Jawapan Esei
NOR ATIKAH BT SHARIFUDDIN A16A0527 UMK KAMPUS PC DR. ZALEHA BT EMBONG Bahasa Melayu memainkan peranan yang sangat penting sebagai asas pembinaan negara. Dalam perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah mengiktiraf dan mengistiharkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa rasmi negara. Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan sangat memerlukan satu bahasa sebagai panduan. Bahasa ini pula boleh difahami oleh setiap kaum. Selain itu, Bahasa Melayu juga merupakan bahasa yang terpenting semasa zaman pemerintahan kesultanan melayu melaka yang menjadi bahasa Lingua France. Namun begitu, bahasa Melayu kini telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa pengantar ilmu sejak kemerdekaan negara pada tahun 1917. Oleh itu, pemilihan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar diperingkat sekolah dan institutsi pengajian tinggi adalah sangat tepat kerana bahasa Melayu merupakan bahasa yang paling kerap digunakan oleh kaum yang paling ramai iaitu kaum melayu. Antara peranan Bahasa Melayu ialah sebagai bahasa pengantar di sekolah. Bahasa pengantar dikenali juga sebagai bahasa yang telah ditetapkan oleh sesebuah negara sebagai bahasa yang digunakan untuk sistem pendidikan dalam menyampaikan maklumat dan sebagainya. Berdasarkan penyata razak yang menekankan kepentingan bahasa melayu perlu di beri keutamaan sebagai bahasa pengantar di sekolah dengan mengesorkan bahasa Melayu digunakan di sekolah-sekolah mahupun di peringkat pengajian tinggi, Tujuan utama penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar disekolah adalah untuk menggalakkan hubungan di antara satu sama lain dalam menjalinkan hubungan yang lebih baik. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan kepentingan bahasa melayu dalam memupuk perpaduan kaum . Dengan kesedaran ini, kerajaan telah menetapkan bahawa bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan, dan bahasa komunikasi. Bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa perpaduan. Menurut Kamus Dewan (1994) perpaduan bermaksud penggabungan , perihal bergabung menjadi satu dan sebagainya. Dengan erti kata lain, perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat tolenrasi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Selaras dengan dasar pendidikan, bahasa Melayu diajar sebagai mata pelajaran wajib dan telah dijadikan sebagai bahasa pengantar utama bagi semua peringkat pendidikan seperti peringkat sekolah rendah iaitu sekolah rendah kebangsaan (SRK) , sekolah rendah jenis kebangsaan (SRJK) dan sehinggalah di peringkat pengajian tinggi Malaysia. Mata pelajaran ini menakan kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis dalam bahasa Melayu. Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dapat dilihat dari aspek penyatuan antara kaum dengan menggunakan bahasa yang sama dalam satu sistem pendidikan yang diguna pakai oleh setiap kaum yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Penggunan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah dapat mendidik murid-murid atau pelajar -pelajar tentang hubungan perpaduan antara kaum dalam membentuk satu identiti warga malaysia yang sebenar yang boleh dikenali oleh negara lain sebagai bangsa Malaysia yang mempunyai kepelbagaian kaum yang unik dan berbeza budaya. Malah, bahasa Melayu juga dapat memainkan peranan sebagai penyatu kepelbagaian tersebut melalui penggunaan bersama, atau satu bahasa untuk satu negara. Selain itu, Bahasa Melayu merupakan alat komunikasi dalam masyarakat di Malaysia yang mempunyai kepelbagaian kaum atau etniknya.Berdasarkan Kamus Dewan, komunikasi bermaksud satu interaksi di antara kehidupan untuk berhubung di antara satu sama lain di dalam kehidupan seharian. Bahasa Melayu juga boleh menjadi bahasa komunikasi kerana mempunyai ciri-ciri keintektualan bahasa. Pada peringkat sekolah dan peringkat pengajian tinggi, pelajar akan menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa untuk berkomunikasi dengan pelajar yang lain. Melalui cara komunikasi ini pelajar dapat mengenal antara satu sama lain dan juga dapat membentuk satu penyatuan kaum. Seterusnya, dengan penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah, komunikasi di antara kaum dapat diperluaskan dengan hubungan komunikasi yang dapat membantu dari segi mengenali antara satu sama lain dengan menggunakan bahasa Melayu, seterusnya dapat mengeratkan hubungan di antara kaum. Di samping itu, Bahasa Melayu merupakan bahasa Ilmu. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa ilmu setelah sekian lama. Ini dapat ditunjukkan dalam penggunaan untuk mengungkap konsep-konsep dan proses-proses yang tinggi serta kompleks , terutama sekali dalam bidang agama, falsafah, sastera dan budaya. Konsep-konsep ini dapat dilihat dalam pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan di sekolah. Selain diperingkat sekolah, pusat pengajian tinggi menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan turut dipelajari oleh pelajar diluar negara dalam menuntut ilmu di dalam negara ini. Kesimpulanya, Bahasa Melayu merupakan satu bangsa yang boleh digunakan dalam sistem pendidikan negara untuk bahasa ilmu, bahasa perpaduan, bahasa komunikasi dan pelbagai lagi kegunaan bahasa Melayu yang mampu melonjakkan martabat bahasa. Selain itu, bahasa Melayu yang menjadi Bahasa Pengantar sememangnya dapat mewujudkan penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara lapisan pelajar di peringkat sekolah mahupun institusi pengajian tinggi. Oleh itu, Kedudukan bahasa Melayu perlu dimantapkan untuk menjamin kekuatan dalam penggunaanya secara meluas dari semua peringkat seperti dari segi sistem pendidikan, pentadbiran dan sebagainya.