OpenLearning

Soalan 1

Isu Murtad dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia.
Sekarang dengan kewujudan sekolah-sekolah agama sekurang-kurang dapat membantu merebaknya gejala murtad. Guru-guru agama di sekolah mempunyai tanggungjawab yang berat dalam menjelaskan keburukan murtad. Tetapi perlu diingatkan gerakan misionaris sekarang mula memasuki sekolah-sekolah agama. Oleh itu pihak sekolah perlu mengawasi pelajar-pelajar supaya berhati-hati dengan dakyah mereka. Menceritakan tentang murtad dari segi kaca mata Islam adalah salah satu cara awal menyekat gejala murtad dari meresap di sekolah-sekolah. Apa yang penting dan perlu diingatkan di sini adalah setiap Muslim tanpa mengira warna kulit adalah bertanggungjawab memikul amanah amar makruf dan nahi munkar. Firman Allah Taala: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu membela (agama) Allah nescaya Allah akan membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. ” (Surah Muhammad:7)

Soalan 2

Isu Hak Penjagaan Anak Bagi Pasangan Yang Salah Seorang daripada Mereka Memeluk Islam.
2.1 Pandangan Islam Terhadap Status Anak Apabila Hanya Salah Seorang Ibu Bapa Memeluk Islam. Dalam menjelaskan status anak-anak selepas salah seorang ibu bapa memeluk Islam sedangkan pihak yang kedua tetap berada dalam agama asal, para fuqaha Islam telah berselisih pandangan kepada beberapa pandangan: Pandangan Pertama: Anak-anak adalah mengikut agama Islam sama ada yang memeluk Islam adalah bapa ataupun ibu. Pandangan Kedua: Anak-anak adalah mengikut agama Islam apabila yang memeluk Islam adalah bapa. Sekiranya yang memeluk Islam adalah ibu, anak-anak tidak dianggap beragama Islam. Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh al-Imam Malik. Hujah yang dipegang oleh al-Imam Malik adalah seseorang anak adalah dinasabkan kepada si ayah dan bukannya dinasabkan kepada si ibu. Maka kerana itulah keislaman si ayah sahaja yang akan menyebabkan si anak turut beragama Islam sebagai mengikut agama si ayah[2].

