Soalan 1
Setelah menonton video tentang LO 1, maka bincangkan hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia (sebelum merdeka, selepas merdeka dan sekarang)Sejarah telah membuktikan bahawa Malaysia sebuah negara yang unik dari segi perkembangan ekonomi dan hubungan etniknya. Ianya saling mempengaruhi antara satu sama lain.Sejak Kesultanan Melaka, perkembangan ekonomi melibatkan etnik yang pelbagai. Pembangunan ekonomi jelas mempunyai hubungan yang rapat dengan kualiti hubungan etnik di negara kita, Ini dapat dilihat melalui tindakan kerajaan dalam mewujudkan peluang yang adil dan maksimum pada semua bangsa untuk bergerak maju ke hadapan dalam pembangunan ekonomi dan negara. sejak dari pemerintahan kesultanan Melaka hingga ke hari ini, Malaysia terutamanya Semenanjung Tanah Melayu telah melalui banyak perubahan dari segi pembangunan ekonomi dan telah memberikan pengaruh kepada hubungan etnik serta kualiti kesamarataan dan keadilan pengagihan kekayaan negara kita. Agak berlainan dengan keadaan di Sabahdan Sarawak, pembangunan ekonomi tidak menimbulkan krisis hubungan etnik yang serius. Kaum-kaum di kedua-dua negeri ini masing-masing memainkan peranan dalam menentukan pola perusahaan. Disebabkan polaini, maka telah berlaku sejak abad ke 18 di mana sistem pertukaran barang (Sistem Butter)di antara orang- orang darat yang mengusahakan sektor pertanian dan orang-orang laut yang mengusahakan perikanan.Pembangunan ekonomi dan kesannya terhadap hubungan etnik di Malaysia banyak dipengaruhi oleh faktor pemerintahan dan dasar yang dibuat sejak kesultanan Melaka, dasar Portugis, Belanda, British dan pihak kerajaan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan. Akibatnya, hubungan etnik diMalaysia menjadi sangat kompleks. Adakalanya membawa kepada tragedi yang tidak diingini. Kini, apa yang penting ialah kita sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab hendaklah memainkan peranan masing-masing kearah meningkatkan lagi kemajuan diri dan ekonomi negara serta sedia bersaing dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini dengan cara yang sihat disamping memelihara hubungan etnik di Malaysia agar kemakmuran dan keamanan negara dapat dikecapi dan terus terpelihara.
Soalan 2
Setelah memahami LO 2, terangkan bagaimanakah kedudukan ekonomi Bumiputera / Kaum Cina / Kaum India / Kaum lain sebelum dan selepas Dasar Ekonomi Baru? Sila pertimbangkan impak jawapan anda ke atas keadaan politik, ekonomi dan sosial semasa.DEB kepada pembentukan perpaduan di Malaysia pada masa kini adalah untuk mengurangkan dan menghapuskan keadaan dan suasana sosial serta ekonomi yang tidak seimbang. Selain itu menggalakkan perkongsian yang adil dan saksama supaya faedah yang diperolehi daripada pembangunan negara dapat dinikmati bersama oleh semua rakyat malaysia. Seterusnya menggalakkan dan mengukuhkan intergrasi nasional menerusi pengurangan jurang perbezaan pembangunan ekonomi diantara negeri dan diantara kawasan bandar dan luar bandar.Membangunkan sebuah masyarakat yang maju dimana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping memiliki nilai-nilai sosial dan kerohanian serta perasaan cinta akan negara.Disamping itu, DEB juga memajukan pembangunan sumber manusia dan mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran bagi menghadapi cabaran dalam pembangunan industri menerusi satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat.
Soalan 3
Video LO 2 juga ada membincangkan berkenaan dasar-dasar yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan dalam memacu ekonomi negara. Huraikan dasar-dasar yang berkaitan dengan isu agihan dan pertumbuhan ekonomi di Malaysia.Dasar Ekonomi berjaya mengubah hampir keseluruhan sistem sosial masyarakat majmuk di Malaysia. DEB berjaya menjalankan strateginya dalam menghadapi realiti “perbezaan etnik” dan dalam usaha mewujudkan keseimbangan dalam pelbagai aspek kehidupan. Tidak dinafikan, hasilnya adalah positif dan ia berjaya mencapai perpaduan nasional melalui falsafahnya, iaitu “Pembangunan Dengan Pengagihan Saksama” . Pembangunan ekonomi adalah berpandukan strategi pengagihan menerusi pertumbuhan dan objektif serampang dua mata Dasar Ekonomi Baru iaitu pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat bagi menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Pelaksanaan strategi penagihan walaubagaimanapun akan memberi penekanan kepada usaha meningkatkan keupayaan dan menambahbaik daya saing. Fokus strategi pengagihan akan diorentasi semula kearah mencapai pendapatan dalam jangka masa panjang dengan mengurangkan ketara jurang ketidaksamaan pendapatan. Kesimpulannya , melalui pelaksanaan pelbagai langkah untuk meningkatkan daya saing, budaya berprestij tinggi akan digalakkan bagi semua rakyat Malaysia untuk membangunankan ekonomi negara di tahap global.
Soalan 4
LO 3 menekan isu globalisasi dan ekonomi. Bincangkan peranan globalisasi dan impaknya kepada keadaan ekonomi multi-etnik di Malaysia. Juga fokus kepada kekuatan kepelbagaian etnik di Malaysia (yang tiada pada negara lain) dalam menyumbang kepada kelestarian ekonomi Malaysia.Pembaratan corak hidup berasaskan ekonomi dan politik barat. Jika dilihat dari sudut positif, kita dapat bergerak maju melalui pendedahan melalui teknologi yang tinggi serta perntadbiran yang sistematik Dalam era globalisasi terdapat banyak cabaran yang mampu menggugat perpaduan di kalangan etnik di negara ini. Isu-isu internal dan external menyumbang kepada kegoyahan hubungan etnik jika tidak ditangani dengan bijak. Kestabilan ekonomi dan politik merupakan asas kepada perpaduan hubungan etnik. Perpaduan yang dikecapi pada hari ini perlu dihargai agar terus dirasai oleh generasi akan datang. Kegagalan mengekalkan perpaduan memudahkan dominasi negara-negara lain untuk menakluki negara kita. Semua etnik tanpa mengira batas agama, budaya dan adat perlu belajar daripada sejarah agar sejarah penjajahan yang telah berlangsung lebih dari seratus tahun tidak akan berulang. Cabaran era globalisasi hadir tanpa mampu dielak oleh sesebuah negara. Justeru itu, sesebuah negara perlu bijak dalam membuat perancangan agar dapat mengharungi cabaran yang datang. Keupayaan sesebuah negara mengharungi cabaran-cabaran dengan baik mampu menjadikan negara berkenaan sebaris dengan negara-negara maju yang lain..