1. Apakah tiga aspek yang memainkan peranan penting dalam proses membina kesepaduan antara etnik?
Tiga aspek ialah kepelbagaian makanan setiap kaum cina, india dan melayu. aspek kedua ialah melalui perayaan dan aspek ketiga ialah kesenian daripada pelbagai etnik kaum serta melalui media sosial.
2. Aspek kepelbagaian makanan memberikan ruang kepada pembentukan .............
Kesepaduan sosial yang mencerminkan latar belakang kehidupan masyarakat Malaysia yang bersifat pelbagai.Setiap kumpulan etnik memiliki warisan jenis makanan yang beraneka warna dan rasa serta memaparkan sejarah masakan yang menarik untuk diketahui, dipelajari dan seterusnya dimiliki bersama. Keadaan ini telah menjadikan Malaysia memiliki aset yang amat bernilai dari segi kepelbagaian makanan yang bukan hanya menyumbang dalam proses mengeratkan ikatan perpaduan tetapi juga sebagai satu daripada produk yang menarik dalam industri pelancongan di peringkat tempatan dan antarabangsa. Dalam sektor pelancongan, promosi Malaysia sebagai destinasi ‘syurga makanan’ dengan tema Malaysian Cuisines merupakan salah satu asas kepada penonjolan pelbagai jenis makanan merentas etnik yang turut membentuk identiti masyarakat Malaysia. Dalam promosi tersebut nasi lemak sebagai contoh merupakan sajian yang popular di Malaysia kerana keenakannya dan nasi ini pula mudah disediakan. Nasi lemak yang pada asalnya sebagai hidangan untuk sarapan pagi dalam kalangan etnik Melayu tetapi kini telah menjadi pilihan semua etnik di Malaysia. Bertitik tolak daripada menjadi hidangan sarapan pagi, namun kerana penerimaan meluas dalam kalangan masyarakat setempat dan antarabangsa, kini nasi lemak bukan sahaja untuk hidangan sarapan pagi tetapi boleh didapati sepanjang masa dan setiap hari.
3. Apakah dua jenis ruang sosial makanan?
Ruang awam dan ruang bukan awam.
4. Berikan maksud makanan yang termasuk dalam ruang bukan awam.
Berkaitan dengan acara keagamaan atau kepercayaan. Contoh: Makanan larangan berkaitan dengan acara tertentu dalam meraikan keagamaan.
5. Keperluan ................. bersifat relatif dan tidak bersifat mutlak tetapi keperluan ini merupakan sumber penting untuk meningkatkan kualiti hidup.
Rohani
6. Karya yang dihasilkan Chuah Thena Teng sarat dengan unsur ................... apabila beliau mengubah teknik lukisannya yang berlatarbelakangkan negara Cina, tempat beliau mendalami ilmu seni lukis.
.Akulturasi.
7. Sam Karuna telah memperbaharui teknik lukisannya melalui medium batik dengan memperkenalkan teknik yang dipanggil ....................
'dyetic’ sebagai suatu teknik yang terhasil daripada proses penyatuan antara teknik tradisonal dengan teknik baharu yang beliau cipta sendiri
8. Apakah dua badan yang telah menerbitkan beberapa iklan pesanan khidmat sosial yang berkaitan degan perpaduan?
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia(FINAS) dan Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) serta Sistem Penerbangan Malaysia (MAS).
9. Siapakah salah seorang rakyat negeri Perak yang telah menerima Ikon 1Malaysia yang telah berjaya membawa kehidupan rakyat di layar perak dan akhbar?
Allahyarham Yasmin Ahmad dan kartunis Lat atau nama sebenarnya Datuk Mohamad Nor Khalid.
10. Perkembangan ................... telah membolehkan maklumat dalam semua bidang diserbarkan ke seluruh dunia dengan pantas merentas sempadan geografi.
Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)