karthigeyen's 4.A1 : LATIHAN 1 - OpenLearning

Soalan 1

Setelah menonton video tentang LO 1, maka bincangkan hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia (sebelum merdeka, selepas merdeka dan sekarang)
Pada pendapat saya berdasarkan video tersebut, antara faktor yang menyebabkan perubahan kepada ekonomi Malaysia ialah perubahan ekonomi yang merupakan peneraju dalam mencapai keharmonian antara etnik yang sangat berkait rapat dengan kestabilan sosiopolitik di dalam sesebuah negara demi mencapai pertumbuhan dan pembangunan ekonomi di Malaysia. Selain itu, perubahan ekonomi adalah perlu untuk mengatasi isu-isu sosioekonomi yang wujud di negara kita seperti isu ketaksamarataan ekonomi di kalangan masyarakat, isu kemiskinan, isu hak milik kekayaan dan, isu guna tenaga dan pekerja. Isu-isu seperti ini seharusnya tidak berlaku di dalam sebuah negara dan jurang ekonomi tersebut haruslah ditangani agar keharmonian, kesejahteraan, kesepaduan dan pembangunan negara dapat dicapai dengan aman dan harmoni. Seterusnya sebagai tambahan, faktor perubahan ekonomi yang dijalankan oleh pihak kerajaan di Malaysia kini adalah untuk mempelbagaian ekonomi, di mana negara kita tidak akan terlalu bergantung kepada sektor utama sahaja dan dasar yang dibentuk dapat mempelbagaikan corak keluaran ekonomi negara. Selain itu, faktor kehausan sumber asli negara, kepupusan sumber asli negara seperti bijih timah, hasil hutan, petroleum dan sebagainya menjejaskan ekonomi dan hasil berkurangan menyebabkan pendapatan negara jatuh. Akhir sekali, faktor peningkatan pendapatan penduduk dan taraf hidup, kepelbagaian sektor akan dapat menjana pendapatan kepada rakyat, kuasa beli rakyat akan meningkat dan menjurus kepada peningkatan taraf hidup rakyat Malaysia. Jurang ekonomi antara etnik mampu dikurangkan. Hal ini dapat dibuktikan melalui pembentukan dasar-dasar pembangunan ekonomi negara seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan Dasar Wawasan Negara (DWN). Dasar-dasar ekonomi tersebut bukanlah hanya tertumpu kepada pembangunan ekonomi semata-mata tetapi juga penekanan diberikan kepada aspek sosial bagi semua kaum di Malaysia. Sebagai sebuah negara yang berbilang etnik dan mengamalkan konsep kesepaduan antara kaum, pengurangan jurang antara etnik adalah tidak mustahil dan tidak sukar untuk dicapai sekiranya kesemua rakyat bertolak ansur dan mengamalkan sikap toleransi antara satu sama lain.

Soalan 2

Setelah memahami LO 2, terangkan bagaimanakah kedudukan ekonomi Bumiputera / Kaum Cina / Kaum India / Kaum lain sebelum dan selepas Dasar Ekonomi Baru? Sila pertimbangkan impak jawapan anda ke atas keadaan politik, ekonomi dan sosial semasa.
Pada pendapat saya,peristiwa 13 Mei 1969 ialah peristiwa yang sangat dahsyat di mana berlaku rusuhan yang melibatkan kaum Melayu Cina dan India yang telah memporak perandakan negara pada masa itu .Disebabkan berlaku rusuhan ini ,maka kerajaan telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak pada tahun 1970 hingga 1990.Terdapat dua objektif yang bermatlamatkan serampang dua mata iaitu untuk mengurangkan dan membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan menyediakan peluang pekerjaan tanpa mengira kaum .Matlamat kedua pula ialah menyusun semula masyarakat untuk mengurang dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.Kerajaan turut memperkenalkan pelbagai agensi seperti Majlis Amanah Raya(MARA) ,MARDI,FAMA dan sebagainya untuk mencapai matlamt tersebut dan ia sanagt membantu dalam pembangunan ekonomi negara dan meningatkan pendapatan kaum Bumiputra dan bukan Bumiputra.secara keselluruhannya,DEB telah berjaya mencapai untuk meningkatkan taraf hidup kaum Bumiputra dan membasmi kemiskinan ,namun penyusunan semula guna tenaga perlu dierhebat memandangkan orang Melayu kurang melibatkan diri dalam sektor perdagangan dan perniagaan.

