| No. | Tajuk | Bidang | Laporan/Catatan ringkas |
|---|---|---|---|
| 1 | Perubatan tradisional | Kesihatan |
Sejenis amalan berkaitan kesihatan yang direka untuk mencegah atau memelihara kesejahteraan mental dan fizikal individu menggunakan terapi alternatif dan pelengkap. |
| 2 | Sukan tradisional mengikut kaum | Sukan dan rekreasi |
Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan masing-masing. |
| 3 | Amalan pantang larang selepas bersalin | Adat resam |
Walaupun kaum Melayu, Cina dan India mempunyai pantang larang semasa perkahwinan, perayaan dan juga bersalin tetapi pantang larang yang diamalkan oleh setiap kaum adalah berbeza. Inilah yang menunjukkan bahawa Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum majmuk. |
| 4 | Upacara kelahiran, perkahwinan dan kematian | Agama; Budaya; adat resam & kepercayaan | Kepelbagaian bangsa Malaysia ialah memiliki pelbagai kaum dan adat. Kepentingan adat resam dalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun tidak dapat dinafikan. Adat yang merangkumi seluruh aspek bermula dari kelahiran, perkahwinan sehinggalah kematian terdapat dalam hidup semua masyarakat di Malaysia. Adat resam merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu mayarakat yang dapat menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut. |
| 5 | Makanan/Minuman tradisional | Makanan; Budaya |
Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya. Malaysia kaya dengan pelbagai jenis makanan yang sungguh enak. Makanan merupakan salah satu perkara yang dapat menyatukan rakyat Malaysia menjadi 1Malaysia. |
| 6 | Perjuangan kemerdekaan | Politik |
Rakyat Malaysia amat istimewa jika dibandingkan dengan rakyat negara-negara lain kerana perjuangan mereka ke arah kemerdekaan telah berjaya dilakukan tanpa pertumpahan darah, kemusnahan harta benda atau melibatkan sebarang revolusi mahupun pemberontakan bersenjata. Kemerdekaan Tanah Melayu elah dicapai kerana wujudnya suatu faktor yang tiada pada negara-negara lain di dunia ini kebersatuan yang kukuh di antara pelbagai kelompok etnik yang mnganuti pelbagai kepercayaan, budaya dan agama. |
| 7 | Pemodenan dan pembangunan negara | Politik; Sosio-Ekonomi |
- sumber manusia dan fizikal - merupakan aspek kebendaan - dasar-dasar pembangunan negara dan matlamat - arah dan kesan pembangunan - jenis-jenis program |