Soalan 1
Apakah impak globalisasi kepada negara kita Malaysia?Pengenalan: Globalisasi bererti dunia tanpa sempadan akibat kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi Berlaku aliran barangan, perkhidmatan, idea dan maklumat secara bebas antara negara tanpa sekatan. Globalisasi membawa kebaikan dan keburukan. Idea (Impak baik) Huraian 1 Globalisasi memajukan ekonomi negara Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mempergiat perdagangan antarabangsa Peniaga dapat meluaskan pasatan ke seluruh dunia Persidangan video, internet dan e-mel telah memudahkan perhubungan E-dagang dan e-perbankan juga dapat dijalankan Peniaga dan pengguna menual dan membeli barangan melalui intrnet Ekonomi negara berkembang pesat 2 Globalisasi mewujudkan persefahaman sejagat Sistem komunikasi yang menghubungkan seluruh dunia memudahkan interaksi Pertukaran pengetahuan, pengamalan budaya dan sebagainya bergerak dengan bebas Menjalin hubungan erat dan mengurngkan salah faham Peristiwa yang berlaku di seluruh dunia dapat diketahui dengan serta-merta Membolehkan bantuan diberikan dengan segera 3 Pemindahan teknologi bertambah pesat Pelaburan asing membawa teknologi baru ke sesebuah negara Pelabur asing menubuhkan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) Rakyat tempatan berpeluang untuk mempelajari dan memiliki teknologi canggih Rakyat tempatan mampu menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D). 4 Politik Hubungan yang erat dalam bidang politik antara Malaysia dengan negara-negara lain akan memberi kesan yang baik dalam bidang yang lain seperti bidang ekonomi dan sosial . Kebanyakan kerajaan telah menggubal peraturan global dan institusi untuk menangani isu seperti perdagangan, hak asasi, dan alam sekitar. 5 Sosial Sistem pendidikan akan terus berkembang maju dengan adanya internet. Pendidikan jarak jauh dapat dilaksanakan dengan berkesan sama ada di dalam atau di luar negeri. Pendidikan bertaraf dunia dapat diwujudkan di Malaysia dalam era globalisasi. Pendedahan pelbagai maklumat kepada rakyat Malaysia conth: bidang perubatan- makanan berkhasiat, senaman yang betul. Ilmu-ilmu ini menjadikan rakyat Malaysia berilmu pengetahuan yang luas. 6 Ekonomi Wujudnya perdagangan bebas, pengaliran modal secara bebas, menggalakkan persaingan, peluasan pasaran,peningkatan kualiti prosuk dan berlakunya aliran buruh mahir dan separa mahir(pemangkin kepada kemajuan negara) Syarikat-syarikat multinasional Malaysia juga telah meningkat pelaburan mereka ke seluruh dunia seperti Syarikat Telekom Malaysia Berkad, Maybank dan Petronas – sebaris dengan syarikat gergasi luar negara. Impak buruk 4 Globalisasi menyebabkan penjajahan ekonomi Kedudukan ekonomi negara mundur dan negara sedang membangun diketahui negara maju. Negara maju dapat memanipulasikan ekonomi negara-negara lain demi kepentingannya Negara maju mempengaruhi minda penduduk Dunia Ketiga 5 Globalisasi menyebabkan pencemaran budaya Budaya liar dari Barat dapat disebarkan melalui internet dan televisyen satelit Budaya liar ini langsung tidak ditapis Generasi muda terikut-ikut akan nilai runtuh Budaya Barat menjadi dominan Budaya tempatan yang murni akhirnya terkikis Anak tempatan hilang identiti diri dan runtuh akhlaknya 6 Politik Campur tangan atau bantuan kepada kumpulan-kumpulan tertentu untuk menggulingkan kerajaan sedia ada seperti negara Afghanistan, Libya, Iraq, Sudan, Mesir dan lain-lain atas alasan mereka membangunkan senjata nuklear atau memberi latihan kepada kumpulan pengganas Pengintipan untuk mendapatkan maklumat oleh negara-negara maju terhadap musuh mereka. Penggodaman sistem pertahanan – mencari kekuatan dan kelemahan sistem pertahanan sesebuah negara 10 Pendidikan Peminggiran penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu – bahasa Inggeris lebih diutamakan terutamanya IPTS bahasa Inggeris digunakan dalam internet Penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar kurang baik 11 Ekonomi Penghakisan dasar perlindungan produk tempatan – produk tempatan tidak lagi dilindungi dan terpaksa bersaing dengan produk luar negara Monopoli syarikat multinasional – syarikat-syarikat kecil akan ketinggalan dan seterusnya terpaksa gulung tikar keranatidak mampu bersaing dengan syarikat-syarikat besar dalam dan luar negara. Ancaman terhadap barangan dan perkhidmatan tempatan Ancaman ke atas industri kecil dan sederhana (IKS) Kesukaran untuk mengawal aliran modal asing dan penghakisan kedaulatan ekonomi negara. Serangan mata wang – nilai mata wang negara jatuh – kemelesetan ekonomi berlaku Manipulasi pasaran sahan saham – menyebabkan pasaran saham tempatan jatuh dan akan menyebabkan ekonomi Malaysia jatuh kerana pelabur-pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap keyakinan ekonomi Malaysia 12 Teknologi Penyalahgunaan teknologi akan membahayakan manusia seperti teknologi nuklear - boleh dibuat senjata nuklear, kebocoran tenaga nuklear Teknologi pembuatan senjata-senjata moden telah banya memusnahkan kehidupan manusia Pengintipan yang dilakukan oleh negara-negara maju melalui satelite untuk mendapatkan maklumat negra-negara musuh mereka.
