Soalan 1
Setelah menonton video tentang LO 1, maka bincangkan hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia (sebelum merdeka, selepas merdeka dan sekarang)Dalam pelaksanaan DEB, dasar campur tangan kerajaan adalah bertujuan untuk menaikkan pendapatan masyarakat bumiputera Melayu dengan tujuan untuk mengurangkan kemiskinan khususnya di kawasan luar bandar. Di samping itu, kerajaan menyasarkan pegangan ekuiti dalam sektor korporat ditingkatkan daripada 2.4 peratus kepada 30 peratus menjelang tahun 1990. Sementara itu, pegangan ekuiti oleh etnik Cina dibenarkan sehingga 40 peratus, tetapi pegangan ekuiti oleh golongan asing akan dikurangkan kepada 30 peratus. DEB diperkenalkan untuk membanteras aspek kemiskinan rakyat Malaysia dan menstrukturkan semula masyarakat sehingga dapat menangani pengenalan etnik melalui fungsi ekonomi (Rancangan Malaysia Kedua 1971-1975). Rancangan Malaysia Kedua (RM Ke-2) turut memberi panduan yang jelas terhadap agenda memartabatkan peningkatan penyertaan etnik Melayu dalam arena perniagaan dan perdagangan. RM Ke-2 menggalurkan hasrat kerajaan mewujudkan satu MPPB dalam satu tempoh melalui pelbagai langkah yang meliputi bantuan kewangan dan latihan, mewujudkan tempat perniagaan yang sesuai di bandar-bandar, mengadakan usaha sama dengan bukan Melayu bagi memperoleh pengetahuan, pengalaman dan pasaran, menggalakkan penubuhan perusahaan-perusahaan kecil dan berusaha menukar sikap etnik Melayu agar cenderung ke arah membentuk budaya perniagaan dan perusahaan. Latar belakang pengwujudan MPPB adalah imbasan daripada pelaksanaan DEB yang dimulakan pada RM Ke-2 yang menekankan dua strategi utama. Antara yang terpenting adalah memperbetulkan ketakseimbangan ekonomi dan seterusnya menghapuskan pengenalan etnik mengikut fungsi ekonomi. Sungguhpun sistem nilai dan sikap bumiputera telah mengalami perubahan positif dalam tempoh dua puluh tahun kebelakangan ini, namun golongan usahawan bumiputera masih ketinggalan dari segi daya cipta, budaya niaga baik serta semangat bekerja yang gigih. Sepanjang pelaksanaan DEB menunjukkan galakan yang diberikan oleh pihak kerajaan dalam usaha menaikkan status ekonomi dalam kalangan etnik Melayu. Pelbagai insentif diadakan demi membantu pencapaian ekonomi terutama dalam kalangan pengusaha Melayu. Tambahan pula, banyak agensi diwujudkan oleh kerajaan untuk memberi peluang kepada bumiputera mendapat pengalaman yang luas serta menjalankan perniagaan sendiri sebagai pengusaha apabila mengumpulkan modal yang secukupnya. Bagaimanapun, kemajuan yang ditunjukkan oleh etnik Melayu dalam menguasai bidang perniagaan dan perdagangan masih belum dapat menjadi ukuran kepada pencapaian matlamat kerajaan yang sebenarnya. Dalam aspek ekonomi politik, sememangnya kerajaan mengamalkan dasar campur tangan dengan melaksanakan DEB dengan harapan dapat memenuhi pencapaian ekonomi mampan antara bumiputera dengan bukan bumiputera seterusnya merapatkan jurang dan memenuhi hasrat perpaduan dalam kalangan masyarakat. Justeru, terdapat pelbagai langkah untuk melahirkan MPPB dengan harapan dapat menambah penyertaan etnik Melayu dalam bidang perniagaan dan perindustrian. Di samping itu, matlamat DEB adalah ke arah mencapai perpaduan nasional melalui penglibatan aktif kerajaan dalam ekonomi untuk mengurangkan ketakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara etnik. Pendekatan yang digunakan adalah dengan memberi keutamaan kepada etnik Melayu dan juga bumiputera lain yang ketinggalan dalam arus perdana pembangunan ekonomi. Oleh itu, DEB dianggap