1. Bagaimanakah kandungan buku-buku teks dapat memupuk hubungan etnik?
Pelbagai sejarah kaum diceritakan di dalam kandungan buku teks terutamanyan subjek sejarah. selain itu, didalam buku, bahasa yang digunakan difahami oleh semua masyarakat. Bagi buku sejarah, isi kandungannya mengenai sejarah sesebuah kaum serta akibat kejatuhannya turut diceritakan dan cerita ini dapat difahami oleh setiap lapisan masyarakat. oleh itu, kandungan tersebut dapat dijadikan iktibar agar mereka tidak mengulangnya.
2. Industri hiburan sebagai mekanisme pemupukan jalinan hubungan dalam kalangan masyarakat pelbagai budaya di Malaysia.
Hiburan merupakan sesuatu keperluan untuk manusia berhibur dan menghilangkan stress. Di Malaysia, terdapat pelbagai hiburan dan ia dikongsi oleh semua lapisan masyarakat. Contoh yang paling mudah dilihat ialah industri perfileman. Setiap cerita yang ditayangkan ditonton dan dilakonkan oleh campuran pelbagai etnik. Dari sudut ini ia dapat menggambarkan tiada batasan dalam perhubungan sesama masyarakay kerana dalam setiap perkara mereka boleh bergaul selagi tidak mengganggu sensitiviti.
3. Apresiasi seni (seni lakon, seni tampak, seni suara, seni reka, dll) dalam masyarakat pelbagai kaum.
Pelbagai jenis seni di Malaysia dapat menyatukan semua jenis masyarakat kerana seni tidak ada had batasnya. Di Malaysia, seni hampir dilupakan dan hanya segelintir sahaja masyarakat yang benar-benar memahami dan menghayati seni. oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan agar masyarakat khususnya remaja meminati seni dan menghayatinya.
4. Apakah kawalan-kawalan yang diperlukan dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia?
Antara kawalan yang perlu dilakukan dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia ialah dengan mengambil tindakan yang sepatutnya terhadap mereka yang cuba untuk mengucar-kacirkan keharmonian negara. Selain itu, pelbagai aktiviti menarik perlu dilakukan dimana aktiviti yang mampu menyatupadukan pelbagai jenis kaum di Malaysia.
5. Orientasi parti politik yang ada sekarang lebih cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?
Pada pendapat saya, masih terdapat parti politik yang cenderung ke arah perpaduan. Mereka masih memikirkan kesan negatif sekiranya masyarakat pelbagai kaum ini berpecah. Oleh itu, mereka berusaha untuk memajukan negara dan tidak mementingkan jawatan sahaja.
6. Orientasi Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang ada sekarang lebig cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?
Pada pendapat saya, NGO yang ada sekarang masih mementingkan kesepaduan kerana ahli-ahli mereka masih terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum. NGO juga banyak menekankan aktiviti kesepaduan sesama masyarakat. Contohnya, Pertubuhan Pertolongan Wanita (PPW). Sekiranya mereka tidak mementingkan perpaduan pasti mereka hanya memokuskan kepada satu kaum sahaja dalam menolong wanita.
7. Permainan tradisional masyarakat Malaysia sebagai warisan dan wadah memupuk persafahaman antara pelbagai etnik.
Malaysia memang terkenal dengan pelbagai jenis permainan tradisional kerana hampir setiap kaum mempunyai permainan tradisional masing-masing. contohnya bagi masyarakat Melayu Kelantan, permainan yang terkenal ialah Wau dan Gasing. Permainan ini merupakan permainan yang dikenali dan diminati oleh kaum lain juga. Melalui permainan tradisional ia mampu memupuk persefahaman antara pelbagai etnik terutamanya ketika sesuatu pertandingan dijalankan.