Soalan 3

Isu Penurunan Salib di Kampung Medan.
ISU PENURUNAN SALIB: Kisah Taman Medan: Meletak rasional di tempatnya SECARA peribadi, saya kurang bersetuju dengan tindakan segelintir penduduk Taman Medan yang berkumpul di hadapan sebuah unit rumah kedai untuk meminta pihak gereja menurunkan salib besar yang terpampang di luar premis. Pada saya, perkara ini mungkin boleh diselesaikan dengan cara lebih baik iaitu dengan bertemu sendiri Pastor yang mengendalikan tempat tersebut dan meminta supaya dia menurunkan salib ataupun penduduk melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT). Bagaimanapun, reaksi masyarakat terhadap perkara yang telah terjadi juga adalah sangat mengecewakan. Penduduk yang berkumpul terus dihukum sebagai ekstremis dan pelampau agama, tanpa mengetahui punca sebenar perkara tersebut terjadi. Masalah akar kepada insiden berkenaan ialah kewujudan gereja itu sendiri, yang tidak mengikut undang-undang yang ditetapkan oleh PBT. Gereja tersebut merupakan unit rumah kedai yang tidak mempunyai permit untuk beroperasi sebagai rumah ibadat. Mana-mana lot kedai yang hendak ditukar kepada tempat ibadat atau pusat meditasi mesti mematuhi Seksyen 70 (12) Akta 133 dan permohonan bertulis dengan aktiviti dinyatakan hendaklah dikemukakan untuk kelulusan. Jika ingin mendirikan masjid sekalipun memerlukan kelulusan pihak berkuasa. Malah, tanda salib itu juga telah dipasang tanpa permit, kerana undang-undang telah jelas bahawa semua tempat ibadat yang ingin memaparkan logo atau simbol pada bangunan mesti mempunyai permit majlis yang merupakan PBT, tidak kiralah sama ada salib, tugu Buddha, patung agama Hindu dan sebagainya. Satu fakta yang mungkin majoriti masyarakat terlepas pandang ialah penduduk kawasan tersebut terdiri daripada 90 peratus orang Islam. Malah, penduduk Taman Medan bukanlah tidak membenarkan penganut agama lain untuk beribadat, tetapi mereka hanya meminta supaya simbol tidak perlu dipaparkan secara terang-terangan di tempat awam, walaupun kewujudan gereja itu sendiri boleh dipertikaikan. Ini mungkin kerana faktor sensitiviti masyarakat setempat dan sebagai orang yang tidak tinggal di kawasan tersebut, kita haruslah menghormati hak mereka juga. Jika kita memaksa pandangan kita terhadap penduduk di situ, maka kitalah sebenarnya yang tidak mempunyai toleransi dalam hidup bermasyarakat. Pada masa yang sama juga, pembinaan masjid di Moyog, Penampang, Sabah juga ditentang oleh masyarakat setempat atas alasan penduduk di situ terdiri daripada majoriti Kristian. Tetapi berita begini tidak mendapat tempat di media-media liberal dan alternatif pula. Inilah hipokrasi yang jelas dan nyata yang ditunjukkan sebahagian media liberal di negara kita. Sebagai umat Islam, kita diajar untuk menghormati penganut agama lain. Kita juga diajar untuk menyelidik berita terlebih dahulu, terutama jika berita tersebut datang daripada orang-orang fasik, seperti media liberal Malaysiakini, The Malaysian Insider dan FMT yang akan mengambil apa sahaja peluang untuk memburukkan imej orang Islam. Tindakan segelintir ‘public figure’ seperti Menteri Besar Selangor dan seorang artis hijrah juga tidak banyak membantu meredakan keadaan. Tidak perlulah kita sibuk menghentam orang semata-mata mahu nampak hebat dan ‘open’ di media sosial. Muhammad Farhan Nasri Hamdan *** NILAILAH DENGAN KERANGKA SYARAK: Sekarang ni, isunya secara mudah begini: 1) Malaysia tak larang penganur agama lain nak bina gereja, kuil atau tokong. Bahkan banyak je kat Malaysia. Tak di sekat pun. CUMA, Kebenaran untuk membina rumah ibadah seperti gereja dan kuil ini adalah ketat. Ada akta yang mengawalnya. Data menunjukkan kadar penganut agama dan skala/jumlah rumah ibadah yang dibina adalah tidak munasabah. Tindakan boleh diambil terhadap pihak yang melanggar syarat ditetapkan mengikut peruntukan Seksyen 128 dan Seksyen 129 Kanun Tanah Negara 1962 (Akta 56), Seksyen 20 dan Seksyen 26 Akta Jabatan Perancang Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan Seksyen 70(12) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1975 (Akta 133)," Ini tidak bermakna penganut agama lain tidak boleh membina rumah ibadat cuma mereka perlu melakukan permohonan melalui Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam terlebih dulu untuk mendapatkan kelulusan dan dinilai oleh Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri. 2) DAN, gereja tu di bina secara HARAM dan tiada permit. Boleh rujuk di sini:http://www.ismaweb.net/2015/04/gereja-haram/ 3) Seterusnya, dalam FIQH KENEGARAAN, ulama'-ulama islam telah berbincang tentang isu "boleh tak di sebuah negara islam, agama lain mengangkat syiar mereka seperti jual arak terang-terang, jual babi terang-terang dan angkat salib terang-terang. Maka, ini adalah pendapat ulama': "Mereka tidak dilarang sama sekali untuk menunjukkan secara terang-terangan penjualan babi dan arak serta tanda lambang salib dan membunyikan loceng gereja pada sebuah kampung yang tiada padanya penduduk Muslim. Adapun pada sebuah perkampungan Islam, maka dilarang sama sekali mereka mengangkat tanda lambang salib atau mempamerkan berhala mereka pada kerayaan mereka". ( Kitab "بدائع الصانع في الترتيب الشرعي, tulisan Imam Al-Kasani) "Tiada masalah bagi orang bukan Islam untuk mengekalkan tempat ibadat mereka yang lama, bahkan mereka berhak untuk memperbaharuinya. Adapun untuk membina rumah ibadat yang baru pada perkampungan Islam, maka perkara itu adalah dilarang..." (Kitab حقوق أهل الذمة, tulisan Abul A'la Al-Maududi) 4) Maka berdasarkan apa yang ulama' sebut di atas, jika sesuatu kawasan tu majoriti muslim, tak boleh tegakkan syiar agama lain. Jika di situ kawasan majoriti non muslim, maka tiada masalah. 5) Tapi, pendekatan di Malaysia adalah sederhana. Boleh buat rumah ibadat agama lain, CUMA, pastikan ikut saluran yang betul, bukan secara haram. 6) Maka, teguran saya: Kepada gereja, gunalah saluran yang betul untuk bina gereja, bukan dengan cara haram. Kepada penduduk Taman Medan, gunalah saluran yang betul untuk berdemontrasi, jika ada jalan yang lebih murni, utamakan. *** Wallahua'lam. Isu dah pun selesai. Pihak gereka telah menurunkan salib, penduduk kampung pun dah aman.