sinonim dengan perpaduan nasional dalam membetulkan ketakseimbangan ekonomi antara etnik (Mauzy 1997). Melalui DEB kerajaan mengandaikan sekiranya jurang ketidakseimbangan ekonomi antara etnik dapat dikurangkan, maka ketegangan dan konflik antara etnik akan dapat dielakkan, dan seterusnya pendekatan ini akan membantu mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia. Terdapat dua objektif khusus DEB. Pertama, untuk mengurangkan kemiskinan melalui peningkatan pendapatan dan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tanpa mengira etnik. Kedua, untuk menyusun semula masyarakat supaya pengenalan kumpulan etnik dengan fungsi ekonomi dapat dihapuskan (Malaysia 1991). langkah mengurangkan kemiskinan terkandung dalam tiga strategi utama (Shireen 1988). Pertama, meningkatkan kualiti hidup golongan miskin dengan menyediakan perkhidmatan sosial kepada mereka seperti perumahan, kesihatan, pendidikan dan utiliti. Kedua, meningkatkan pendapatan dan produktiviti golongan miskin dengan pemberian bantuan modal, teknologi, pemasaran dan latihan untuk meningkatkan kemahiran mereka. Ketiga, membuka lebih banyak peluang pekerjaan bagi membolehkan mobiliti golongan miskin untuk keluar daripada sektor produktiviti rendah kepada sektor produktiviti tinggi. Untuk tujuan ini, pendidikan, latihan dan kemahiran akan disediakan untuk membantu penyertaan golongan miskin dalam sektor ekonomi moden. Berkaitan dengan objektif kedua, iaitu menyusun semula masyarakat, matlamat ini akan dicapai melalui penyusunan semula corak guna tenaga, pemilikan modal saham dalam sektor korporat dan pembentukan MPPB. Pembentukan MPPB dianggap penting kerana kewujudan MPPB akan memastikan penyertaan bumiputera yang berkesan dalam sektor ekonomi moden. DEB menyasarkan penyusunan semula masyarakat kepada tiga peringkat. Pertama, meningkatkan bahagian bumiputera dalam guna tenaga di sektor ekonomi moden. Kedua, meningkatkan bahagian bumiputera dalam pemilikan saham korporat, dan ketiga, meningkatkan bilangan usahawan bumiputera dan penguasaan bumiputera dalam pengurusan korporat.
Soalan 2
Setelah memahami LO 2, terangkan bagaimanakah kedudukan ekonomi Bumiputera / Kaum Cina / Kaum India / Kaum lain sebelum dan selepas Dasar Ekonomi Baru? Sila pertimbangkan impak jawapan anda ke atas keadaan politik, ekonomi dan sosial semasa.Latar Belakang Perkembangan Ekonomi Malaysia dalamKerangka Perlembagaan Merdeka 1957 dan Senario Hubungan Etnik Selepas Merdeka Perlembagaan Merdeka menyaksikan dominasi politik Melayu diinstitusikan.Pada tahun 1955 dan 1956 UMNO, MCA dan MIC telah berkompromi dibawah satu persetujuan ( social contract ) yang dikenali sebagai “persetujuanbersejarah” ( historic bargain ).Melalui persetujuan ini orang Melayu bersetuju kewarganegaraan akandiberikan kepada orang bukan Melayu yang berkelayakan dan sebagaibalasan bukan Melayu bersetuju mengakui hak-hak istimewa orang Melayu,bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kedudukan raja-raja Melayusebagai raja berperlembagaan.Semua kompromi ini kemudiannya dimaktubkan dalam PerlembagaanPersekutuan 1957. Walaupun semua kehendak dipersetujui sewaktuperlembagaan diterima tetapi selepasnya ia adalah satu senario yangberbeza. Isu-isu sensitif terus dibangkitkan oleh parti-parti pembangkangdalam pilihanraya 1963 dan 1969. Provokasi-provokasi ini terus mewujudkanketegangan antara kaum. Pada akhir tahun-tahun 1960-an, perasaan tidak puas kian memuncaktimbul dan telah membawa kepada Tragedi 13 Mei.Peristiwa pahit ini telah membawa kepada pemansuhan Parlimen, penubuhanMajlis Gerakan Nasional (MAGERAN) dan pengenalan prinsip Rukunegara bagimengukuhkan perpaduan negara serta Dasar Ekonomi Baru (DEB). 