1. Bagaimanakah kandungan buku-buku teks dapat memupuk hubungan etnik?
kandungan buku-nuku teks dapat memupuk hubungan etnik dengan menerapkan kandungan yang mempunyai nilai-nilai partiotisme dan rasa cinta akan negara. contohnya Tujuan pendidikan Sejarah adalah untuk memupuk semangat setia negara dan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air. Di peringkat Sekolah Menengah Rendah, pembelajaran tentang sejarah negara yang meliputi jangka masa selama lima ratus tahun disusun secara kronologi. Ia bertujuan untuk memberi pemahaman menyeluruh dan suatu gambaran lengkap tentang sejarah negara kepada murid.
2. Industri hiburan sebagai mekanisme pemupukan jalinan hubungan dalam kalangan masyarakat pelbagai budaya di Malaysia.
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada pelbagai kaum, bahasa, agama, seni, budaya dan sebagainya. Negara kita juga dikenali sebagai sebuah negara yang multikultural (multi-culture) di mana sifat-sifat kemajmukannya dalam konteks kemasyarakatan yang luas juga. Bidang seni dan kebudayaan merupakan dua entiti yang saling berkait rapat dan bergantungan antara satu sama lain. Cakupan kedua-dua bidang ini sangat luas dan kompleks, didapati juga seolah-olah kedua-duanya tidak dapat dipisahkan antara satu dengan yang lain. Seni dan kebudayaan amat berkait rapat dengan identiti, ideologi dan amalan seharian sesebuah kelompok masyarakat. Di seluruh dunia, setiap masyarakat mempunyai identiti seni dan kebudayaannya yang tersendiri lantas membentuk keunikan cara hidup mereka. Di antara fungsi-fungsi bidang seni dan kebudayaan ini adalah sebagai aktiviti riadah masyarakat. Masyarakat kita memang gemar beriadah khususnya apabila waktu kelapangan. Bagi masyarakat yang tinggal di kampung, masa senggang mereka diisi dengan aktiviti-aktiviti riadah seperti tarian, silat, muzik dan sebagainya. Mereka mempelajari sesuatu tarian bukan sahaja untuk tujuan keriangan sebaliknya mengisi masa lapang selain menjalin hubungan sesame mereka. Keadaan ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti mereka. Dari sudut kesihatan, aktiviti seumpama ini dapat memberi satu bentuk senaman dan latihan anggota badan agar menjadi sihat dan cergas. Bagi golongan lelaki, aktiviti bersilat juga aktiviti riadah yang baik mengasah mental, emosi serta fizikal mereka agar sihat sejahtera.
3. Apresiasi seni (seni lakon, seni tampak, seni suara, seni reka, dll) dalam masyarakat pelbagai kaum.
Variasi muzik tradisi di Malaysia adalah hasil campuran pelbaga sebagai lambang budaya sesuatu bangsa selain daripada tujuan untuk hiburan dan mengiringi upacara-upacara adat tertentu. Muzik tradisional Malaysia mempunyai latar belakang yang menarik. Malaysia merupakan negara berbilang kaum dan masyarakat iaitu terdiri daripada masyarakat melayu,india,cina, iban dan sumazau. Pelbagai adat dan budaya yang dapat dipelajari daripada masyarakat pelbagai kaum ini, terutama dapat dilihat daripada tariannya. Tarian dapat didefinisikan sebagai satu seni tari pergerakkan badan,kaki dan tangan mengikut rentak muzik yang dimainkan. Tarian yang dipersembahkan dari setiap kaum mempunyai asal usul dan tujuan tersendiri. Antaranya termasuklah ghazal yang terkenal di negeri Johor, hadrah dan gabus di negeri Perak.