Soalan 4

Isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Masyarakat Kristian.
Dari satu sudut, kita dapati, pelbagai pandangan diutarakan dengan melihat dari pelbagai sudut. Secara asasnya, apa yang paling penting adalah, prinsip Islam itu sendiri dalam menilai isu sebegini. Berdasarkan pengamatan dari segenap aspek, baik dari hujah mereka yang membenarkan mahupun hujah mereka yang melarang, kesimpulan umum yang dapat dibuat adalah, ianya lahir (samada bersetuju atau menolak) daripada hujah-hujah yang zhonniyyah atau tidak muktamad. Namun, ketika berhadapan dengan sesuatu isu setempat, pendirian seseorang ahli ilmu atau ulama’ selalunya dibina atas timbangan keilmuan yang teliti, setelah melihat segenap sudut yang perlu diperhatikan termasuklah maslahat sesebuah masyarakat Islam di tempat tersebut. Oleh yang demikian, dalam isu penggunaan kalimah “Allah” bagi orang-orang Kristian ataupun orang-orang kafir yang lain, pendirian seseorang ahli ilmu itu hanyalah berbentuk tarjih (menguatkan salah satu pendapat) setelah menilai isu ini dari pelbagai sudut. Penggunaan Kalimah Allah dan Toleransi Beragama Allah s.w.t. mengakui kebenaran Islam bahkan mengiktiraf hanya Islam sebagai suatu kebenaran dan hanya Islam merupakan agama yang benar yang mengandungi segala ajaran yang benar dalam segenap sudut samada dari sudut aqidah, hukum-hakam dan akhlak. Berdasarkan ajaran Islam juga, hanya dengan aqidah murni Islam sahaja, seseorang dapat selamat daripada api neraka. Walaupun Islam memberi kebebasan beragama kepada sesiapa sahaja dari kalangan orang-orang kafir, namun Islam tetap mengajak umat manusia kepada menerima ajaran Islam yang murni dan tidak pernah mengiktiraf agama-agama mereka sebagai kebenaran. Ini kerana, hanya Islam sahaja merupakan agama yang boleh menjamin kesejahteraan manusia di dunia dan di akhirat. Maka, konsep toleransi dalam Islam tidak membawa kepada sama-rata atau persamaan secara mutlak, tetapi masih wujud konsep eksklusifnya seperti hanya Islam sahaja diterima sebagai agama di sisi Allah s.w.t., hanya penyembahan kepada Allah s.w.t. sahaja secara tauhid, yang diterima di sisi Allah s.w.t. dan selain konsep kehambaan ini, tidak menyelamatkan seseorang daripada kekal dalam neraka. Penggunaan Kalimah ALLAH Menurut Islam Kalimah ALLAH adalah satu nama khas bagi merujuk kepada Tuhan yang Maha Esa, Maha Agung lagi Maha Sempurna. Kalimah ALLAH dalam Islam merujuk kepada zat Tuhan yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan dan keesaan serta berlepas dari sebarang sifat kekurangan. Dalam Islam, kalimah “ALLAH” bukan sekadar suatu kata nama, tetapi merangkumi konsep ketuhanan yang bersifat dengan kesempurnaan dan keesaan. Maka, apabila kita berkata bahawasanya, Tuhan yang kami sembah adalah Allah, bererti, Allah s.w.t. yang disembah tersebut bersifat dengan sifat-sifat yang telah disebutkan terutamanya aspek kesempurnaan dan keesaan-Nya. Kalau seseorang berkata: “Saya menyembah Allah” tetapi yang dimaksudkan adalah tuhan yang terdiri daripada tiga oknum atau salah satu daripada oknum tuhan trinity, maka ianya suatu yang menyalahi “dasar dan prinsip” Islam sebenar. Allah s.w.t. sendiri sudah menjelaskan bahawa kalimah “Allah” adalah suatu nama bagi merujuk kepada satu-satunya Tuhan yang Maha Benar dengan sifat-sifat yang disebutkan. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Katakanlah: "Dia-lah Allah, yang Maha Esa. (1) Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. (2) Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan, (3) Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia." (Surah Al-Ikhlas: 1- 4) Ayat ini merupakan pendirian Islam yang jelas menunjukkan Islam menolak sebarang kepercayaan ketuhanan selain daripada konsep ketuhanan Allah s.w.t.. Konsep ketuhanan yang sebenar yang merujuk kepada Tuhan yang sebenar yang bernama Allah mempunyai sifat-sifat berikut: - MAHA ESA (Al-Ahad) - AS-SHOMAD (Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu) - Tidak beranak dan tidak diperanakkan. - Tidak ada yang serupa denganNya. Daripada penjelasan surah Al-Ikhlas ini menunjukkan secara jelas bahawa, tiada agama lain selain Islam yang boleh menamakan tuhan mereka sebagai “ALLAH” menurut agama Islam, termasuklah agama Kristian, kerana hanya agama Islam yang menjelaskan konsep ketuhanan dengan intipati tauhid yang murni ini. Adakah “Allah” yang ingin dimaksudkan oleh orang-orang Kristian bersifat dengan keseluruhan sifat-sifat yang telah disebutkan dalam surah Al-Ikhlas tersebut? Kalau tidak, maka Islam secara jelas menolak konsep ketuhanan mereka yang mereka rujuk sebagai “Allah” tersebut. Adakah prinsip ajaran Islam yang menolak kepercayaan triniti orang-orang Kristian dalam konsep ketuhanan, dalam masa yang sama tidak menolak penggunaan nama Allah (nama Tuhan yang Maha Benar) kepada tuhan yang mempunyai konsep ketuhanan yang salah? Orang-orang Kristian samada memilih untuk mengesakan Allah s.w.t. dalam penyembahan dan menafikan Nabi Isa a.s. sebagai anak tuhan, maka bolehlah memanggil tuhan tersebut dengan nama Allah ataupun tidak dibenarkan menggunakan nama Allah bagi merujuk kepada tuhan triniti mereka. Kekhususan Nama Allah s.w.t.. Imam As-Syirbini dalam Tafsir As-Siraj Al-Munir menafsirkan kalimah ALLAH dalam surah Al-Ikhlas tersebut dengan berkata: “ALLAH ialah Tuhan yang bersifat dengan ketuhanan dan keesaanNya.” Imam Al-Khazin pula berkata yang bermaksud: “((ALLAH)) ialah kata nama khusus bagi Allah yang hanya khusus untukNya s.w.t.. Ia (nama) itu bukan terbit dari mana-mana kata terbitan dan tidak ada sesiapa berkongsi nama tersebut denganNya. Inilah pegangan yang sahih dan terpilih. Dalilnya adalah firman Allah: “Apakah kamu mengetahui ada seorang yang sama dengan Dia (yang patut disembah)?” iaitu: tidak dikatakan kepada selainNya dengan nama ALLAH...” [Tafsir Al-Khazin pada tafsir Surah Al-Fatihah] Sheikh Muhammad Ali As-Shobuni juga ketika menjelaskan tentang kalimah ALLAH dalam Shofwah At-Tafasir pada surah Al-Fatihah berkata: “((ALLAH)) Suatu nama khusus bagi Zat Maha Agung yang mana tidak ada yang berkongsi nama tersebut denganNya…” [1/18] Sheikh Sa’id Hawa dalam kitab Tarbiyyatuna Ar-Ruhiyyah pada menjelaskan zikir dengan Ism Mufrad berkata yang bermaksud: “(Allah) adalah satu-satunya nama yang merujuk kepada segenap zat, sifat, nama-nama dan perbuatan-perbuatan Allah s.w.t.. Adapun nama-nama yang lain merujuk kepada sifat-sifaNya. Kemudian, nama ALLAH tersebut tidak dinamakan kepada selain ALLAH (Tuhan yang disembah oleh umat Islam).” Kalau kita rujuk