16 mengukuhkan hubungan kaum di Sabah dan Sarawak. Untuk itu partiPerikatan diperluaskan dan pada 1974 Barisan Nasional (BN) dibentuk dan iamenyaksikan penyertaan lebih banyak parti politik dan mengurangkanpolitiking. Tujuan utama rancangan ini adalah untuk memperteguhkansokongan orang Cina. Ia adalah strategi politik yang digelar sebagai “ethnic corporatism”. Pada awal 1970, Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan untuk menyusunsemula masyarakat Malaysia dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.Ia mengandungi dasar-dasar dan strategi-strategi untuk mempercepatkanpembangunan sosio-ekonomi dan, dalam masa yang sama, menentukanperkhidmatan-perkhidmatan dan pengagihan peluang-peluang yang saksamauntuk menyertai dan mendapat faedah daripada proses pembangunan. Antara 1970-1990, DEB menunjangi pembangunan negara dan ia berusahauntuk membasmi dan menyusun semula masyarakat tanpa mengira bangsadan agama.Pembangunan ekonomi sebelum Tragedi 13 Mei adalah dibawah RancanganMalaysia Pertama (RMP) (1966-1970). Ia ingin wujudkan perpaduan rakyatdan wujudkan integrasi antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Tujuannyaadalah untuk mengurangkan kadar pengangguran, membangunkan ekonomiluar bandar dan mempelbagaikan ekonomi supaya tidak bergantung kepadagetah dan bijih timah. Tragedi 13 Mei 1969 menyedarkan kepada kerajaanbahawa timbulnya masalah perbalahan kaum adalah disebabkan olehketidakseimbangan dalam pembangunan ekonomi antara kaum. Pembahagian 17 buruh seperti yang disaksikan pada zaman penjajahan berterusan padatahun-tahun 1960an dan didapati golongan yang paling menganggur ialahorang-orang Melayu dan ini diikuti oleh orang India.Dalam sektor pelaburan didapati orang Melayu hanya memiliki 1% pelaburandalam perniagaan berdaftar. Oleh itu, satu rancangan ekonomi yang lebihmenyeluruh bagi kesemua kaum mula diperkenalkan iaitu Dasar EkonomiBaru (DEB) ini. DEB diharapkan dapat menyusun semula masyarakat Malaysiadengan harapan kegiatan ekonomi tidak lagi diidentifikasikan dengan kaumseperti yang diperhatikan pada zaman penjajahan. DEB berkembang dibawahRancangan Malaysia kedua, 1971-75; Ketiga 1976-1980; Keempat 1981-1985dan Kelima, 1986-1990.Matlamat utama DEB dan kesemua Rancangan Malaysia sehingga 1990 ialah untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum menerusi strategimembasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat dari segi fungsi ekonomi, memodenkan kehidupan masyarakat luar bandar danmempertingkatkan penyertaan kaum bumiputera dalam bidangperusahaan dan perniagaan. Objektif ini mengalami sedikit perubahan pada tahun-tahun 1980-anapabila dinyatakan satu lagi objektif adalah untuk menggalakkanpenyertaan sektor swasta dalam pembangunan negara. 18 Kerajaan memperkenalkan DEB dan ia menyedarkan orang Cina betapaperlunya bekerjasama dengan orang Melayu untuk mendapat faedahekonomi. Kaum Cina mula mengubah strategi perniagaan mereka daripadaberniaga sebagai individu kepada kumpulan. Pada 1989 kerajaan telah menubuhkan Majlis Perundingan EkonomiNegara untuk melahirkan rasa kebimbangannya dengan nasib kaumIndia yang ketinggalan di bawah DEB dan ingin mengemukakancadangan bagi merangkakan dasar ekonomi bagi tempoh 1991-2000. Majlis ini telah menyeru supaya kerajaan mengambil tindakan untuk memajukan nasib orang India dibawah Dasar Pembangunan Nasionalyang akan menggantikan DEB.
