Hakim Misran's 9.A3 : AKTIVITI 3 - OpenLearning

Jawapan Esei


MUHAMAD NUR HAKIM BIN MISRAN C15A0208 FTKW4 UMK BACHOK PROF MADYA DR HAJI MOKHTARUDDIN BIN AHMAD Soalan 1 Sejak dari dulu lagi, Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar di seluruh malaysia sehingga menjadi bahasa lingua franca pada zaman kesultanan Melaka tetapi sejauh mana keberkesanan Bahasa Melayu digunakan dalam insitusi peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi. Institusi pendidikan kini mempunyai penuntut yang berbilang bangsa dan Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantara. Bagi saya, Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa pengantar yang berkesan di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi. Hal ini demikian kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia. Warganegara Malaysia diwajibkan lulus dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat sekolah. Perkara ini adalah bagi mendidik pelajar tentang pentingnya Bahasa Melayu di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi. Di institusi pengajian tinggi. Kebanyakan pensyarah mengajar dalam Bahasa Melayu dan bahasa inggeris mengikut subjek yang diajar. Hal ini kerana, pelajar lebih mudah memahami apa yang diajar dan mampu cemerlang dalam subjek yang diajar. Namun begitu, hal ini tidak bermaksud bahawa bahasa inggeris harus diketepikan kerana bahasa inggeris juga amat penting dalam situasi pekerjaan bagi pelajar yang akan memasuki dunia industri kelak. Selain itu, kaum cina dan india juga berinteraksi sesama mereka dalam Bahasa Melayu dan bukannya bahasa inggeris meskipun mereka fasih. Ini kerana mereka lebih selesa menggunakan Bahasa Melayu berbanding bahasa lain kerana mudah disebut dan difahami. Bahasa Melayu juga dikaji oleh penuntut institusi pengajian tertentu. Hal ini dapat membuktikan betapa pentingnya Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Seterusnya, saya berpendapat bahawa Bahasa Melayu sangat penting dalam pendidkan. Ini kerana setiap warganegara malaysia akan mempelajari Bahasa Melayu dari peringakat rendah sehinggalah peringkat menengah. Mereka akan diajar mengenai Bahasa Melayu oleh guru-guru mereka dan akan menduduki peperiksaan Bahasa Melayu dalam setiap peringkat pendidikan. Hal ini menunjukkan bahawa melayu amat penting dalam sistema pendidikan di Malaysia. Rumusnya, Bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan. Diharapakan pelbagai pihak mampu bekerjasama dan berganding bahu bagi mengekalkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengatar d peringkat sekolah dan.institusi pengajian tinggi.

Comments

Chat