1. Apakah yang dimaksudkan dengan “Sehati Sejiwa?”
"Sehati Sejiwa" membawa maksud keadaan hubungan yang seia sekata, sepakat dan bersatu hati. Sehati Sejiwa juga menggambarkan keutuhan, perpaduan dan kesefahaman.
2. Pada pendapat anda kenapakah “Sehati Sejiwa” dipilih menjadi tema Hari Kemerdekaan 2015?
Pada pendapat saya, perkataan "Sehati Sejiwa" dipilih menjadi tema Hari Kemerdekaan 2015 untuk mengingati semua rakyat Malaysia supaya taat setia tanpa berbelah bahagi. Selain itu, tema ini juga digunakan untuk memupuk jiwa raga dan kesetiaan hanya kepada tanah air tercinta. Tema ini juga ingin menanam semangat patriotisme dan cinta akan negara dalam kalangan rakyat. Semua rakyat Malaysia diseru untuk berhidup bersama secara aman dan harmoni tanpa mengira agama, bangsa dan budaya demi mencapai Wawasan 2020 .
3. Kenapakah pentingnya semua rakyat Malaysia perlu “Sehati Sejiwa?”
Semua rakyat Malaysia perlu “Sehati Sejiwa” kerana perpaduan masyarakat adalah amat penting bagi menjamin keselamatan, kestabilan, keharmonian dan kemajuan negara. Bah kata pepatah, bersatu teguh, bercerai roboh, oleh itu, semua rakyat harus bersatu padu dan “Sehati Sejiwa” serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri untuk menggerakkan negara kita ke arah yang lebih maju dan melahirkan negara yang harmoni demi kesejahteraan hidup.