menyingkap kekeliruan yang telah berlaku ini, elok rasanya kita melihat kepada asal-usul bahasa kitab-kitab itu sendiri. Bagi orang Islam dan juga bukan Islam, mudah untuk difahami dan diberitahu bahawa bahasa asal al Quran adalah Bahasa Arab. Dan apakah pula bahasa yang digunakan untuk kitab Injil (Bible) dan kitab Taurat? Bagi mereka yang mengkaji sejarah, secara jujur mereka akan katakan bahasa asal untuk kitab Taurat ialah Bahasa Hebrew, dan bahasa yang digunakan untuk menulis Kitab Injil (Bible) ialah Bahasa Greek. Sekiranya fakta penggunaan bahasa ini boleh diterima sebagai asas perbincangan, maka ulasan seterusnya selepas ini akan menjadi lebih mudah. Malah bagi orang Islam, tidak perlu untuk kita menjadi pakar tentang kitab Taurat atau Injil (Bible) untuk mengupas isu gawat yang sedang berlaku ini. Persoalannya sekarang ialah apakah perkataan yang digunakan untuk Tuhan dalam bahasa Hebrew dalam kitab Taurat dan makna perkataan Tuhan dalam bahasa Greek untuk kitab Injil (Bible).? Sekiranya Herald Catholic boleh memahami persoalan asal bahasa ini mungkin kekeliruan penggunaan perkataan Allah tidak timbul. Ini adalah kerana perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah Elohim, Eloh, El dan juga Yahweh. Ini dapat diperhatikan menerusi Perjanjian Baru, di dalam The Gospel of St. Matthew bab 27: 46 yang menyebut : Kira-kira jam tiga berserulah Jesus dengan suara nyaring: "Eli, Eli, lama sabaktani?" (Ertinya : Tuhan-Ku, Tuhan-Ku, mengapa Engkau meninggalkan aku?") Sementara di dalam bahasa Greek pula perkataan yang membawa maksud Tuhan ialah Theos. Sepertimana yang tertulis dalam buku-buku sejarah atau buku-buku tamadun besar dunia, orang-orang Rom menyembah Tuhan yang dikenali sebagai Hotheos. Dan sekiranya terdapat di kalangan mereka yang menyembah Tuhan yang dianggap palsu, mereka akan memanggil Tuhan tersebut sebagai Tintheos. Jika diteliti kita akan dapati bahawa untuk kedua-dua bahasa sama ada Hebrew ataupun Greek yang dijadikan penulisan bagi kedua-dua kitab suci ini, tidak terdapat satu pun kalimah Allah digunakan. Namun begitu ada juga di kalangan mereka yang memberi alasan bahawa penggunaan kalimah Allah ini ialah berdasarkan penggunaan kalimah Allah di dalam kitab Bible versi Bahasa Arab. Bible versi Arab ini tidak dikenali sebagai Holy Bible tetapi lebih dikenali sebagai Kitab al-Muqaddas. Dan di dalam terjemahan Bible Melayu pula mereka menamakannya sebagai Kitab Berita Baik. Lanjutan daripada itu juga perlu kita fahami bahawa kalimah Allah yang wujud di dalam Bible bahasa Arab tersebut adalah kerana sesetengah Kristian Arab seperti yang terdapat di Mesir, Syria, dan beberapa negara lain yang muncul sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. menerima dan meyakini faham Keesaan Tuhan. Di mana faham ini jauh berbeza dengan faham Trinity (tiga dalam satu) sepertimana doktrin kebanyakan Kristian pada hari ini. Maka dengan itu hujah yang dijadikan sandaran untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah ini adalah tidak dapat diterima kerana golongan Kristian Trinity sendiri tidak menerima bahkan mengkafirkan golongan Kristian Unity. Selain daripada hujah tersebut terdapat juga pandangan yang menyatakan bahawa kekeliruan tidak akan timbul jika penggunaan kalimah ini dibenarkan kerana kalimah Allah yang hendak digunakan tersebut adalah merujuk kepada terjemahan dari kalimah God dalam Bible bahasa Inggeris sedangkan kalimah Tuhan pula adalah terjemahan dari kalimah Lord. Pandangan ini juga sebenarnya mengelirukan malah bertentangan dengan apa yang dinyatakan dalam Bible itu sendiri. Apakah bezanya antara Allah dan Tuhan dalam agama Kristian? Sekiranya kalimah Tuhan merujuk kepada Jesus sedangkan kalimah Allah merujuk kepada Tuhan Bapa di dalam Syurga, maka perlulah difahami dengan jelas di sini bahawa kalimah Tuhan dan Allah adalah dua perkataan yang merujuk hanya kepada Allah sahaja. Bagi membuktikan hal ini kita boleh merujuk kepada The Gospel Of St Mark 12:29 yang menyebut: Jawab Jesus: Hukum yang terutama ialah : Dengarlah wahai Bani Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan Yang Esa". Dalam ayat ini siapakah Tuhan Yang Esa yang dimaksudkan di dalam ayat di atas? Adakah ianya merujuk kepada Jesus? Pastinya tidak! Malah kalimah Tuhan yang dimaksudkan di atas adalah merujuk kepada Allah semata-mata. Dan hal ini sekali lagi bertentangan dengan apa yang telah dinyatakan bahawa kalimah Lord (Tuhan) di dalam Bible adalah merujuk kepada Jesus. Sekiranya penghujahan ingin diteruskan lagi dengan menyatakan bahawa dalil yang paling jelas yang menunjukkan kalimah Tuhan adalah merujuk kepada Jesus dan kalimah Allah pula merujuk kepada Tuhan Bapa seperti yang sering dirujuk di dalam The Gospel Of St. Matius 16:22 yang menyebut: Tetapi Petrus menarik Jesus ke samping dan menegur Dia, katanya: "Tuhan (Jesus), Semoga Allah (Tuhan Bapa) menjauhkan hal itu". Sekiranya ini dijadikan hujah dan alasan, maka mereka yang berkenaan perlu menyelesaikan dahulu percanggahan yang terdapat di antara kedua ayat yang telah dinyatakan tadi. Sama ada Tuhan itu merujuk kepada Jesus sahaja ataupun juga merujuk kepada Allah. Malah kata-kata Jesus sendiri menjelaskan keEsaan Allah sepertimana yang terdapat dalam The Gospel of St. John 20:17 yang menyebut: Kata Jesus kepadanya: Janganlah engkau memegang aku, sebab aku belum pergi kepada Bapa, tetapi pergilah kepada saudara-saudaraKu dan katakanlah kepada mereka bahawa sekarang Aku akan pergi kepada BapaKu dan Bapamu, AllahKu dan Allahmu." Dalam kata lain Jesus bukanlah Allah ataupun Tuhan Yang Maha Berkuasa kerana Jesus sendiri menyatakan bahawa Tuhan yang sebenar ialah Allah. Maka jelaslah di sini bahawa kewajaran pihak kerajaan Malaysia melarang penggunaan kalimah Allah untuk digunakan oleh bukan Islam patut disokong oleh segenap masyarakat termasuk bukan Islam sendiri. Ianya adalah bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat apabila kalimah yang tidak tepat digunakan oleh mereka yang mempunyai kepentingan tertentu akan mengundang padah yang akhirnya membawa kerugian kepada semua pihak. Adalah suatu yang amat malang apabila kesejahteraan hidup beragama di negara ini yang telah sekian lama bertahan atas dasar tolak ansur dan saling memahami, tiba-tiba digoncang oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab yang sengaja ingin mencetus suasana ketegangan dan huru-hara
Soalan 5

Soalan 6
Isu Kepala Lembu di Kuil / Rumah Penganut Hindu.ekarang ini sedang heboh mengatakan bahawa segolongan penduduk orang Melayu Islam di seksyen 23 tidak menghormati sensitiviti agama Hindu. Walhalnya kepala lembu itu dibawa sebagai tanda protes 'kebodohan' pemimpin yang terlibat dalam membina kuil di kawasan penempatan tersebut. terus terang saya katakan, saya tidak bersetuju dengan kepala lembu itu tetapi bukan kerana sensitiviti agama Hindu! bagi saya iya tidak sedap mata memandang kerana sebagai orang Islam kita ada etika dan akhlaq yang perlu dijaga bukan sahaja sesama manusia malah sesama haiwan. Apa pun saya faham akan keadaan orang orang Melayu tersebut yang berada di dalam keadaan marah. Semuanya menjadi tenggelam punca. Tetapi yang hairannya pemimpin tersebut boleh sempat 'konar baring' menunding jari dengan mengatakan mereka ini tidak menghormati sensitiviti penganut agama lain. Apa ini?? Kenapa nak 'divertkan ' isu pulak? Sudah terang lagi bersuluh tujuan mereka untuk tuju kepada pemimpin sebagai lembu! Bukan nak menghina penganut Hindu.Tapi kerana statement konar baring mereka ini telah menyebabkan hubungan antara kaum kian lebih tegang! Siapa sebenarnya yang nak cetuskan isu perkauman sekarang ni? Yang isu kepala babi diletakkan di sangkut di atas pagar orang islam kenapa tak disuarakan sekali ?? tak pula aku dengar mana-mana pihak bangun dan keras memberi amaran jangan lukakan perasaan orang islam Melayu!Tetapi sebaliknya pihak pihak ini menyalahkan pihak UMNO yang kononnya bertanggungjawab walaupun mereka tiada bukti langsung!! Berapa banyak kuil lagi mahu dibina? Malaysia ialah sebuah negara dimana ISLAM adalah agama rasminya. Tak ajaibkah apabila tiba-tiba jumlah rumah ibadat bukan Islam melebihi jumlah masjid dan surau?? Perkara 3 Perlembagaan mengenai kedudukan Islam sebagai agama kepada Persekutuan perlu diberi keutamaan dalam sebarang perubahan yang hendak dibuat dengan kita tidak menafikan hak bukan Islam termasuk terhadap rumah-rumah ibadat. Tapi kenapa yang terjadi sebaliknya? Tak cukup dengan itu, nak sumbat juga kuil kuil tersebut di dalam kawasan penempatan Orang Islam. Makin lama makin hak Islam dinafikan.Makin lama makin hak Islam dipersoalkan! Apa sudah lupakah kejadian di Kampung Rawa Pulau pinang di mana perang agama hampir tercetus apabila kuil dan masjid dibina bersebelahan?? Sedarlah wahai Umat melayu Islam weiiiiiii.... takkan sampai nasi dah jadi bubur baru nak terkinja-kinja?