UUM E Rusmuna's 6.A1 : Refleksi Perjuangan Dato Onn - OpenLearning

Tokoh pemimpin Melayu yang tiada ganti iaitu Dato' onn Jaafar. Kias Tersirat adalah salah satu daripada TMP dan siri ini adalah A Tribute to Dato' Onn. Pada tahun 1950, kerajaan penjajah British akan membuat Undang-Undang Kerakyatan di mana Dato' Onn Jaafar adalah wakil UMNO di dalam Majlis Mesyuarat. Dato Onn Jaafar mahukan supaya suatu Undang-Undang Kerakyatan yang jelas kepada Rakyat Raja-Raja Melayu, Rakyat Negeri-Negeri Melayu, Rakyat Persekutuan Tanah Melayu atau Rakyat British. Namun, beberapa cadangan Dato' Onn Jaafar tidak diterima.

semasa Perhimpunan UMNO kedua pada tahun 1950, Dato' Onn Jaafar meminta supaya dirinya tidak dicadangkan sebagai YAng Dipertua UMNO bagi sesi 1951/1952. Tun Razak yang ketika itu sebagai Naib Yang Dipertua datang berjumpa Tunku abdul Rahman yang baharu balik dari London untuk memujuk bersetuju menerima pencalonan Yang Dipertua UMNO. pada mulanya, Tunku Abdul Rahman tidak berkehendak malah maminta Tun Razak menerima jawatan itu, tetapi Tun Razak menolak kerana katanya dia masih tertalu muda. Akhirnya, selepas dipujuk Tunku Abdul Rahman bersetuju dicalonkan sebagai Yang Dipertua UMNO.

Semasa mesyuarat pemilihan UMNO 1951-1952, Dato' Onn Jaafar meminta supaya dicari orang lain yang boleh menggantikannya untuk memimpin UMNO. Selamat mengucapkan Selamat kepada semua AJK UMNO 1951-1952, Dato' Onn Jaafar meninggalkan UMNO dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya kerana salah satu tujuan UMNO dalam Undang-Undang Tubuh UMNO ialah mendapatkan kemerdekaan.

Menjelang akhir tahun 1945, satu pergaduhan Melayu-Cina telah berlaku di Batu Pahat, Johor. Ia terjadi kerana Bintang Tiga pasukan bersenjata Parti Komunis Malaya yang dianggotai 90% otang Cina telah menyerang orang melayu yang dianggap pro-Jepun. Peristiwa pergaduhan itu memberi kesan positif kepada Dato' Onn. Beliau telah mengadakan satu perhimpunan di MAsjid Jamek Batu Pahat dan seramai 1000 orang telah hadir. Beliau telah mencantumkan seluruh tenaga orang melayu di dalam satu pertubuhan kebangsaan. 

Comments

Chat