Soalan 1
Tuliskan refleksi tentang video yang anda tonton tadi. Huraikan video yang anda tonton mengikut kronologi termasuk : • Masa • Tempat • Individu yang terlibatBerdasarkan video di atas, sudah jelaslah dasar-dasar pembangunan ekonomi yang berkaitan dengan persoalan pertumbuhan ekonomi dan agihan di Malaysia. Dasar-dasar utama ialah Rangka Rancangan Jangka Panjang I (RRJP 1), Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1971-1990, Rangka Rancangan Jangka Panjang II , Dasar Pembangunan Nasional 1991-2000 , Rangka Rancangan Jangka Panjang III (2001-2010) , Dasar Wawasan (1990-2020) dan Wawasan 2020. Langkah mengatasi ketidaksamaratan ekonomi di kalangan masyarakat Malaysia.Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak pada tahun 1970-1990. Ia merupakan sebuah usaha kerajaan bagi memperbaiki kedudukan ekonomi selepas tregedi 13 Mei 1969 dan stretegi kearah pembentukan perpaduan nasional. DEB merangkumi 2 objektif iaitu, pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat tanpa mengikut fungsi ekonomi dihapuskan.Selain itu, DEB mempunyai agenda "serampang 2 mata". Permata, menyatupadukan pelbagai etnik. Kedua, Permulaan baharu kepada etnik melayu untuk bergiat di dalam bidang perdagangan.perindustrian dan perniagaan. Seterusnya, DEB berpegang kepada prinsip bahawa ketidakseimbangan ekonomi perlu diperbaiki untuk mengelakkan ketegangan dan konflik antara etnik dan seterusnya mengukuhkan perpaduan dikalangan rakyat Malaysia.
Soalan 2
Nyatakan perasaan positif dan negatif anda: • Gembira, ceria serta memperoleh sesuatu bermanfaat daripada video. • Kecewa, sedih dan menerima pengaruh buruk daripada video.Saya berasa sangat gembira dan ceria serta memperoleh sesuatu bermanfaat daripada video tersebut.
Soalan 3
Apakah yang dapat anda pelajari daripada video tadi?Apa yang saya dapat pelajari ialah mengenai sejarah pembangunan ekonomi Malaysia sebelum dan selepas merdeka yang memberi kesan jurang ekonomi ketara antara kaum serta ketidakpuasan hati antara kaum.