Soalan 2
Apakah impak globalisasi kepada tindakan pengukuhan (affirmative action) dan hubungan etnik di Malaysia?done
Soalan 3
Bagaimanakah pihak universiti menangani arus globalisasi dalam kalangan pelajar?Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik, dan teknologi siber. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan di antara sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat. Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Manakala cediakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan. Dalam era globalisasi ini, dunia semakin dikecilkan ruangnya daripada yang asal. Jika dulu dunia ini seluas saujana mata memandang dan dipagari dengan sempadan-sempadan namun kini ia tidak berlaku lagi. Malah pada hari ini kita telah dapat merasakan apakah dia itu globalisasi. Ledakan teknologi maklumat yang pesat merupakan medium utama kepada agenda globalisasi ini. Dunia bukan sahaja tidak bersempadan geografi tetapi pengaruh globalissasi menjangkau sempadan ekonomi, teknologi, bahasa, budaya, ideologi, politik dan dari segenap aspek kehidupan sesebuah masyarakat. Kerajaan Malaysia memberi keutamaan kepada globalisasi ekonomi. Di samping itu, ia memberi perhatian besar kepada globalisasi maklumat dan ilmu dan globalisasi saintifik serta teknologi. Kesungguhan Kerajaan dalam menangani tiga jenis globalisasi ini jelas kelihatan pada berbagai-bagai bentuk wacana di peringkat nasional dan peringkat antarabangsa seperti dialog, seminar, persidangan dan forum dan juga pada penubuhan berbagai-bagai jenis institusi dan projek. Koridor Raya Multimedia (MSC) adalah simbol harapan serta kemegahan Malaysia dalam menyahut panggilan globalisasi. Globalisasi juga merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir dan gaya bertindak dari satu daerah dunia kepada daerah dunia yang lain. Globalisasi yang diberi erti luas ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan. Hakikatnya globalisasi itu sudah wujud sebelum istilah globalisasi diperkenalkan lagi. Fenomena globalisasi boleh dikiaskan sebagai gelombang yang melanda dunia. Takrifan pendidikan juga amat penting supaya kita dapat memahami dengan lebih lanjut serta mendalam dengan tajuk yang ingin diselami. Pendidikan, mengikut pandangan umum, ialah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Pengertian bagi pendidikan pula mempunyai perbezaan bagi setiap individu. Dapat diberikan contoh pengertian daripada tokoh-tokoh falsafah iaitu Plato yang telah memberikan takrifan pendidikan sebagai suatu proses untu membentuk individu yang berakhlak mulia. Beliau telah menyokong pendapat Socrates bahawa tujuan pendidikan ialah memberikan latihan moral kewarganegaraan yang baik. Komputer merupakan salah satu alat komunikasi pada zaman globalisasi ini. Komputer boleh direkabentuk supaya ia dapat membantu pelajar secara individu dan secara berkumpulan. Ini dapat dijalankan dengan menggunakan Arahan Program, pelajar akan diajar mengikut kadar dan tahap yang boleh diterima oleh mereka. Ini adalah penting supaya pelajar tidak tercicir dan putus asa. Merujuk kepada sistem pendidikan konvensional, kesemua pelajar terpaksa mengikuti sistem yang berlangsung tanpa mengambil kira samada mereka dapat mengikuti pelajaran tersebut. Justeru itu, arahan program dapat memberi peluang terutamanya kepada golongan pelajar "lemah" untuk membaiki kelemahan dia. Dalam arahan program ini, pelajar akan mengikuti langkah-langkah tertentu dalam pembelajarannya, langkah tersebut akan diteruskan asalkan pelajar dapat memberi jawapan yang sesuai dan boleh diterima. Namun sekiranya jawapan tersebut tidak memuaskan, dia akan dipandu kepada langkah terdahulu dan ditunjukkan bahan rujukan yang berkaitan bagi memperbaiki kelemahan tersebut. Pengajaran sedemikian biasanya tidak dijalankan di dalam kelas yang terdiri daripada ramai pelajar, tambahan pula pelajar Asia yang kurang bertanya akan memburukkan lagi proses pembelajaran pelajar. Selain itu, pendidikan jarak jauh dibolehkan dengan wujudnya