ULASAN VIDEO ERA-ERA DALAM HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
Secara kesimpulannya, era konflik terjadi dalam 3 kerangka masa iaitu pada Zaman Jepun ( 8 Disember 1941 – 31 Januari 1942 ), Mogok Pekerja ( Hartal Malaya 1947 ) dan Tragedi Berdarah ( 13 Mei 1969 ).
ERA KONFLIK
Era konflik ini timbul wujudnya idea pembahagian era selepas perang dunia ke-2. Dari segi takrifan, perang merupakan keganasan yang halal. Antara peristiwa yang terjadi dalam era konflik, pada akhir zaman peperangan dunia ke-2, wujudnya konflik antara kaum khususnya MELAYU-CINA. Maka, pada saat itu terjadilah peristiwa darurat sehingga tahun 1957. Pengisytiharan Merdeka turut berlaku sewaktu darurat dan tahun 60an darurat ini tamat. Kedua, setelah 9 tahun berlakunya peristiwa darurat, muncul pula era konflik yang dikenali sebagai peristiwa 13 mei 1969. Peristiwa ini berlaku disebabkan oleh faktor ekonomi orang melayu yang ketinggalan. Data ekonomi yang menjadi punca berlakunya peristiwa ini menunjukkan bahawa sebanyak 63% yang dipegang oleh orang asing , 21% Cina, selebihnya Melayu dan India. Antara jalan penyelesaian yang dirangka oleh pihak kerajaan adalah dengan mewujudkan Dasar Ekonomi Baru .
ERA KESEPADUAN
Era kesepaduan ini muncul sewaktu Dasar ekonomi baru sehingga sekarang kecuali pada tahun 2001, berlaku rusuhan di Kg. medan. Secara umumny, selama 40 tahun ini kita mampu menikmati kestabilan politik dan kemajuan ekonomi. Masyarakat mampu untuk mengecap satu paras harmoni yang secara relative jauh lebih baik dari sebelum era konflik dan era tegang akan tetapi stabil .
Link;
https://www.youtube.com/watch?v=GtkDPvHyVm0
https://www.youtube.com/watch?v=GtkDPvHyVm0&authuser=0