“Mungkinkah Berlakunya Peristiwa 13 Mei Jika Saudara/Saudari Tidak Memainkan Peranan Dalam Mengukuhkan Kesepaduan Sosial Di Malaysia?” Beri pendapat saudara/saudari?
What is the answer to this question?Peristiwa 13 Mei 1969 berkemungkinan besar akan berulang sekiranya saya tidak memainkan peranan dalam mengukuhkan kesepaduan sosial di Malaysia. bak kata pepatah" sejarah tidak perlu berulang" Hal ini kerana, Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa, kaum dan agama. Sekiranya saya sebagai rakyat Malaysia bersikap prejudis terhadap kaum lain, etnosentrisme, iaitu berasa budaya sendiri lebih baik pada budaya lain atau bersikap segregasi, iaitu pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara, pastinya akan mengakibatkan wujudnya jurang antara kaum sekaligus akan berulangnya Peristiwa 13 Mei. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia seharusnya bertoleransi dengan kaum lain. Selain itu, saya patut mengamali sikap budi bahasa. Di samping itu juga, saya patut bersikap berkecuali iaitu tidak mementingkan mana-mana pihak terlebih dahulu dalam apa-apa hal. Bak kat pepatah,'Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga', yang bermaksud hanya kerana salah seorang, sekumpulan atau seluruh masyarakat akan turut mendapat nama yang buruk.