kepada tulisan-tulisan para ulama’ Islam, hampir kesemuanya tidak membenarkan lafaz ALLAH digunakan bagi merujuk kepada tuhan-tuhan lain selain Allah atau kepada konsep ketuhanan yang bercanggah dengan tauhid. Ini kerana, ALLAH bermaksud TUHAN yang MAHA ESA dan ia sangat berkaitan dengan konsep keesaan Tuhan itu sendiri. Inilah secara prinsip dalam Islam di mana tidak boleh menamakan kepada tuhan-tuhan selain Allah dengan nama Allah s.w.t.. Secara dasarnya, berdasarkan penerangan para kebanyakan ulama’ sendiri, kata nama “Allah” khusus untuk Allah s.w.t. yang disembah oleh orang-orang Islam dengan konsep ketuhanan yang murni (keesaan dan kesucian). Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Maka (Zat yang demikian) itulah Allah, Tuhan kamu yang sebenarnya; Maka tidak ada sesudah kebenaran itu, melainkan kesesatan. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan (dari kebenaran)?” (Surah Yunus: 32) Nama Tuhan, Agama Kristianiti dan Kalimah ALLAH Sememangnya Allah s.w.t. ada menyebutkan kalimah ALLAH bagi menceritakan tentang aqidah agama Kristian namun dalam bentuk penafian terhadap aqidah mereka yang sesat, bukan dalam bentuk mengakui penggunaan kalimah ALLAH bagi merujuk kepada tuhan mereka. Ini kembali kepada penggunaan mereka (orang-orang kafir termasuk ahlul-kitab) yang hidup dalam masyarakat Arab yang juga menggunakan kalimah “Allah” bagi merujuk kepada tuhan yang menciptakan alam ini. Oleh kerana Ahlul-Kitab yang hidup dalam masyarakat Arab yang menggunakan kalimah “Allah” bagi merujuk kepada Tuhan Maha Pencipta, maka mereka juga menggunakan kalimah “Allah” bagi merujuk kepada Tuhan Maha Pencipta. Namun, itu bukanlah tradisi asal orang-orang Kristian sebagaimana dijelaskan oleh orang-orang Krisitan sendiri. Menurut kebanyakan cendikiawan Kristian sendiri, mereka menyebut tuhan mereka sebagai El, Elohim atau Yahwah (Yhwh). Asalnya, nama tuhan dalam bahasa Ibrani atau Hebrew (bahasa asal Old Testement) adalah seperti berikut jika diterjemah ke dalam bahasa Inggeris: YHVH atau YHWH tanpa ada huruf vokal. Maka, sebahagian cendikiawan Kristian yang awal menetapkan sebutannya sebagai Yahweh. Nama lain bagi tuhan sembahan mereka adalah Elohim dalam bahasa Hebrew. Ada juga yang menyebut tuhan mereka sebagai Jehovah. Ada juga menyebut Tuhan sebagai HaShem. Kemudian, bagi orang-orang Kristian, mereka merujuk kepada New Testament yang dikatakan berbahasa Yunani (Greek) lalu menyebut tuhan mereka dalam bahasa Greek iaitu “Ho Theos”. Walaupun ada ahli ilmu cuba mengaitkan kalimah “Allah” dalam bahasa Arab hampir dengan kalimah “Eloah” dalam bahasa Hebrew, yang merujuk kepada Tuhan yang sama, namun dari sudut aqidah orang-orang Islam dengan orang-orang Kristian, maka sudah jelas tuhan mereka (Kristian) berbeza dengan Tuhan yang disembah oleh orang-orang Islam. Ini kerana, orang-orang Kristian tidak menyembah tuhan Nabi Isa dan Nabi Musa a.s. yang sememangnya adalah ALLAH s.w.t., tetapi menyembah tuhan triniti. Pendirian Islam terhadap Konsep Ketuhanan Kristian Orang-orang Kristian menyembah tuhan dalam bentuk triniti, di mana tuhan itu bukan Maha Esa seperti kepercayaan orang-orang Islam dan bukan juga berbilang-bilang sebagaimana kepercayaan orang-orang kafir. Mereka bertuhankan tuhan yang satu