4. Apakah kawalan-kawalan yang diperlukan dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia?
Prakasa perdana bagi mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia adalah sikap individu itu sendiri. Hal ini demikian kerana amannya sesuatu komuniti amnya bergantung kepada individu itu. Setiap individu itu haruslah mengamalkan sikap tolak ansurdan saling saying menyayangi antara satu sama lain. Setiap rakyat haruslah sentiasa mengamalkan 17 nilai murni dalam kehidupan seharian mereka. Dengan adanya pengamal sikap murni-sikap murni dalam diri masyarakat di Malaysia, hidup setiap masyarakat rakyat pelbagai kaum akan sentiasa aman dan harmoni. Sebagai contohnya, rumah kita mengadakan rumah terbuka sempena sesuatu perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, tidak seharusnya kita menghalang jiran kita walaupun mereka bukanlah seagama dengan kita dari mengunjungi kita dan bersama-sama meraikannya bersama kita. Seandainya setiap rakyat mengamalkan sikap bertolak ansur dan sayang menyayangi antara satu sama lain, sudah pasti keharmonian masyarakat berbilang kaum akan dapat dikekalkan, kerana tegap rumah kerana sasaknya, teguh negara kerana keutuhan bangsanya. Tegasnya, sikap individu memainkan peranan yang paling penting untuk mengekalkan keharmonian dan kemakmuran masyarakat berbilang kaum di Malaysia hari ini.Di samping itu, pihak sekolah juga merupakan penjamin masyarakat berbilang kaum yang tinggal di negara kita agar hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Pihak sekolah mestilah mengadakan aktiviti-aktiviti yang berunsurkan kemasyarakatan dan melibatkan komuniti pelbagai kaum. Seterusnya, pihak sekolah juga haruslah menggalakkan pemakaian pakaian tradisi kaum masing-masing semasa sambuatan-sambutan seperti sambutan Hari Kemerdekaan, perayaan dan sebagainya supaya masyarakat berbilang kaum di negara kita akan dapat merasai harmoni dan makmur hidup dalam masyarakat majmuk di negara Malaysia. Sebagai contoh, bagi kaum Melayu mereka hendaklah memakai baju Melayu dan baju kurung manakala kaum Cina memakai cheongsam dan memakai sari bagi kaum India . Sikap ini berjaya menyemaikan semangat perpaduan dalam diri pelajar seterus akan terus bercambah dengan subur apabila mereka memasuki alam dewasa. Sesungguhnya, pihak sekolah memainkan peranan penting dalam mengekalkan keharmonian dan kemakmuran masyarakat berbilang kaum di negara Malaysia, bak kata peribahasa jika tidak dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya.
5. Orientasi parti politik yang ada sekarang lebih cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?
Bagi negara-negara yang mempunyai pelbagai kaum, perpaduan dan integrasi merupakan satu perkara yang penting dalam mempertahankan dan mengekalkan kebebasannya sebagai sebuah negara yang berdaulat. Ini kerana ia merupakan faktor penting dalam menjamin keselamatan negara, kestabilan ekonomi dan politik dalam jangka waktu yang panjang. Perpaduan dan integrasi nasional bermaksud satu proses dan sistem hidup yang menyatupadukan seluruh anggota masyarakat dan negara menerusi ideologi negara supaya setiap anggota masyarakat itu dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta semangat kebangsaan yang tunggal dikalangan mereka. Selain itu, ia juga membawa maksud satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dikalangan kumpulan yang terpisah dari segi budaya, sosial dan penempatan didalam sesebuah unit politik. namun begitu, cabang politik sekarang pada pendapat saya lebih kepada politik berasaskan kaum. hal ini dilihat daripada parti yang baru tertubuh. Namun hakikatnya, parti politik berasaskan kaum lebih mendapat sokongan masyarakat tanahair kerana semangat assabiyah (cintakan bangsa) yang wujud ketika itu lebih ketara dari parti yang wujud dalam bentuk gagasan lain. Orang melayu bergerak dalam politik yang lebih tersusun bagi menuntut kedaulatan mereka dan orang Malayan (bukan melayu) menuntut hak kerakyatan dan disamatarafkan dengan orang melayu.
6. Orientasi Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang ada sekarang lebig cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?
NGO yang ada sekarang lebih cenderung kearah perpaduan kerana Perhimpunan yang pertama kali diadakan itu dianggap sebagai satu platform terbaharu bagi kesemua NGO di Malaysia bagi membincangkan masalah dihadapi masyarakat masa kini khususnya dalam kalangan orang Melayu. Pengerusi jawatankuasanya yang juga Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda berkata, pada perhimpunan tersebut, beberapa wakil NGO akan diberi peluang selama 10 minit bagi membentangkan ucapan serta pandangan mereka mengenai pelbagai isu semasa pada 23 november 2016.
7. Permainan tradisional masyarakat Malaysia sebagai warisan dan wadah memupuk persafahaman antara pelbagai etnik.
Permainan tradisional memainkan peranan penting sebagai lambang keagungan bangsa dan negara tercinta ini. Oleh sebab rakyat negara ini berbilang kaum, permainan tradisional merupakan salah satu cara rakyat tanpa mengira kaum mengisi masa lapang. Tanpa melihat warna kulit mahupun agama, permainan tradisional dilihat sebagai permainan rakyat yang dapat menghidupkan kesuburan norma kehidupan murni. Fungsi pertama , permainan tradisional ini dapat menarik pelancong asing datang ke negara Malaysia yang penuh dengan peniggalan warisan nenek moyang yang menarik . Kini, kerajaan sudah pun menjadikan permainan tradisional sebagai platform untuk menarik kedatangan pelancong asing ke negara kita. Fungsi kedua, permainan tradisional dapat mengeratkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat di Malaysia . Permainan tradisional merupakan sejenis pendidikan tidak formal yang amat tinggi nilainya. Hal ini demikian kerana kita dapat mematangkan pemikiran di samping membijakkan otak untuk berfikir secara kritis dan kreatif semasa memainkan permainan tardisional. Ketiga, permainan tradisional berfungsi mengukuhkan hubungan masyarakat kita yang berbilang bangsa dan sentiasa sibuk mengejar kekayaan duniawi. Dengan adanya permainan tradisional itu, pelbagai kaum dalam masyarakat kita dapat bermain bersama secara beramai-ramai.