rangkaian pendidikan yang lengkap. Trenda semasa semakin menampakkan masa depan pengajaran dengan cara jarak jauh tetapi ini tidak bermakna pendidikan konvensional perlu dihapuskan sama sekali. Sesetengah daripadanya perlu dikekalkan bagi membolehkan pelajar membelajari kemahiran tertentu yang tidak boleh diperolehi melalui teknologi maklumat. Contohnya cara persembahan menggunakan komputer amat berbeza dengan cara konvensional. Namun kita tidak harus bergantung sepenuhnya kepada komputer dan melahirkan golongan yang tidak mampu berinteraksi tanpa komputer. Justeru itu, sistem pendidikan perlu membekalkan kemahiran interaksi asas pada awal persekolahan dan menggunakan teknologi maklumat pada masa yang sama. Dengan itu, pelajar mempunyai kemahiran lebihan dan pilihan untuk menggunakan teknologi maklumat atau cara konvensional sesuai dengan keadaan tertentu. Seterusnya, peningkatan prestasi pencapaian sekolah kebangsaan perlu dilakukan supaya menjadi sekolah pilihanrakyat. Sekolah merupakan tapak semaian penting bagi memupuk perpaduan negara dan menyemai semangat integrasi nasional. Pelbagai langkah perlu diambil ke arah memperkasakan sekolah kebangsaan supaya ianya menjadi sekolah pilihan semua kaum. Kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah kebangsaan juga perlu ditingkatkan. Kurikulum dan aktiviti kokurikulum di sekolah juga perlu dikaji semula untuk memastikan ia menyediakan asas kukuh dan bersesuaian dengan kehendak semasa. Peluang pendidikan bagi kanak-kanak istimewa dan yang mengalami masalah pembelajaran juga perlu ditingkatkan. Langkah seterusnya ialah dengan mewujudkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan institusi tertiari memenuhi kehendak majikan. Langkah untuk mempertingkat kualiti pendidikan tertiari akan terus dilaksanakan. Institusi pengajian tinggi tempatan perlu diberi tanda aras mengikut piawaian antarabangsa. Bagi memperkukuh keupayaan penyelidikan di universiti tempatan, jalinan kerjasama dengan institusi terkemuka di peringkat antarabangsa dan juga swasta perlu dilaksanakan agar misi ini berjaya menjelang 2020. Institusi pengajian tertiari juga hendaklah meneliti kursus-kursus yang ditawarkan sejajar dengan keperluan semasa Selain itu, dengan mengadakan lebih banyak tempat untuk pembangunan kemahiran, latihan dan pembelajaran kepada tenaga buruh pada setiap peringkat dan umur termasuk kemahiran penggunaan ICT, misi ini boleh dicapai. Keupayaan dan keberkesanan sesuatu latihan untuk melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran perlu ditingkatkan dengan membanyakkan institusi latihan awam, menambah kursus lanjutan dalam bidang-bidang teknikal, serta menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam bidang latihan teknikal. Pengambilan pelatih teknikal juga perlu ditambah lagi agar misi ini dapat direalisasikan. Selain daripada itu, kemudahan-kemudahan bagi tujuan pendidikan juga akan terus bertambah bagi tujuan pembelajaran. Bersesuaian dengan dunia tanpa sempadan, kita seharusnya didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan supaya kita semua tidak ketinggalan. Maka, kemudahan-kemudahan inilah yang akan membantu kita sebagai alat bantu mengajar yang boleh dipercayai. Kepesatan arus globalisasi ini juga akan membuatkan pemikiran anak-anak generasi kita pada masa hadapan akan lebih jauh ke hadapan dengan bantuan pelbagai kemudahan yang di sediakan. Perdana Menteri kita, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah berkata ketika membentang Rancangan Malaysia Kesembilan, “ Dalam konteks dunia global, modal insan bermutu tinggi satu keperluan, bukan lagi kemewahan. Pembangunan modal insan dalam RMK-9 dirangka supaya bersifat holistik, menyeluruh dan bersepadu”. Melalui ungkapan beliau itu, beliau amat berharap agar negara kita akan mencapai hasrat dan aspirasi dan seterusnya menyertai barisan negara maju menjelang 2020.
Soalan 4
Adakah konsep kesaksamaan/kesamaratan dalam agihan dan pertumbuhan dari segi wilayah – Semenanjung Sabah dan Sarawak?done