Farah Syahirah Binti Rosli's 8.A9 Aktiviti 9: Peristiwa 13 Mei - OpenLearning

“Mungkinkah Berlakunya Peristiwa 13 Mei Jika Saudara/Saudari Tidak Memainkan Peranan Dalam Mengukuhkan Kesepaduan Sosial Di Malaysia?” Beri pendapat saudara/saudari?

What is the answer to this question?
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan sebuah tragedi berdarah yang melibatkan kaum Melayu dan Cina. Menurut sejarah, peristiwa ini berlaku berikutan daripada permainan sentimen perkauman antara kaum Melayu dan Cina semasa pilihanraya tahun 1969. Konflik antara Melayu dan Cina terjadi berikutanh perbezaan jurang ekonomi yang terlalu besar antara kedua kaum. Keadaan ini menimbulkan ketidak puas hatian sebelah pihak atas pengagihan kekayaan yang tidak seimbang. Melalui peristiwa ini, dapat dlihat bahawa ekonomi memainkan peranan dalam membentuk kesepaduan kaum di Malaysia. Namun begitu, pada sisi lainnya, kita dapat lihat bahawa, tanpa kesepaduan kaum antara masyarakat Melayu dan Cina membawa kepada tragedi berdarah ini. Setiap individu tidak kira kaum harus memainkan peranan dalam membentuk perpaduan. Peristiwa 13x Mei berlaku disebabkan oleh sikap prejudis antara satu kaum kepada satu kaum yang lain sehingga membawa kepada rusuhan. Dalam proses ingin menyelesaikan masalah antara kaum, sepatutnya setiap kaum perlu mengambil langkah yang aman dan cuba mencari solusi secara harmoni. Setiapanggota masyarakat berbilang kaum perlu mempunyai nilai toleransi antara satu sama lain. Ini kerana dapat kita lihat rusuhan kaum yang berlaku itu adalah kesan draipada penyelesaian masalah secara agresif. Perkara ini mungkin boleh berlaku pad masa kini jika permasalahan antara kaum tidak diselesaikan secara aman.

Comments

Chat