Soalan 3
Video LO 2 juga ada membincangkan berkenaan dasar-dasar yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan dalam memacu ekonomi negara. Huraikan dasar-dasar yang berkaitan dengan isu agihan dan pertumbuhan ekonomi di Malaysia.DASAR EKONOMI BARU Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu peristiwa hitam dalam sejarah negara kita kerana ia melibatkan pertelingkahan dan rusuhan antara kaum. Berikutan dengan rusuhan kaum ini, kerajaan telah mengambil tindakan tegas bagi mengkaji semula matlamat, strategi dan program pembangunan negara. Selepas tahun 1970, program pembangunan negara adalah berasaskan Rukun Negara yang diisytiharkan pada 31 Ogos 1970. Dengan itu, semua rancangan pembangunan negara dilaksanakan kearah perpaduan kaum. Kerajaan telah membentuk Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang menjadi satu rangka rancangan panjang mencakupi tempoh selama 20 tahun (1970-1990).[1] Ia melibatkan empat rancangan lima tahun Malaysia yang dimulakan dengan RM2 dan berakhir dengan RM5. Sebagai satu dasar, DEB mempunyai objektif yang telus dan strategi yang khusus. DEB secara keseluruhan bermatlamatkan “serampang dua mata”[2], iaitu: i. Mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan memperbanyak peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum. ii. Menyusun semula masyarakat untuk mengurang dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL Dasar Ekonomi Baru (DEB) berakhir pada tahun 1990. Ia digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN). DPN sebenarnya adalah DEB dalam bentuk yang baru, iaitu ia telah digubal dengan iktibar DEB. DPN dilaksanakan dalam tempoh Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) (1991-2000) bagi tempoh sepuluh tahun sahaja. Ia merupakan satu periga daripada Wawasan 2020 (1991-2020). Falsafah DPN menjadi teras RRJP2 dimana ia juga merupakan langkah permulaan bagi Wawasan 2020.[7] MATLAMAT UTAMA DPN: Berikut adalah merupakan matlamat utama Dasar Pembangunan Nasional (DPN): i. Mewujudkan perpaduan Negara yang menjadi asas kestabilan sosial dan politik serta mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. ii. Mencapai taraf sebuah negara maju dalam semua segi iaitu sosial, nilai, etika, moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan dan kecemerlangan ekonomi.[8] iii. Penglibatan sektor swasta juga ditingkatkan bagi membantu proses penyusunan semula masyarakat melalui pewujudan peluang-peluang yang lebih luas supaya sektor ini boleh berkembang. iv. Tumpuan DPN juga diberikan kepada pembangunan sumber manusia sebagai asas penting dalam mencapai matlamat pertumbuhan dengan pengagihan yang saksama.
