1. Apakah pandangan anda mengenai aktiviti yang dijalankan oleh JPNIN dalam memupuk semangat perpaduan kaum dalam kalangan kanak-kanak tadika?
ia dapat mendedahkan setiap peserta terhadap kepelbagaian keunikan setiap suku kaum yang ada di negara ini. “Usaha tersebut perlu diteruskan agar jalinan hubungan perpaduan semua kaum di negara ini akan terus utuh selain menjadi contoh terbaik kepada golongan generasi muda,” katanya di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penyerahan keluarga angkat daripada Semanjung, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak sempena Pesta Kaamatan peringkat negeri 2015 di Dewan Serbaguna Kementerian Belia dan Sukan Bahagian negeri.
2. Adakah aktiviti yang dijalankan ini berkesan dalam memupuk semangat perpaduan kaum dalam kalangan kanak-kanak tadika?
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) tahun ini berusaha meningkatkan prestasi tabika perpaduan dalam pelbagai bidang bagi membentuk insan berkualiti pada masa hadapan. Pengarah JPNIN Negeri Sembilan, Safidah Abu Samah berkata, JPNIN kini dalam proses memberikan penarafan bintang ke seluruh tabika perpaduan di negeri ini yang mana setiap tabika sekurang-kurangnya perlu mencapai standard empat bintang. Menurutnya, sekiranya mana-mana tabika perpaduan tidak mencapai tahap empat bintang itu, mereka perlu memberikan penjelasan kepada pihak jabatan dan seterusnya memperbaiki lagi pengurusan serta pendidikan buat kanak-kanak di tabika mereka.