Soalan 1
Isu Murtad dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia.Isu murtad adalah satu isu yang boleh disifatkan sebagai barah dalam agama Islam dan umatnya. Banyak permohonan dan kes-kes yang melibatkan orang Islam murtad dan memilih agama lain sebagai agama mereka yang baru. Antara kes yang mendapat perhatian masyarakat seperti kes Lina Joy, Aisyah Bukhari, Kamariah Ali dan ramai lagi. Banyak faktor yang mendorong mereka memilih agama selain Islam sebagai agama anutan mereka yang baru seperti berkahwin dengan pasangan bukan Islam, lemah didikan agama, pengaruh agama lain dan sebagainya. Isu murtad ini bukan hanya terjadi kepada umat Islam yang asal sahaja bahkan turut terjadi kepada golongan saudara baru.
Soalan 2
Isu Hak Penjagaan Anak Bagi Pasangan Yang Salah Seorang daripada Mereka Memeluk Islam.Jawatankuasa Fatwa memutuskan bahawa hak penjagaan perlu diberikan secara automatik kepada ibu sekiranya masih menyusukan anak tersebut.
Soalan 3
Isu Penurunan Salib di Kampung Medan.Seperti yang kita sedia maklum, baru-baru ini kira-kira 50 penduduk Taman Medan di Petaling Jaya telah mengadakan satu perhimpunan secara aman di hadapan satu bangunan lot kedai, yang mana terletaknya lokasi satu gereja baru di Taman Medan, Petaling Jaya. Perhimpunan tersebut dibuat adalah bertujuan untuk menuntut agar tanda salib yang terpampang di premis itu diturunkan. Atas desakan yang dibuat oleh penduduk Taman Medan, pihak gereja akhirnya akur dan bersetuju untuk menurunkan lambang salib tersebut. Isu ini juga sudah menjadi viral di laman sosial seperti facebook malah banyak respon yang diberikan berhubung dengan perkara ini. Ada yang menyokong malah ada juga yang mengutuk sekeras-kerasnya perkara ini. Antara respon yang diterima adalah seperti personaliti tv Wardina, yang menyuarakan pendapatnya di laman sosial facebook miliknya menyatakan bahawa tanda salib tersebut tidak perlu untuk diturunkan dan menganggap perbuatan tersebut seperti membuli penganut agama Kristian.
Soalan 4
Isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Masyarakat Kristian.Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible.Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti kristian. Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama negeri ini. Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaannya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid. Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam. Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama Kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama.
Soalan 5

Soalan 6
Isu Kepala Lembu di Kuil / Rumah Penganut Hindu.Arak kepala lembu bantah pindah kuil Sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO Melayu mengarakkan kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke kawasan mereka. Kira-kira 50 orang yang membentuk jawatankuasa bertindak penduduk seksyen itu berkumpul di masjid negeri, beberapa ratus meter dari bangunan tersebut di Shah Alam, selepas solat Jumaat tadi. Mereka berarak sebagai menyatakan bantahan kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, exco kebajikan negeri Rodziah Ismail dan exco kesihatan Dr A Xavier Jayakumar. Mereka juga mensasarkan kemarahan mereka kepada ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Didahului dengan pembawa kepala lembu, yang masih belum kering darahnya, penunjuk perasaan berjalan sambil bertakbir dan melaungkan "kami bantah" menggunakan alat pembesar suara. Tindakan tersebut amat tidak wajar dilakukan kerana tidak menghormati agama lain