Soalan 4
LO 3 menekan isu globalisasi dan ekonomi. Bincangkan peranan globalisasi dan impaknya kepada keadaan ekonomi multi-etnik di Malaysia. Juga fokus kepada kekuatan kepelbagaian etnik di Malaysia (yang tiada pada negara lain) dalam menyumbang kepada kelestarian ekonomi Malaysia.Ekonomi adalah satu bidang bagaimana manusia dan masyarakat memilih faktor-faktor pengeluaran terhad untuk digunakan dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan yang berbagai-bagai serta membahagi-membahagikan untuk penggunaan hari ini dengan penggunaan hari ini dan masa depan ,dia antara beberapa kumpulan dalam masyarakat tersebut bagi memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad.Selain itu,terdapat satu lagi tokoh ekonomi Inggeris abad ke 19 iaitu,Alfred Marshall(1842-1924)menerangkan ilmu ekonomi sebagai satu kajian manusia dalam kehidupan sehari-seharian. Kenyataan ini menunjukkan bahawa ekonomi melibatkan proses pilihan iaitu pilihan bagaimana menggunakan faktor-faktor yang terhad ini dalam memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad. Lazimnya,proses pilihan iaitu pilihan dan keputusan dibuat tanpa kita sedari.TEORI DAN KONSEP GLOBALISASI EKONOMIGlobalisasi ekonomi adalah globalisasi yang paling menonjol. Dana kewangan Antarabangsa(IMF)mentakrifkan globalisasi ekonomi sebagai “pergantungan ekonomi yang semakin berkembang antara negara melalui kenaikan jumlah dan kepelbagaian tukaran barangan dan perkhidmatan,pergerakan pelaburan antarabangsa bebas,dan peresapan teknologi,yang lebih pesat dan meluas.”Globalisasi ekonomi juga boleh didefinisikan sebagai proses integrasi ekonomi antara dua negara yang semakin meningkat,yang membawa kepada kemunculan pasaran global atau pasaran dunia. Istilah lain yang selalu digunakan untuk menggambarkan senario tersebut adalah liberalisasi ekonomi. Bergantung kepada paradigma,globalisasi boleh dilihat sebagai setu fenomena yang positif dan satu fenomena yang negatif. Walaupun globalisasi ekonomi berlaku beberapa ribu tahun lepas,namun mula pada kadar yang tinggi pada 20 hingga 30 tahun yang lepas. Ledakan baru-baru ini telah menyumbang sebahagian besar oleh Negara maju yang mengintegrasikan dengan ekonomi yang kurang maju,melalui pelaburan langsung,pengurangan halangan perdagangan serta pemodenan budaya.Globalisasi adalah lintasan lalu lintas dari satu negara ke satu negara yang lain. Globalisasi juga boleh menjadi hambatan yang boleh mengganggu lalu lintas ekonomi antara negara yang harus dikurangi secara bertahap atau dihilangkan .Di tengah-tengah fenomena globalisasi ada penyambungan ekonomi transnasional yang kompleks melalui aliran barangan dan perkhidmatan ,serta modal. Sementara perdagangan antara negara telah wujud selama berabad-abad lagi ,namun pada era semasa adalah yang pertama di mana sistem ekonomi antarabangsa telah menjadi betul-betul bebas. DIMENSI GLOBALISASI EKONOMIGlobalisasi ekonomi merujuk kepada intensifikasi,regangan dan saling hubungan ekonomi di seluruh dunia. Aliran gergasi modal dan teknologi telah merangsang perdagangan dalam barangan dan perkhidmatan. Pasaran juga melebarkan jangkauan mereka di seluruh dunia dalam proses mewujudkan hubungan baru di kalangan ekonomi negara. Syarikat transnasional yang besar,institusi ekonomi antarabangsa yang berkuasa ,dan sistem perdagangan serantau yang besar telah muncul sebagai blok bangunan utama bagi ekonomi global abad ke-21.Bagi negara yang mahu terus maju,maka ia harus bergiat aktif dengan melibatkan diri dalam pentas ekonomi antarabangsa .Ini adalah kerana globalisasi ekonomi menjadikan persaingan,pengeluaran,kawalan pasaran,pengurusan,teknologi,dan modal insan turut menjadi global. Proses ini menyebabkan faktor-faktor pengeluaran bergerak dengan mudah merentasi sempadan geopolitik negara lantaran persempadanan pasaran dan ekonomi dunia yang semakin mengecil itu.Dalam konteks ini,kepentingan saling bergantungan antara kawasan Negara atau saling melengkapi menjadi ciri penting globalisasi ekonomi. Aspek saling kebergantungan