OpenLearning

Soalan 1

Kenalpasti ciri-ciri utama sistem pendidikan di Malaysia berdasarkan sejarah perkembangannya dari zaman sebelum merdeka hingga kini.
Hala tuju pendidikan di Malaysia adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, yang digubal bertujuan untuk melahirkan generasi masa depan yang seimbang dan harmoni daripada segi intelek, emosi, rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Sistem pendidikan ini juga adalah untuk melahirkan ciri-ciri rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, berakhlak dan berketrampilan yang dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Selain itu, sistem pendidikan di Malaysia yang diamalkan sekarang dibentuk berasaskan cadangan dan laporan beberapa jawatankuasa pendidikan yang ditubuhkan khas untuk mengkaji sistem persekolahan di Tanah Melayu. Jawatankuasa ini memberi pelbagai cadangan yang menjadi asas kepada pembentukan sistem pendidikan kebangsaan seterusnya memperkenalkan falsafah pendidikan kebangsaan yang menjadi landasan dan halatuju utama sistem pendidikan . Sehubungan itu, tugasan ini adalah untuk menjelaskan mengenai konsep-konsep hala tuju pendidikan di Malaysia pada masa kini bagi mencapai matlamat modal insan kelas pertama. Terdapat cabaran dalam mengubah hala tuju pendidikan pada masa kini yang tidak berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Seterusnya kami juga mengaitkan pendekatan yang telah diambil oleh kerajaan dan pendapat oleh ahli kumpulan untuk penambahbaikkan hala tuju pendidikan di Malaysia dalam beberapa isu halatuju pendidikan yang berbangkit. Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan satu landasan yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan untuk membentuk modal insan kelas pertama.Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Fokus Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah pendidikan merupakan satu usaha yang berterusan. Pendidikan merupakan proses pemulihan dan pemindahan pengetahuan, nilai murni, dan kemahiran berterusan sejak kecil hingga akhir hayat melalui peringkat awal, peringkat sekolah dan peringkat selepas sekolah. Pada peringkat awal menerapkan pendidikan asas di rumah dan tadika yang menitikberatkan pertuturan, bimbingan agama, asuhan budi pekerti dan penjagaan kesihatan. Peringkat sekolah pula ialah pendidikan di sekolah rendah dan menengah yang menekankan aspek perolehan ilmu, pengetahuan dan kemahiran, penghayatan agama, nilai murni dan pembentukan jati diri. Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga menekankan fokus kepada mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu melalui empat potensi iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek. Potensi intelek memberi fokus kepada daya berfikir dalam aspek 3M (membaca, menulis dan mengira), berfikir secara kritis dan kreatif serta memanfaatkan ilmu untuk diri dan orang lain. Emosi pula mempunyai perasaan jiwa yang kuat dengan mempunyai cirri-ciri seperti tenang, kasih sayang, perpaduan dan keceriaan. Rohani pula berkaitan dengan sifat kejiwaan dan kebatinan seperti menghargai dan bersyukur kepada Tuhan, membentuk akhlak mulia, memupuk dan membina disiplin. Manakala jasmani memberi tumpuan kepada perkembangan tubuh badan yang sihat seperti menjaga kesihatan badan, melakukan riadah dan meningkatkan daya pengeluaran. Sebelum Falsafah Pendidikan Kebangsaan dibentuk, hala tuju dan falsafah pendidikan di Tanah Melayu berbentuk pra-merdeka yang terbahagi kepada dua peringkat iaitu era masyarakat tradisional dan era masyarakat penjajahan. Ciri-ciri pendidikan era masyarakat tradisional ialah pembelajaran secara turun-temurun yang diwarisi. Hala tuju pendidikan pada era masyarakat tradisional berbeza dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu pendidikan berasaskan proses pembelajaran untuk melahirkan insan yang berkebolehan dalam aspek teknik dan praktikal. Perkembangan pendidikan era masyarakat tradisional ialah menghasilkan sekolah-sekolah pondok dan madrasah yang berteraskan agama Islam. Selain itu,pendidikan juga berpaksikan kepada falsafah pendidikan Islam yang mampu melahirkan masyarakat yang menjiwai dan mengaplikasikan agama dalam kehidupan harian. Hala tuju pengajian pada peringkat ini lebih menekankan aspek teknik dan praktikal berbanding Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan potensi individu secara menyeluruh dalam semua aspek. Era penjajahan telah mengubah sistem pendidikan tradisional dengan amat ketara. Kedatangan Inggeris telah mengubah corak pendidikan era tradisional yang berorientasikan keperluan identiti kaum. Terdapat lima jenis pendidikan yang berbeza iaitu orang Barat telah menubuhkan sekolah Inggeris, sekolah Melayu, sekolah pondok, sekolah vernakular Cina dan sekolah vernakular Tamil. Falsafah pendidikan sekolah Melayu berbentuk kemahiran yang sengaja disalurkan mengikut dasar untuk mengekalkan masyarakat Melayu sebagai kaum tani. Kurikulum sekolah Melayu tidak berkembang selain mendapat pendidikan dasar selama empat tahun. Falsafah pendidikan Cina lebih cenderung untuk meningkatkan kemahiran dan penguasaan dalam bidang matematik, sains dan sebagainya. Manakala hala tuju sistem pendidikan Tamil telah mengalami perubahan kerana dasar pentadbiran Inggeris yang memberi bantuan dan kemahiran. Penubuhan sekolah Inggeris pula berteraskan falsafah untuk mengembangkan agama Kristian dan ideologi penjajah Inggeris. Landasan yang digunakan pada era penjajahan adalah mengikut dasar penjajah iaitu dasar pecah dan perintah. Akibat ketidakseimbangan pihak Inggeris dalam pendidikan, beberapa laporan kajian seperti Ordinan Pelajaran(1952), Laporan Barnes(1950), Laporan Fenn-Wu(1951) dan Laporan Razak(1956) telah membawa perubahan yang besar dalam hala tuju dan falsafah pendidikan di Malaysia. Pada era 1971 -1990, dasar ekonomi baru diperkenalkan bagi merapat jurang sosio ekonomi antara kaum. Bahasa melayu juga diperkenalkan sebagai bahasa pengantar utama. Skim pinjaman buku teks dan rancangan makanan tambahan juga dilaksanakan.Pada tahun 1982, Kurikulum Baru Sekolah Rendah dilaksanakan dan pada tahun 1987, Falsafah Pendidikan Kebangsaan diperkenalkan bagi menjadi landasan pendidikan di Malaysia. Setahun berikutnya iaitu pada tahun 1988, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dilaksanakan bagi menerap matlamat di dalam Falsafah Kebangsaan Malaysia.