Soalan 3

Video LO 2 juga ada membincangkan berkenaan dasar-dasar yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan dalam memacu ekonomi negara. Huraikan dasar-dasar yang berkaitan dengan isu agihan dan pertumbuhan ekonomi di Malaysia.
Pada pendapat saya,peristiwa 13 Mei 1969 ialah peristiwa yang sangat dahsyat di mana berlaku rusuhan yang melibatkan kaum Melayu Cina dan India yang telah memporak perandakan negara pada masa itu .Disebabkan berlaku rusuhan ini ,maka kerajaan telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak pada tahun 1970 hingga 1990.Terdapat dua objektif yang bermatlamatkan serampang dua mata iaitu untuk mengurangkan dan membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan menyediakan peluang pekerjaan tanpa mengira kaum .Matlamat kedua pula ialah menyusun semula masyarakat untuk mengurang dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.Kerajaan turut memperkenalkan pelbagai agensi seperti Majlis Amanah Raya(MARA) ,MARDI,FAMA dan sebagainya untuk mencapai matlamt tersebut dan ia sanagt membantu dalam pembangunan ekonomi negara dan meningatkan pendapatan kaum Bumiputra dan bukan Bumiputra.secara keselluruhannya,DEB telah berjaya mencapai untuk meningkatkan taraf hidup kaum Bumiputra dan membasmi kemiskinan ,namun penyusunan semula guna tenaga perlu dierhebat memandangkan orang Melayu kurang melibatkan diri dalam sektor perdagangan dan perniagaan.

Soalan 4

LO 3 menekan isu globalisasi dan ekonomi. Bincangkan peranan globalisasi dan impaknya kepada keadaan ekonomi multi-etnik di Malaysia. Juga fokus kepada kekuatan kepelbagaian etnik di Malaysia (yang tiada pada negara lain) dalam menyumbang kepada kelestarian ekonomi Malaysia.
Ekonomi Malaysia sebagai salah sebuah bank negara yang mempunyai “keajaiban ekonomi Asia Timur” telah diiktiraf oleh Bank Dunia pada tahun 1993. Di samping itu, kejayaan ini dapat dikategorikan kepada tiga perspektif iaitu pertumbuhan dan perubahan struktir ekonomi yang pesat. Pembangunan manusia dan pengurangan kdar kemiskinan dan kualiti hidup yang meningkat.Globalisasi telah memberikan impak positif dan negatif kepada setiap individu di dunia ini. Kesan positifnya dari segi ekonomi ialah perluasan pasaran,perdagangan bebas dan peningkatan kualiti produk. Robinhood economy bermaksud merampas daripada orang kaya dan diberikan kepada masyarakat miskin. Antara cabaran globalisasi dalam pendidikan ialah pembentukan jati diri pelajar dan berkembang dalam pengurusan pendidikan. Setiap pelajar perlu melengkapkan diri mereka dengan ilmu watak. Impak globalisasi dari segi pendidikan ialah dapat menguasai ledakan maklumat,penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa, pembelajaran menggunakan teknologi, peluang pendidikan semakin banyak, membantu memudahkan pengurusan maklumat, pembudayaan teknologi dalam perlaksanaan harian dan sebagainya. Impak globalisasi dalam pendidikan adalah pembudayaan teknologi dalam pelaksanaan harian, penubuhan institusi pengajian tinggi swasta, lambakan sumber maklumat dalam Bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa, pembelajaran menggunakan teknologi, membantu memudahkan pengurusan maklumat, peluang pendidikan semakin banyak, penggunaan Bahsa Inggeris sebagai bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa dan dapat menguasai ledakan maklumat.

Comments

Chat