Soalan 1
Setelah menonton video tentang LO 1, maka bincangkan hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia (sebelum merdeka, selepas merdeka dan sekarang)Berdasarkan video Limpahan Kemakmuran Merentasi Etnik ini.Saya dapat menilai hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia dan dasar-dasar pembangunan ekonomi yang berkaitan dengan persoalan pertumbuhan ekonomi dan agihan di Malaysia. Selain itu. interaksi globalisasi dengan dasar berkaitan pertumbuhan dan agihan di Malaysia. Hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia adalah harmoni antara etnik dan sosiopolitik yang stabil akan menghasilkan pertumbuhan dan pembangunan ekonomi. Stretegi memperoleh keharmonian hidupantara etnik dan kestabilan sosiopolitik,kekayaan negara perlu diagihkan dengan adil dan saksama agar semua etnik dapatmenikmati faedah pembangunan dan mengelakkan ketegangan dan konflik dalam masyarakat. Seterusnya,Isu sosiopolitik pada awal kemerdekaan iaitu melalui penerusan dasar ekonomi bebas penjajah telah mewujudkan isu ekonomi di kalangan masyarakat pelbagai etnik.Antara isunya ialah isu kemiskinan,isu hak milik kekayaan dan isu guna tenaga dalam sektor pertama.
Soalan 2
Setelah memahami LO 2, terangkan bagaimanakah kedudukan ekonomi Bumiputera / Kaum Cina / Kaum India / Kaum lain sebelum dan selepas Dasar Ekonomi Baru? Sila pertimbangkan impak jawapan anda ke atas keadaan politik, ekonomi dan sosial semasa.pertumbuhan ekonomi yang berlaku pada hari ini adalah disebabkan tercetusnya Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan semasa pemerintahan Tunku Abdul Razak. Hal ini kerana setelah berlakunya tragedi Mei 1969 yang menyebabkan pergaduahn dua etnik anata etnik Melayu dan etnik Cina. Akibat daripada peristiwa tersebut Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan untuk menghapuskan ekonomi berasaskan etnik. Hal ini kerana, sejak dari zaman perintahan British, dasar pecah perintah yang diperkenalkan diman etnik Melayu ditempatkan di kawasan kampung, etnik India dikawasan ladang manakala etnik Cina diletakkan di kawasan bandar. Oleh itu, etnik Cina dilihat lebih mendominasi bidang perniagaan pada ketika itu. Selepas pengenalan Dasar Ekonomi Baru, ekonomi dapat diseimbangkan melalui aspek corak dan struktur guna tenaga, agihan pendapatan dan pemilikan modul produktif seterusnya dapat mencapai perpaduan nasional melalui penglibatan aktif kerajaan dalam ekonomi terutama bagi etnik Melayu. Namun begitu, pada tahun 1990, dasar ini telah dihentikan dan digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional dan Dasar Wawasan Nasional yang membewa kepada pengikatan hubungan etnik antara etnik-etnik di Malaysia. Falsafah yang menjadi panduan bagi mencapai perpaduan masyarakat ialah "PERTUMBUHAN DENGAN AGIHAN".Perpaduan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang etnik, budaya dan agama akan dapat dicapai sekiranyaperbezaan dan ketidakseimbangan ekonomi antara etnik dapat dihapuskan.DEB merangkumi 2 objektif iaitu pembasmian kemiskinan (mengurangkan kemiskinan dengan peningkatan pendapatan dan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tanpa mengira kaum).Kedua ialah penyusunan semula masyarakat(pengenalan etnik mengikut fungsi ekonomi dihapuskan). Antara strategi membasmi kemiskinan ialah meningkatkan kualiti hidup golongan miskin dengan menyediakan perkhidmatan sosial. Selain itu, meningkatkan pendapatan dan produktiviti golongan miskin dengan pemberian bantuan modul,teknologi,pemasaran dan latihan.Membuka lebih banyak peluang pekerjaan bagi membolehkan mobiliti golingan miskin untuk keluar daripada sektor produktiviti tinggi.
Soalan 3
Video LO 2 juga ada membincangkan berkenaan dasar-dasar yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan dalam memacu ekonomi negara. Huraikan dasar-dasar yang berkaitan dengan isu agihan dan pertumbuhan ekonomi di Malaysia.Berdasarkan video di atas, sudah jelaslah dasar-dasar pembangunan ekonomi yang berkaitan dengan persoalan pertumbuhan ekonomi dan agihan di Malaysia. Dasar-dasar utama ialah Rangka Rancangan Jangka Panjang I (RRJP 1), Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1971-1990, Rangka Rancangan Jangka Panjang II , Dasar Pembangunan Nasional 1991-2000 , Rangka Rancangan Jangka Panjang III (2001-2010) , Dasar Wawasan (1990-2020) dan Wawasan 2020. Langkah mengatasi ketidaksamaratan ekonomi di kalangan masyarakat Malaysia.Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak pada tahun 1970-1990. Ia merupakan sebuah usaha kerajaan bagi memperbaiki kedudukan ekonomi selepas tregedi 13 Mei 1969 dan stretegi kearah pembentukan perpaduan nasional. DEB merangkumi 2 objektif iaitu, pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat tanpa mengikut fungsi ekonomi dihapuskan.Selain itu, DEB mempunyai agenda "serampang 2 mata". Permata, menyatupadukan pelbagai etnik. Kedua, Permulaan baharu kepada etnik melayu untuk bergiat di dalam bidang perdagangan.perindustrian dan perniagaan. Seterusnya, DEB berpegang kepada prinsip bahawa ketidakseimbangan ekonomi perlu diperbaiki untuk mengelakkan ketegangan dan konflik antara etnik dan seterusnya mengukuhkan perpaduan dikalangan rakyat Malaysia.
Soalan 4
LO 3 menekan isu globalisasi dan ekonomi. Bincangkan peranan globalisasi dan impaknya kepada keadaan ekonomi multi-etnik di Malaysia. Juga fokus kepada kekuatan kepelbagaian etnik di Malaysia (yang tiada pada negara lain) dalam menyumbang kepada kelestarian ekonomi Malaysia.Globalisasi memajukan ekonomi negara Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mempergiat perdagangan antarabangsa Peniaga dapat meluaskan pasatan ke seluruh dunia Persidangan video, internet dan e-mel telah memudahkan perhubungan E-dagang dan e-perbankan juga dapat dijalankan Peniaga dan pengguna menual dan membeli barangan melalui intrnet .Ekonomi Wujudnya perdagangan bebas, pengaliran modal secara bebas, menggalakkan persaingan, peluasan pasaran,peningkatan kualiti prosuk dan berlakunya aliran buruh mahir dan separa mahir(pemangkin kepada kemajuan negara) Syarikat-syarikat multinasional Malaysia juga telah meningkat pelaburan mereka ke seluruh dunia seperti Syarikat Telekom Malaysia Berkad, Maybank dan Petronas – sebaris dengan syarikat gergasi luar negara