Nur amira shazlin's 4.A1 : LATIHAN 1 - OpenLearning

Soalan 1

Setelah menonton video tentang LO 1, maka bincangkan hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia (sebelum merdeka, selepas merdeka dan sekarang)
Berdasarkan video di atas, dapat saya simpulkan bahawasanya terdapat jurang pendapatan yang sangat jauh antara setiap etnik yang terdapat di Malaysia pada suatu ketika dahulu. Ini semua berpunca daripada dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan oleh penjajah British terhadap Tanah Melayu. Misalnya,etnik Melayu ditempatkan di kawasan luar bandar dan menjalankan aktiviti pertanian dan perikanan, etnik India ditempatkan di kawasan estet dan majoriti etnik India akan bekerja sebagai penoreh getah bagi menyara kehidupan mereka. dan etnik Cina pula ditempatkan di kawasan bandar dan majoriti daripada mereka akan melakukan aktiviti perlombongan. ini memberikan keuntungan yang berlipat kali ganda kepada etnik cina jika dibandingkan dengan pendapatan yang diperolehi oleh etnik Melayu dan India. Oleh sebab itu, jurang pendapatan yang sangat berbeza antara setiap etnik telah berlaku. Etnik Melayu mula menyuarakan rasa ketidakpuashatian terhadap dasar yang dilakukan, kerana etnik Melayu mempunyai purata pendapatan yang paling sedikit jika dibandingkan dengan dua etnik yang lain. Justeru itu beberapa tindakan telah diambil bagi meyelesaikan masalah tersebut contohnya melalui Dasar Ekonomi Baru. Kesimpulannya, kekayaan negara perlu diagihkan dengan adil dan saksama agar semua etnik dapat menikmati faedah pembangunan.

Soalan 2

Setelah memahami LO 2, terangkan bagaimanakah kedudukan ekonomi Bumiputera / Kaum Cina / Kaum India / Kaum lain sebelum dan selepas Dasar Ekonomi Baru? Sila pertimbangkan impak jawapan anda ke atas keadaan politik, ekonomi dan sosial semasa.
DEB dilancarkan bersama oleh para pemimpin negara kita dari kalangan Melayu, Cina dan India dan juga kaum-kaum minoriti lain selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Menurut sejarah, masyarakat Cina sudah berada di Tanah Melayu sekurang-kurangnya sebelum abad ke 19 lagi. Mereka ditempatkan di kawasan lombong dan kemudiannya ada di antara mereka berpeluang menjadi pengusaha lombong dan terlibat dalam aktiviti ekonomi berkaitan bijih timah. Pendapatan yang agak baik daripada penghasilan bijih timah mendorong kegiatan aktif ekonomi masyarakat setempat (kaum Cina). Dengan itu mereka mampu untuk berbelanja seterusnya menggalakkan aktiviti ekonomi seperti peruncitan barangan keperluan, pakaian, dan sebagainya. Pihak penjajah Inggeris yang mentadbir ekonomi Tanah Melayu turut menyediakan kemudahan awam dan prasarana yang lebih baik di kawasan perlombongan itu dan akhirnya membantu kawasan tersebut menjadi bandar kecil. Dengan itu muncul satu lagi golongan daripada kalangan mereka iaitu golongan peniaga. Para peniaga ini berjaya dalam perniagaan mereka kerana terdapat prasarana yang baik disediakan oleh Inggeris dan penduduk setempat mempunyai kuasa beli yang menggalakkan. Persekitaran ekonomi yang aktif dan produktif ini dinikmati oleh masyarakat bandar (baca: Cina) sejak awal pembukaan lombong sehinggalah kini.