Soalan 2

Bincangkan bagaimana ciri-ciri yang dinyatakan di atas mempengaruhi perhubungan antara pelajar-pelajar pelbagai kaum dan agama.
Umum mengetahui bahawa terdapat dua kesan dalam pelaksanaan sistem ini terhadap pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Kebaikan pertama ia akan menarik minat pelajar untuk meneroka lebih lanjut pengetahuan sedia ada. Hal ini berbeza dengan sistem lama yang lebih berjurus kepada buku teks semata- mata. Dengan sistem ini pelajar dapat mencari sendiri maklumat- maklumat yang dapat menajamkan pemikiran mereka, menambah ilmu pengetahuan dan mengekalkan asas perpaduan sedia ada antara pelbagai etnik di Malaysia melalui sistem pendidikan yang sama. Sebagai bukti sekolah bestari menggalakkan pengunaan ICT dalam pengajaran. Oleh hal demikian pelajar dapat meneroka lebih banyak maklumat menggunakan internet dan bahan- bahan bercetak yang lain. Dalam menjelaskan perkara ini, Kementerian Pelajaran telah menyediakan prasarana dan kemudahan yang lengkap bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Kemajuan internet dihujung jari ini menjadikan murid pelbagai kaum senang memperolehi pelbagai maklumat terutamanya yang melibatkan kaum di Malaysia seperti latar belakang, kebudayaan, adat resam dan keagamaan dengan hanya melayari internet dan suasana pembelajaran yang sama di Malaysia. Sebagai contoh sekolah Seri Bintang Utara di Cheras telah dilengkapkan dengan 470 buah komputer yang boleh digunakan oleh warga sekolah bagi sesuatu masa. Hal ini memudahkan urusan pelajar untuk mencari maklumat tanpa perlu beratur panjang atau menunggu giliran untuk mencari maklumat terutama pada mereka yang sering menggunakan waktu rehat persekolahan untuk pergi ke pusat sumber atau meluaskan masa untuk berehat sambil mencari maklumat. Semua pelajar tanpa mengira kaum dapat berkongsi maklumat dan kemahiran menerusi ICT dalam sisitem pendidikan sekolah yang sama. Keadaan ini dapat memupuk semangat perpaduan antara kaum sejak awal kanak-kanak lagi. Proses pembelajaran dan pengajaran akan menjadi lebih menarik kerana pelajar hari ini sudah bersiap sedia dan mempunyai pengetahuan sedia ada yang baik. Hal ini memudahkan tugas guru dalam menyampaikan maklumat kepada proses pembelajaran dan pengajaran disekolah. Pembelajaran akan lebih berpusatkan kepada pelajar dan guru berfungsi sebagai fasilitator semata-mata. Sistem pembelajaran yang berorientasikan teknologi maklumat menarik minat pelajar untuk meneroka pelbagai maklumat baru. Kesan kebaikan lain dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas ialah had tugasan yang terusun dan sistematik kepada tenaga pengajar dalam mencari pelbagai bahan dan untuk memulakan pengajaran dan pembelajaran. Semua maklumat tentang kaum, etnik dan akademik senang diperolehi pada bila-bila masa sahaja. Dengan ini masyarakat berbilang kaum akan lebih memahami budaya kaum lain untuk saling menghormati. Kesediaan pelajar untuk memulakan pelajaran pada tahap yang baik akan meningkatkan motivasi guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Berbanding dengan sekolah harian biasa yang rata- rata pelajarnya belum bersedia untuk memulakan pelajaran dan agak liat untuk berusaha dalam mencari maklumat yang perlu diketahui sebelum memulakan pengajaran. Dengan ini guru perlu menjalankan teknik koperatif bagi memudahkan pelajar berbincang sesama mereka mengenai topik tersebut. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih tersusun dan menarik. Semua pelajar akan belajar dan menguasai proses pembelajaran yang sama tanpa mengira kaum. Hal ini menggalakkan perpaduan kaum terus diamalkan di Malaysia dari semasa ke semasa.

Comments

Loading
Error: Loading CSS chunk default-node_modules_tanstack_react-query_build_umd_index_production_js-ReduxStorage_Certific-e39584 failed. (error: https://assets.openlearning.com/chunks_live/default-node_modules_tanstack_react-query_build_umd_index_production_js-ReduxStorage_Certific-e39584.525af0d26055fd3f.css)

Chat