noor shafeqah's 8.A1 Aktiviti 1: Lagu Tema Hari Kebangsaan - OpenLearning

1. Apakah yang dimaksudkan dengan “Sehati Sejiwa?”


Menurut Kamus Dewan Edisi Kedua, sehati bermaksud seia sekata, sepakat dan bersatu hati. Manakala sejiwa membawa maksud keadaan hubungan yang sangat bulat dan sepakat menurut Kamus Dewan Edisi Keempat. Lantas perkataan "Sehati Sejiwa" bermaksud keadaan hubungan yang seia sekata, sepakat dan bersatu hati.

2. Pada pendapat anda kenapakah “Sehati Sejiwa” dipilih menjadi tema Hari Kemerdekaan 2015?


Pada pendapat saya, perkataan "Sehati Sejiwa" di pilih menjadi tema Hari Kemerdekaan 2015 demi menzahirkan semangat nasionalisme, kecintaan dan kebersamaan rakyat.Selain itu, tema ini juga berperanan merapatkan jurang di antara Semenanjung serta Sabah dan Sarawak, juga menyatupadukan hubungan semua rakyat tanpa mengira perbezaan kaum, bahasa mahupun agama melalui lagu dan media massa. Tema ini dapat dijadikan sebagai batu lonjakan demi mencapai perpaduan secara holistik.

3. Kenapakah pentingnya semua rakyat Malaysia perlu “Sehati Sejiwa?”


Kepentingan "Sehati Sejiwa" dalam atma rakyat Malaysia adalah bagi menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa agar menjadi satu unit yang bergerak seiring tanpa menpunyai sifat negatif seperti prasangka dan dengki . Bertepatan dengan peribahasa 'sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk' yang bermaksud sama-sama bertanggungjawab dan susah senang dirasai bersama. Tema "Sehati Sejiwa" dapat merialisasikan keinginan rakyat Malaysia yang inginkan keharmonian dalam perpaduan.

Comments

Chat