siti hajar bt mat zan's 4.A3 : LATIHAN 3 - OpenLearning

Soalan 1

Apakah impak globalisasi kepada negara kita Malaysia?
Satu-satunya cabaran globalisasi yang perlu diperbahaskan di agenda paling atas adalah cabaran ke atas aspek sosial budaya. Cabaran ini adalah suatu persoalan yang sangat kritikal kerana sesudah terlerainya benteng sosio budaya sesuatu kelompok masyarakat belia dapat disempurnakan maka segala usaha untuk menerobos bidang — bidang yang lain akan menjadi lebih mudah. Golongan muda sebahagian besarnya sudah terheret di dalam proses globalisasi sosio budaya. Melalui pelbagai saluran, golongan belia akan menjadi dan terus menjadi sasaran utama globalisasi yang didalangi oleh syarikat-syarikat multinasional dan transnasional. Sesungguhnya tidaklah mengejutkan apabila sistem sosio budaya masyarakat muda kini sudah dirungkai sehingga segala nilai tradisi kita kini sedang melalui proses penghakisan yang amat ketara. Adalah terlalu ketara untuk menafikan mengenai wujudnya keadaan di mana anak-anak muda semakin menunjukkan tanda tercabut dari akar budaya, bangsa dan agamanya sendiri. Dalam keghairahan untuk mengejari gaya hidup global yang ditandai oleh pelbagai ciri kehidupan barat, anak-anak muda kita secara umumnya kini sudah tidak merasa bersalah untuk meniru secara bulat budaya hidup barat. Kita dapat saksikan globalisasi budaya ini dalam pelbagai bentuk kehidupan golongan belia.

Soalan 2

Apakah impak globalisasi kepada tindakan pengukuhan (affirmative action) dan hubungan etnik di Malaysia?
Pemisahan Fizikal timbul akibat daripada kesan dasar pecahdan perintah yang diamalkan oleh Britishsejurus mennjajah Malaysia . Ketiga-ketiga kumpulan kaum ini bukansahaja terasing daripada segi lokasitempat tinggal, malahan merekamenjalankan jenis pekerjaan yangberbeza. Sistem Pendidikan yang Berasingan Setiap golongan etnik mempunyai sistempendidikan yang tersendiri Sistem persekolahan yang memisahkanpelajar mengikut bahasa ibunda danperbezaan etnik kurang memainkanperanan yang berkesan bagi memupukintegrasi dan persefahaman dalamkalangan pelajar Polarisasi Dalam Kalangan Pelajar keterasingan pada peringkat sekolah rendah,kerenggangan pada peringkat sekolahmenegah dan institut pengajian tinggi awam(IPTA) serta institut pengajian tinggi swasta(IPTS) masih wujud Mereka lebih mudah menghantar anak-anakmereka ke Sekolah Jenis Kebangsaankerana merasakan struktur pendidikan disekolah tersebut dapat menjaminkecemerlangan akademik anak mereka

Soalan 3

Bagaimanakah pihak universiti menangani arus globalisasi dalam kalangan pelajar?
mewujudkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan institusi tertiari memenuhi kehendak majikan. Langkah untuk mempertingkat kualiti pendidikan tertiari akan terus dilaksanakan. Institusi pengajian tinggi tempatan perlu diberi tanda aras mengikut piawaian antarabangsa. Bagi memperkukuh keupayaan penyelidikan di universiti tempatan, jalinan kerjasama dengan institusi terkemuka di peringkat antarabangsa dan juga swasta perlu dilaksanakan agar misi ini berjaya menjelang 2020. Institusi pengajian tertiari juga hendaklah meneliti kursus-kursus yang ditawarkan sejajar dengan keperluan semasa

Soalan 4

Adakah konsep kesaksamaan/kesamaratan dalam agihan dan pertumbuhan dari segi wilayah – Semenanjung Sabah dan Sarawak?
konsep dalam agihan dan pertumbuhan dari segi wilayah adalah kesaksamaan

Comments

Chat