dalam tiga dan tiga dalam satu. Bahkan, hampir tiada orang-orang Kristian yang mampu memahami konsep triniti dengan kefahaman yang tepat kerana setiap orang mempunyai persepsi yang berbeza tentang konsep trinity mereka. Kesimpulannya, orang-orang Kristian percaya bahawasanya tuhan adalah: - TUHAN AYAH (Yahweh) - TUHAN ANAK (Jesus/Nabi Isa) - TUHAN ROH QUDS (Holy Spirit) Ketiga-tiga tersebut bukanlah tiga individu yang berbeza tetapi satu tuhan yang berbeza personalitinya. Ketiga-tiga (oknum) itu bukan tiga tuhan tetapi satu tuhan. Kalimah ALLAH yang cuba digunakan oleh orang-orang Krisitian merujuk kepada yang mana satu? Andaian Pertama: Tuhan Ayah + Tuhan Anak + Tuhan Roh Quds = TUHAN TRINITI = Inilah ALLAH) Andaian Kedua: Tuhan Ayah = Inilah ALLAH + Tuhan Anak + Tuhan Roh Quds = TUHAN TRINITI Allah pada bentuk (andaian) pertama iaitu TUHAN TRINITI (gabungan Tuhan Ayah, Tuhan Anak dan Tuhan Roh Qudus) tertolak dalam Islam. Allah s.w.t. berfirman secara jelas dalam al-Qur’an yang bermaksud: “Wahai ahli kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya Al Masih, Isa putera Maryam itu, adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimat-Nya yang disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari-Nya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga (trinity)", berhentilah (dari ucapan itu). (itu) lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah adalah Tuhan yang Maha Esa, Maha Suci Allah dari mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaan-Nya. cukuplah Allah menjadi Pemelihara. (Surah An-Nisa’: 171) Ayat ini secara jelas menunjukkan pendirian agama Islam yang menolak kepercayaan triniti dalam konsep ketuhanan, apa lagi menamakan tuhan triniti ini sebagai ALLAH. Isyarat pertama daripada ayat ini di mana Allah s.w.t. menegaskan:“…janganlah kamu berkata terhadap Allah melainkan yang benar…”. Daripada ayat ini dapat difahami bahawa, Allah s.w.t. tidak membenarkan seseorang berkata tentang “Allah” s.w.t. secara batil, apatah lagi menamakan “Allah” kepada tuhan yang batil sebagaimana difahami oleh orang-orang Kristian. Imam At-Tabari ketika menafsirkan perkataan intahu “berhentilah…” dalam ayat tersebut dengan berkata yang bermaksud: “Bahawasanya berhenti (orang-orang Kristian) daripada yang demikian (berkata Allah itu salah satu daripada triniti atau triniti secara keseluruhan) lebih baik daripada berkata sedemikian, kerana bagi kamu (orang-orang Kristian) dari Allah (terhadap ucapan tersebut), siksa yang akan datang terhadap apa yang telah dikatakan tersebut (iaitu Allah itu tuhan triniti).” [rujuk Tafsir At-Tabari pada ayat tersebut] Imam At-Tabrani pula ketika menafsirkan perkataan firman Allah s.w.t. menjelaskan lagi: “((Jangan kata tiga)) iaitu jangan kamu katakan tuhan-tuhan kami tiga (atau triniti) yang merangkumi: tuhan bapa, tuhan anak dan roh quds. ((Berhentilah)) dari kekufuran dan dari perkataan tersebut (Tuhan itu trinity).” Imam Al-Alusi juga menyebut dalam kitab Ruh Al-Ma’ani pada ayat tersebut pada perkataan Intahu: “Berhentilah daripada mengatakan Triniti…” [Ruh Al-Ma’ani] Jika penggunaan kalimah ALLAH merujuk kepada bentuk (andaian) kedua iaitu: Allah ialah Tuhan Ayah di samping Tuhan Anak dan Tuhan Roh Quds yang mana ketiga-tiganya adalah satu TUHAN