“Mungkinkah Berlakunya Peristiwa 13 Mei Jika Saudara/Saudari Tidak Memainkan Peranan Dalam Mengukuhkan Kesepaduan Sosial Di Malaysia?” Beri pendapat saudara/saudari?
What is the answer to this question?NUR FARHANA BINTI ABDUL AZIZ D20151070064 HUBUNGAN ETNIK (A) UPSI Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan sejarah hitam di dalam negara kita, di mana rusuhan berlaku antara kaum selepas 12 tahun Malaysia memperolehi kemerdekaan. Perkara ini jelas mengambarkan bahawa kesepaduan antara kaum belum lagi kuat pada tahap itu. Peristiwa bermula setelah keputusan Pilihan Raya Umum 1969 diumumkan, Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan dimana majoritinya berbangsa Cina telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Kaum Cina mula melontarkan kata-kata yang berunsur perkauman dan telah menaikan semangat kaum Melayu untuk membuat serangan berbalas. Oleh itu, pada 13 Mei 1969, sejarah hitam negara telah berlaku di mana rusuhan dan pergaduhan antara kaum berlaku, ramai yang cedera teruk dan juga maut dalam pertingkahan itu. Namun begitu, perkara ini dapat diselesaikan oleh kerajaan dengan baik. Kerajaan mula sedar perlu wujudnya ideologi seperti Rukun Negara dibentuk bagi menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama. Hal yang demikian boleh berulang lagi jika hubungan antara kaum tidak dijaga. Proses komunikasi antara kaum perlulah dijaga agar unsur perkauman tidak wujud dan hubungan antara kaum dapat dijaga seterusnya dapat menwujudkan hubungan yang harmoni.