Soalan 1
Tuliskan refleksi tentang video yang anda tonton tadi. Huraikan video yang anda tonton mengikut kronologi termasuk : • Masa • Tempat • Individu yang terlibatBerdasarkan video di atas, saya mengetahui bahawa peristiwa 13 Mei merupakan peristiwa dan tragedi hitam dalam sejarah negara yang melibatkan pergaduhan antara etnik Melayu, Cina dan India yang menyebabkan berlaku pertumpahan darah. Peristiwa ini menyebabkan kerajaan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak pada tahun 1970 hingga 1990. Dasar ini bertujuan untuk mewujudkan perpaduan, mengurangkan jurang perbezaan ekonomi, pendidikan, pembangunan dan sebagainya. DEB merangkumi dua objektif iaitu untuk membasmi kemiskinan dan pengstrukturan semula masyarakat dengan penghapusan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Dasar ini juga bagi membantu kaum Melayu untuk terlibat dalam sektor lain seperti perniagaan, perdagangan dan sebagainya. Falsafah yang menjadi panduan dalam mencapai perpaduan masyarakat ialah pertumbuhan dengan agihan yang berpusat kepada dimensi agihan antara etnik. Pelbagai institusi dan agensi ditubuhkan bagi mencapai matlamat DEB seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan sebagainya. Penyusunan semula masyarakat ialah memberikan banyak kelebihan dan faedah kepada kaum Bumiputera dan berjaya menaiktarafkan hidup kaum Bumiputera dan seterusnya ialah Dasar pembangunan Nasional adalah bertujuan untuk mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi bukan sahaja dalam kalangan etnik tetapi juga antara golongan kaya dengan miskin serta wilayah. Ketidakseimbangan ekonomi ini dapat dikurangkan berasaskan kepada pengagihan saksama untuk mencapai keadilan sosial. Dasar Wawasan Nasional pula menjadi pelengkap kepada DEB dan Dasar Pembangunan Nasional. Model Ekonomi Baru (MEB) diperkenalkan bagi menjadikan Malaysia sebagai negara maju yang berpendapatan tinggi.
Soalan 2
Nyatakan perasaan positif dan negatif anda: • Gembira, ceria serta memperoleh sesuatu bermanfaat daripada video. • Kecewa, sedih dan menerima pengaruh buruk daripada video.Kefahaman saya melalui video ini adalah,langkah mengatasi ketaksamarataan ekonomi di kalangan masyarakat di malaysia telah diambil iaitu Dasar Ekonomi Baru yang diasaskan oleh Tun Abdul Razak Dato' Hussein pada tahun 1971.D.E.B telah mewujudkan perpaduan dengan mengurangkan jurang perbezaan ekonomi ,pendidikan,pembangunan dan sebagainya yang merpakan strategi ke arah pembentukan perpaduan nasional. Objektifnya adalah untuk membasmi tahap kemiskinan di kalangan kaum dan menyusun semula masyarakat tanpa mengikut fungsi ekonomi dihapuskan. Selain itu, D.E.B juga bertujuan untuk menyatupadukan pelbagai etnik dan memberi peluang baru kepada kaum melayu untuk bergiat dalam bidang perdaganganperindustrian dan perniagaan. Dasar ini berprinsip untuk embaiki ketidakseimbangan ekonomi dan elakkan ketegangan antara kaum di samping mengukuhkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.Beberapa institusi baru telah diwujudkan untuk membantu mencapai objektif yang dirancang antaranya FELDA,MARA,FAMA,MARDI,RISDA dan PERNAS.
Soalan 3
Apakah yang dapat anda pelajari daripada video tadi?Berdasarkan video di atas, saya mengetahui bahawa peristiwa 13 Mei merupakan peristiwa dan tragedi hitam dalam sejarah negara yang melibatkan pergaduhan antara etnik Melayu, Cina dan India yang menyebabkan berlaku pertumpahan darah. Peristiwa ini menyebabkan kerajaan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru(DEB) yang diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak pada tahun 1970 hingga 1990. Dasar ini bertujuan untuk mewujudkan perpaduan, mengurangkan jurang perbezaan ekonomi, pendidikan, pembangunan dan sebagainya. DEB merangkumi dua objektif iaitu untuk membasmi kemiskinan dan pengstrukturan semula masyarakat dengan penghapusan pengenalankaum mengikut fungsi ekonomi. Dasar ini juga bavi membantu kaum Melayu untuk terlibar dalam sektor lain seperti perniagaan, perdagangan dan sebagainya. Falsafah yang menjadi panduan dalam mencapai perpaduan masyarakat ialah pertumbuhan dengan agihan yang berpusat kepada dimensi agihan antara etnik. Pelbagai institusi dan agensi ditubuhkan bagi mencapai matlamat DEB seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan sebagainya. Penyusunan semula masyarakat ialah memberikan banyak kelebihan dan faedah kepada kaum Bumiputera dan berjaya menaiktarafkan hidup kaum Bumiputera dan seterusnya ialah Dasar pembangunan Nasional adalah bertujuan untuk mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi bukan sahaja dalam kalangan etnik tetapi juga antara golongan kaya dengan miskin serta wilayah. Ketidakseimbangan ekonomi ini dapat dikurangkan berasaskan kepada pengagihan saksama untuk mencapai keadilan sosial. Dasar Wawasan Nasional pula menjadi pelengkap kepada DEB dan Dasar Pembangunan Nasional. Model Ekonomi Baru (MEB) diperkenalkan bagi menjadikan Malaysia sebagai negara maju yang berpendapatan tinggi.