TRINITI. Jika kalimah ALLAH yang cuba digunakan oleh orang-orang Kristian bagi merujuk kepada TUHAN AYAH (God The Father) dalam konsep trinity, maka ianya juga turut disebut di dalam Al-Qur’an tetapi sekadar merujuk kepada “penggunaan mereka” terhadap istilah tersebut, bukan kerana Islam meraikan istilah tersebut atau menerima konsep tersebut. Kebanyakan orang-orang Kristian memahaminya begitu, iaitu Allah bagi mereka merujuk kepada Tuhan Bapa atau Tuhan Ayah yang merupakan salah satu daripada tiga oknum tuhan triniti. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang mengatakan: "Bahwasanya Allah salah satu (oknum) daripada yang tiga (oknum triniti)", padahal sekali-kali tidak ada tuhan selain dari Tuhan yang Esa. Jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang-orang yang kafir di antara mereka akan ditimpa siksaan yang pedih. (Surah Al-Ma’idah: 73) Ayat ini secara jelas mempunyai ketegasan dalam bentuk membantah orang-orang kafir menjadikan Allah sebagai salah satu daripada tiga oknum tuhan triniti. Ayat yang berbentuk ancaman sebegini jelas menunjukkan ketegasan al-Qur’an bagi menolak konsep ini. Ini suatu peringatan yang jelas dalam Islam agar orang-orang kafir khususnya dari kalangan orang-orang Kristian agar tidak mengatakan bahawa ALLAH adalah salah satu oknum daripada tuhan triniti. Ini secara tidak langsung menunjukkan larangan terhadap menggunakan kalimah ALLAH bagi merujuk kepada salah satu daripada oknum tuhan triniti tersebut. Al-Qur’an secara jelas mengatakan bahawa, mereka yang menamakan Allah sebagai salah satu daripada tiga oknum tuhan triniti adalah suatu kekufuran, adakah Islam meredhai kekufuran dengan membenarkan lafaz Allah digunakan pada salah satu daripada oknum tuhan triniti? Imam Al-Qurtubi menafsirkan seruan Al-Qur’an yang bermaksud: “…Jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang-orang yang kafir di antara mereka akan ditimpa siksaan yang pedih…” dengan berkata: “((jika mereka tidak berhenti…)) tidak berhenti daripada berkata tentang triniti tersebut, mereka akan disiksa di dunia dan di akhirat”. [rujuk Tafsir Al-Qurtubi] Asas-asas ajaran Islam berkenaan kalimah ALLAH ini harus diutamakan dalam berinteraksi dengan orang-orang kafir dari kalangan musyrikin dan ahlul-kitab, apatah lagi demi menjaga maslahat umat Islam yang awam daripada tipu daya musuh-musuh Islam yang cuba menyebarkan kesesatan aqidah mereka kepada umat Islam.

Soalan 5

Soalan 6

Isu Kepala Lembu di Kuil / Rumah Penganut Hindu.
Kebebasan bersuara dan memberikan pandangan adalah satu perkara yang perlu diizinkan. Namun, apabila kita lupa kepada adab dan tatasusila yang sewajibnya, ia akan memalukan diri sendiri, menjatuhkan imej agama dan mencalar maruah umat. Garis panduan mengenai hal ini telahpun digariskan oleh Allah swt di dalam Al Qur'an yang bermaksud: "Dan janganlah kamu memaki hamun sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan." (Al-An'am:108)

Comments

Loading
Error: Loading CSS chunk vendors-node_modules_fortawesome_pro-regular-svg-icons_faGlobe_js-node_modules_fortawesome_pr-d462f3 failed. (error: https://assets.openlearning.com/chunks_live/vendors-node_modules_fortawesome_pro-regular-svg-icons_faGlobe_js-node_modules_fortawesome_pr-d462f3.8fd07ef9993d3220.css)

Chat