Soalan 3

Video LO 2 juga ada membincangkan berkenaan dasar-dasar yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan dalam memacu ekonomi negara. Huraikan dasar-dasar yang berkaitan dengan isu agihan dan pertumbuhan ekonomi di Malaysia.
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu peristiwa hitam dalam sejarah negara kita kerana ia melibatkan pertelingkahan dan rusuhan antara kaum. Berikutan dengan rusuhan kaum ini, kerajaan telah mengambil tindakan tegas bagi mengkaji semula matlamat, strategi dan program pembangunan negara. Selepas tahun 1970, program pembangunan negara adalah berasaskan Rukun Negara yang diisytiharkan pada 31 Ogos 1970. Dengan itu, semua rancangan pembangunan negara dilaksanakan kearah perpaduan kaum. Kerajaan telah membentuk Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang menjadi satu rangka rancangan panjang mencakupi tempoh selama 20 tahun (1970-1990).[1] Ia melibatkan empat rancangan lima tahun Malaysia yang dimulakan dengan RM2 dan berakhir dengan RM5. Sebagai satu dasar, DEB mempunyai objektif yang telus dan strategi yang khusus. DEB secara keseluruhan bermatlamatkan “serampang dua mata”[2], iaitu: i. Mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan memperbanyak peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum. ii. Menyusun semula masyarakat untuk mengurang dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. 12.1.1 ASPEK KEMISKINAN Aspek kemiskinan menjadi salah satu tumpuan utama dalam DEB. Masalah kemiskinan yang melanda negara sebenarnya bukan sahaja tertumpu di kawasan luar bandar, malahan di kawasan bandar. Kaum bumiputera yang menguasai sektor pertanian tradisional merupakan kaum yang berada pada kadar kemiskinan. Antara faktor utama yang dikaitkan dengan kemiskinan di Malaysia ialah: i. Bencana alam yang boleh menyebabkan penyakit dan kerosakan tanaman. ii. Kejatuhan harga barang eksport akibat kemelesetan ekonomi dunia. iii. Saiz isi rumah yang terlalu besar. iv. Pergantungan kepada orang tengah yang selalu mengeksploit. v. Kekurangan input yang dapat meningkatkan pengeluaran. vi. Corak pertanian tradisional, faktor-faktor sosial dan budaya. Secara keseluruhan, pelbagai usaha dipraktikkan untuk membasmi kemiskinan di bawah DEB seperti:[3] i. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan, terutama yang menganggur. ii. Menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan. iii. Memberi peluang kepada orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya berpindah ke sektor yang lebih lumayan. iv. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum dan antara kawasan (bandar dan luar bandar). v. Memodenkan kehidupan di luar bandar. vi. Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan Bumiputera. vii. Mengadakan suasana pekerjaan yang menggabungkan berbagai-bagai kaum. viii. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain.

Soalan 4

LO 3 menekan isu globalisasi dan ekonomi. Bincangkan peranan globalisasi dan impaknya kepada keadaan ekonomi multi-etnik di Malaysia. Juga fokus kepada kekuatan kepelbagaian etnik di Malaysia (yang tiada pada negara lain) dalam menyumbang kepada kelestarian ekonomi Malaysia.
Malaysia merupakan salah sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagai keturunan, etnik, warna kulit, agama, bahasa kebudayaan dan adat resam yang tersendiri. Ia merupakan satu-satunya negara masyarakat plural yang paling berjaya di alaf baru ini dalam mengekalkan keamanan dan perpaduan. Masyarakat majmuk mempunyai konsepnya dan sejarah yang tersendiri di Malaysia. Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tahan Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat majmuk. J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut Furnivall (1967:54), masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam jual beli. Pembahagian tugasan dilakukan atas garis-garis ras. Idea Furnivall mengenai masyarakat majmuk telah banyak dibincangkan oleh tokoh-tokoh sosiologi yang terkemudian. M.G. Smith merupakan salah seorang yang telah memberikan satu analisis yang panjang lebar mengenai konsep ini. M.G. Smith juga menganggap masyarakat majmuk sebagai masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya, perpecahan sosial dan perselisihan. Dari segi politik pula, masyarakat majmuk dikuasai oleh satu kelompok minoriti yang mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Smith juga berpendapat bahawa masyarakat wujud atas dasar konflik dan paksaan, bukannya atas dasar nilai bersama. Selain daripada Furnivall dan Smith, P.L. Van Den Berghe juga memberikan sumbangan terhadap perbincangan mengenai konsep masyarakat majmuk. Beliau membezakan kemajmukkan sosial iaitu masyarakat dipecahkan kepada kelompok korporat dan bukannya budaya daripada kemajmukkan budaya iaitu wujud daripada beberapa kelompok etnik. Ketiga-tiga tokoh ini menekankan konflik dan perpecahan sebagai unsur ketara dalam masyarakat majmuk. Pendirian ini amat bertentangan dengan pendekatan fungsional yang mendakwa bahawa masyarakat majmuk wujud atas dasar konsensus dan nilai bersama. Oleh yang demikian, tidak hairanlah beberapa kritikan mengenai idea atau teori masyarakat majmuk juga datang daripada ahli fungsional. Walau bagaimanapun, teori ini mempunyai kelebihannya iaitu salah satu percubaan untuk membentuk satu teori secara umum mengenai hubungan ras. Teori ini cuba memasukkan pentingnya unsur ras dan etnik ke dalam satu rangka dasar berbentuk konseptual dan merupakan satu syarat asas untuk memahami sifat hubungan ras.

Comments

Chat