MUHAMMAD AFIQ AZLAN BIN WAN AZMAN's 8.A9 Aktiviti 9: Peristiwa 13 Mei - OpenLearning

“Mungkinkah Berlakunya Peristiwa 13 Mei Jika Saudara/Saudari Tidak Memainkan Peranan Dalam Mengukuhkan Kesepaduan Sosial Di Malaysia?” Beri pendapat saudara/saudari?

What is the answer to this question?
Peristiwa 13 Mei 1969 adalah satu peristiwa hitam kepada negara kita. Peristiwa tersebut berkaitan dengan Pilihanraya Umum 1969. Kesan daripada peristiwa tersebut banyak nyawa telah terkorban dan Tunku Abdul Rahman telah menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Tun Abdul Razak. Selain itu MAGERAN telah ditubuhkan. Hasil penubuhan MAGERAN, rukun negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970. Pada pendapat saya, peristiwa 13 Mei berpotensi untuk berulang kembali jika kita, rakyat Malaysia tidak sehati dan sejiwa antara satu sama lain. Rusuhan kaum juga mungkin terjadi lagi jika kita tidak mencapai perpaduan. Oleh itu, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk mengeratkan perpaduan kaum dengan slogan 1 Malaysia. Selain itu, tema Hari Kemerdekaan 2015 iaitu "Sehati Sejiwa" merupakan usaha kerajaan ke arah mengeratkan perpaduan kaum.

Comments

Chat