ini merangkumi pelaburan,pasaran,pengeluaran,teknologi,dan bekalan buruh. Dalam keadaan tertentu ,ia turut membabitkan beberapa aspek perkongsian seperti sumber alam dan tenaga,perkongsian pasaran dan perdagangan,perkongsian modal,perkongsian teknologi dan kepakaran serta perkongsian buruh dan kerjasama dalam menjaga alam sekitar. Elemen-elemen kreativiti dan inovasi amat penting dalam pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara. Corak aliran ekonomi dunia mempamerkan suatu keadaan di mana wujudnya peningkatan terhadap kebergantungan pasaran asing bagi pemasaran barangan domestik,pergerakan migrasi buruh(modal insan)daripada sebuah negara ke negara yang lain. Negara memerlukan kelebihan bersaing dalam pasaran antarabangsa.IMPLIKASI GLOBALISASI EKONOMI KEPADA MALAYSIAKesan globalisasi ekonomi adalah sama ada kesan positif ataupun negatif . Di antara kesan positif globalisasi ekonomi ialah wujud perdagangan bebas,pengaliran modal secara bebas,menggalakkan persaingan,perluasan pasaran,pemindahan teknologi,peningkatan kualiti produk dan berlakunya aliran buruh mahir dan separa mahir.Implikasi negatif pula termasuklah penghakisan dasar perlindungan,penguasaan syarikat multinasional(MNC),ancaman terhadap barangan(Produk)perkhidmatan tempatan,ancaman ke atas industri kecil dan sederhana(IKS),kesukaran untuk mengawal aliran modal asing dan penghakisan kedaulatan ekonomi negara. Cabaran-cabaran tersebut perlu ditangani dengan bijaksana.Kerajaan Malaysia sentiasa peka terhadap kesan negatif yang dicetuskan oleh globalisasi ekonomi. Kerajaan Malaysia telah merangka dasar-dasar perlindungan yang praktikal untuk melindungi industri tempatan,terutamanya Industri Kecil Sederhana(IKS)dan juga dasar membantu usahawan bumiputera.Kesan dari globalisasi ini maka pengalaman Malaysia adalah positif oleh dasar ekonomi terbuka Malaysia. Selain itu,nilai perdagangan dunia semasa telah bertambah 16 kali ganda berbanding dengan tahun 1950.Malaysia juga telah memperoleh keuntungan daripada proses liberalisasi perdagangan dunia iaitu pertumbuhan ekonomi Malaysia ekoran dari pertumbuhan eksport negara. Sebagai sebuah negara kecil,Malaysia bergantung kepada pasaran luar negara. Pada masa kini,Malaysia merupakan negara pengeksport ke 17 dan negara pengimport ke 21 terbesar di dunia. Selain itu, Malaysia telah mengambil kesempatan dari proses awal globalisasi dalam industri elektronik iaitu dalam kawasan perdagangan bebas,menyediakan suasana yang liberal bagi operasi syarikat-syarikat antarabangsa serta menjadikan Pulau Pinang sebagai FREE TRADE ZONE. Pertumbuhan sektor ini menyumbang kepada peningkatan dalam eksport serta pembangunan ekonomi negara.Rangka pembangunan ekonomi yang selari dengan tuntutan ekonomi global,penting bagi memastikan ekonomi negara dapat bertindak balas terhadap perubahan dan cabaran ekonomi global yang semakin kompetitif sifatnya. Model Ekonomi Baru(MEB) dan Program Transformasi Ekonomi(PTE)merupakan tindak balas kerajaan terhadap senario dan cabaran ekonomi global hari ini.Pelancaran Pelan Hala Tuju ETP yang dilancarkan oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC)pada 25 Oktober lalu membuktikan kesungguhan dan komitmen kerajaan untuk membawa perubahan dan kemajuan ekonomi negara setanding dengan ekonomi negara-negara maju.KESIMPULANHakikatnya,globalisasi ekonomi membawa kesan yang positif dan negatif kepada sesebuah Negara. Globalisasi ekonomi menuntut sesebuah negara melakukan perubahan dari masa ke semasa. Sebuah negara juga harus memiliki kelebihan bersaing dalam pasaran antarabangsa. Globalisasi dalam perdagangan antarabangsa juga memerlukan kita berinteraksi dengan pelbagai pihak dan pelbagai latar belakang budaya. Oleh itu,penguasaan dan kemahiran dalam bahasa-bahasa asing akan memberi kelebihan untuk melibatkan diri dalam arena antarabangsa. Globalisasi ekonomi ini dapat diatasi kesan negatifnya apabila di pihak rakyat bersedia menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan pesat dalam senario ekonomi dunia hari ini.