Jawapan Esei
Bahasa melayu adalah bahasa rasmi yang digunakan oleh rakyat Malaysia.walaubagaimanapun,etnik selain melayu bebas untuk bertutur dalam bahasa masing-masing,tetapi bahasa melayu tetap menjadi bahasa utama apabila berinteraksi dengan etnik lain.Bahasa melayu mampu menjadi bahasa penghantar yang berkesan di peringkat sekolah dan pengajian tinggi.Hal ini dikatakan demikian kerana ciri-ciri keterbukaan yang terdapat dalam bahasa melayu yang menjadi pengaruh kepada bahasa-bahasa lain dan menyebabkan bahasa tersebut dapat berkembang pesat sebagai bahasa penghantar.Laporan kabinet 1985 menyatakan bahawa pembelajaran bahasa Melayu adalah bertujuan untuk menyatukan kaum di negara Malaysia serta menjadikannya sebagai bahasa pengantar untuk memperoleh ilmu.Pengunaan bahasa melayu dalam kalangan pelajar sebagai bahasa perantaraan untuk berkomunikasi dengan pelbagai kaum dapat diperkukuhkan lagi melalui aktiviti kokurikulum di sekolah.Bahasa melayu tetap menjadi bahasa penghantar dalam sistem pendidikan kebangsaan yang terlibat secara langsung melalui aktiviti sosial seperti suakn,kesenian,aktiviti kebajikan dan sebagainya. Di samping itu bahasa melayu juga berfungsi sebagai bahasa perpaduan di sekolah.Bahasa perpaduan bermaksud bahasa yang digunakan sebagai tali pengikat kemuafakatan antara anggota masyarakat sama ada dalam kalangan satu etnik mahupun antara etnik yang lain.Masyarakat malaysia adalah masyarakat majmuk yang berbeza kepercayaan, amalan, budaya, agama dan bahasa.Bahasa Melayu dapat memainkan peranan sebagai alat penyatuan kepelbagaian tersebut melalui penggunaan bersama, atau satu bahasa untuk satu negara. Sifat kepelbagaian bahasa Melayu yang sempurna dan mempunyai pelbagai cara dan gaya boleh diaplikasikan penyampaian, fikiran, perasaan atau pendapat boleh dilahirkan dalam pelbagai cara demi mendapatkan kesan yang berlainan menjadikannya sebagai bahasa pengantar yang murni. Sifat keberkesanan bahasa Melayu juga berupaya memberikan maksud dengan tepat dan berkesan tanpa menimbulkan kekeliruan sebagai bahasa pengantar.Keindahan bahasa Melayu yang mempunyai kosa kata yang lunak didengar,bertenaga,menarik dan dapat menyentuh hati kerana wujudnya kepelbagai laras dan gaya bahasanya yang sinonim sebagai bahasa pengantar. Oleh itu,kesemua pelajar tidak mengira kaum dan etnik yang berlainan haruslah memahami Bahasa Melayu dan perlu lulus dengan cemerlang bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya. Selain itu, penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar tidak boleh dipertikaikan oleh sebarang pihak kerana telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, segala urusan rasmi serta urusan kerajaan adalah dalam Bahasa Melayu.Seterusnya Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di sekolah dan pengajian tinggi bertujuan untuk memudahkan proses komunikasi antara pelbagai kaum. Hal ini kerana terdapat campuran kaum di dalam sesebuah sekolah serta institusi. Kesimpulannya,Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di sekolah dan ini mewujudkan penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara lapisan pelajar di peringkat sekolah mahupun institusi pengajian tinggi.Bahasa Melayu yang digunakan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah membantu dalam pemupukan perpaduan kebangsaan dan menjadi wahana yang berkesan untuk berkomunikasi dengan pelbagai kumpulan etnik dan masyarakat pelbagai dialek atau bahasa. Bahasa Melayu turut membantu pembentukan jati diri bangsa Malaysia yang menggunakan bahasa komunikasi yang mudah difahami dalam sistem pendidikan kebangsaan. Sesungguhnya kita semua sebagai rakyat Malaysia yang hidup di dalam sebuah negara yang mempunyai pelbagai lapisan pelajar di peringkat sekolah mahupun institusi pengajian tinggi seharusnya memainkan peranan masing-masing bagi memartabatkan dan meningkatkan Bahasa Melayu.