NORHIDAYAH BINTI JUMADI's 3.A4 : Aktiviti 4 - OpenLearning

1. Bagaimanakah kandungan buku-buku teks dapat memupuk hubungan etnik?


Buku merupakan medium yang penting dalam penyampaian ilmu. Namun, kandungan buku adalah paling utama. bagi memupuk hubugan etnik, kandungan buku haruslah berkisarkan hal-hal budaya masyarakat pelbagai etnik. Melalui pembacaan, masyarakat dalam mengenal sosio budaya etnik lain. Pemahaman dalam pembacaan kandungan buku teks tersebut juga perlu dipertingkatkan agar tiada berlaku salah faham dalam konteks ayat yang di beri.

2. Industri hiburan sebagai mekanisme pemupukan jalinan hubungan dalam kalangan masyarakat pelbagai budaya di Malaysia.


industri hiburan sebagai contoh terciptanya filem-filem melayu di Malaysia. Melalui industri ini, akan berlakunya hubungan yang terjalin antara masyarakat pelbagai budaya seperti hubungan di set-set pengambaran. contoh filem yang memainkan pelakon daripada pelbagai etnik ialah filem Ola Bola. filem ini menceritakan tentang pelbagai kaum bersatu dalam satu pasukan bola sepak untuk menaikkan nama negara. Melalui filem ini, ia dapat menarik penonton pelbagai kaum untuk menyaksikan filem ini. Dari situ, akan berlakulah jalinan hubungan dalam masyarakat pelbagai budaya. Industri hiburan merupakan mekanisme penting untuk memupuk hubungan masyarakat.

3. Apresiasi seni (seni lakon, seni tampak, seni suara, seni reka, dll) dalam masyarakat pelbagai kaum.


Seni lakon, seni tampak, seni suara, seni reka dan lain-lain dalam masyarakat membentuk keunikan apabila semua budaya masyarakat terlibat sama. Nilai kebudayaan dalam apresiasi seni akan semakin tinggi. hubungan etnik membentuk satu seni yang tidak ternilai dalam sebuah tamadun melalui sosio budaya.

4. Apakah kawalan-kawalan yang diperlukan dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia?


antaranya adalah seperti menjalankan aktiviti gotong royong bersama-sama. aktiviti ini akan memberi peluang kepada masyarakat untuk bertemu dan berinteraksi antara satu sama lain. Selain memupuk perpaduan, melalui aktiviti ini juga akan dapat mewujudkan sikap bekerjasama antara satu sama lain dalam melakukan sesuatu kerja. Sikap bekerjasama ini akan memberikan kesan positif iaitu dapat meringankan serta memudahkan kerja yang sukar dijalankan.

5. Orientasi parti politik yang ada sekarang lebih cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?


pada tahun 2016 ini, politik lebih cenderung ke arah perpaduan. sebagai contoh, wujud parti bersatu yang diketuai oleh mantan perdana menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir. Parti ini boleh disertai oleh kaum Pribumi dan bukan Pribumi. Parti ini objektifnya adalah untuk mendapatkan kembali hak rakyat tak kira bangsa dan agama. tanpa sikap Rasismen, parti ini bertindak sebagai saluran untuk rakyat bersatu dan berganding bahu bagi mencapai keadilan masyarakat.

6. Orientasi Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang ada sekarang lebig cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?


NGO pada zaman sekarang kelihatan terarah kepada polarisasi kaum berbanding perpaduan. Sebagai contoh, NGO yang yang mementingkan kaum adalah Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA). NGO ini hanya mementingkan kaum Cina Muslim sahaja. segala Keperluan dan hak hanya di berikan kepada mereka. Bagi kaum lain tidak termasuk di dalam syarat organisasinya.

7. Permainan tradisional masyarakat Malaysia sebagai warisan dan wadah memupuk persafahaman antara pelbagai etnik.


Ya, benar. permainan tradisional masyarakat Malaysia sebagai warisan dan wadah memupuk persefahaman antara pelbagai etnik. ini merupakan saluran yang penting untuk menyampaikan nilai-nilai perpaduan, kepelbagaian, insklusif dan kesedaran budaya. permainan tradisional ini mengajar masyarakat bahawa pentingnya mencapai matlamat yang sama. sebagai contoh, permainan tarik tali yang memerlukan ramai pemain bagi kedua dua bahagian. masing-masing bekerjasama untuk mencapat matlamat yang sama iaitu memenangi dalam permainan tarik tali tersebut tanpa memikirkan perbezaan kaum yang terlibat.

Comments

Chat