1. Huraikan peranan (i) agama dan (ii) budaya dan nilai dalam membina personaliti berjiwa Malaysia.
i) Peranan agama yang pertama iaitu sumber nilai menyatakan agama menyediakan kod etika dan aturan bermoral. Melalui penyatuan pula agama membangunkan ikatan sosial dan menyatukan individu dengan individu lain sehingga membentuk masyarakat. Selain itu, peranan agama dalam tamadun mendorong manusia membina kehidupan bertamadun. Peranan agama yang keempat ialah dalam perpaduan. Agama berperanan sebagai faktor penting dalam perhubungan antara etnik dan penganut berbeza. Melalui pembangunan, agama dijadikan rujukan dalam proses pembangunan masyarakat dan negara. Peranan agama dalam nasionalisme pula meyebabkan semangat nasionalisme bangkit terutama pada era kolonialisme. Seterusnya, peranan agama dalam pemerintahan yang menjadikan agama sebagai sumber rujukan dalam fungsi pemerintahan bagi sesetengan negara.Contohnya,bagi pemerintahan agama islam, al-quran dijadikan rujukan dalam system pemerintahan. Peranan agama dalam kesenian ialah dengan menjadikan agama sebagai sumber pelbagai bentuk kesenian.Contohnya,tulisan khart. Justeru, agama turut berperanan mencorakkan hubungan etnik di Malaysia melalui amalan memelihara hubungan dengan Tuhan, menghayati akhlak diri, memelihara hubungan baik dengan indivdu lain dan menghormati individu yang berlainan agama. ii) budaya sering dikaitkan dengan adat resam dan perilaku atau ritual yang dilakukan oleh sesebuah negara mahupun kelompok masyarakat. Di dalam arus perniagaan dan pasaran antarabangsa, nilai-nilai dan keprihatinan terhadap budaya masyarakat setempat dan negara perlu diambil kira. Syarikat -syarikat induk perlu sensitif dan peka terhadap isu ini dimana ia memainkan peranan yang penting dalam kesinambungan arus perniagaan untuk berjaya baik didalam peringkat antarabangsa mahupun negara itu sendiri. Penerapan nilai-nilai budaya perlulah selari dan segerak dengan norma-norma masyarakat setempat. Penerapan itu hendaklah dilakukan pada peringkat perancangan atau rundingan jualan
2. Ekonomi boleh memberikan kesan negatif kepada perpaduan kaum di Malaysia. Bincangkan.
What is the answer to this other question?Cabaran dari segi ekonomi Sejak zaman penjajahan lagi, masalah integrasi telah wujud terutamanya semasa penjajahan British. Mereka menjalankan dasar “divide and rule” iatu dasar pecah dan perintah agar dapat memerintah dan mengeksploitasi ekonomi negara. Dasar ini jugalah yang memisahkan kaum-kaum utama negara ini mengikut bidang ekonomi yang dijalankan. Masyarakat melayu mengendalikan pertanian dan ditempatkan di kawasan luar Bandar iaitu di kampong-kampung. Masyarakat Cina ditempatkan dilombong-lombong bijih timah dan bandar-bandar kerana aktiviti perlombongan dan perdagangan yang dijalankan mereka. Manakala masyarakat India pula ditempatkan di lading-ladang getah. Perubahan fungsi ini telah menyebabkan ketiga-tiga kaum ini terpisah dan hubungan semakin terhada dan menjadi bertambah renggang. Cabaran dari segi ekonomi yang paling nyata ialah perbezaan dari segi pekerjaan di mana perbezaan ini diwujudkan oleh pihak British melalui pecah dan perintah sepertimana dinyatakan sebelum ini. Masalah ini telah mewujudkan perasaan curiga dan telah mewujudkan jurang ekonomi antara kaum-kaum terbabit. Akaibat daripada dasar yang dicipta oleh British itu, kesannya masih lagi dapat dilihat sampailah sekarang di mana sektor perniagaan masih lagi didominasi oleh orang Cina dan kebanyakkan orang India masih lagi tinggal di lading-ladang. Perbezaan pekerjaan ini telah membataskan interaksi sosial antara mereka kerana masa banyak diluangkan ditempat kerja dan sekiranya rakan sekerja terdiri daripada kaum atau etnik yang sama maka interaksi dan komunikasi hanya berlaku dan berada dalam lingkungan kaum yang sama sahaja. Kesannya adalah di mana perasaan prasangka dan perkauman akan menjadi semakin kuat dan menebal di antara sesama kaum terbabit. Ekonomi merupakan nadi bagi sesebuah negara dan menjadi penggerak utama kemajuan. Jika kita lihat, sistem ekonomi kita sejak kita mencapai kemerdekaan adalah tidak stabil dan sama. Kerajaan British telah memisahkan kaum-kaum di tanah Melayu mengikut pekerjaan dan tempat tinggal mereka. Kaum Melayu yang kebanyakannya tinggal di kawasan kampong dan luar Bandar sebagai petani atau nelayan, orang india kebanyakan menjadi buruh di estet-estet dan lading-ladang manakala orang cina pula berada di Bandar sebagai pelombong dan peniaga. Ini telah menwujudkan perasaan curiga antara kaum dan telah menwujudkan jurang ekonomi antara kaum serta polarisasi antara kaum. Akibat dari dasar itu masih lagi dapat dilihat pada masa sekarang dimana sektor perniagaan masih lagi di dominasi oleh orang cina dan kebanyakan orang India masih lagi tinggal di lading-ladang. Perbezaan pekerjaan ini telah membataskan interaksi sosial kerana mereka hanya dapat meluangkan banyak masa ditempat kerja dengan berkomunikasi dengan rakan sekerja. Jika rakan sekerja terdiri dari kaum sama, maka interaksi dan komunikasi mereka berada dalam lingkungan kaum yang sama. Ini menyebabkan perasaan perkauman dan kurangnya hubungan semakin menebal.