Soalan 1
Kenalpasti ciri-ciri utama sistem pendidikan di Malaysia berdasarkan sejarah perkembangannya dari zaman sebelum merdeka hingga kini.Sistem pendidikan di Malaysia memunyai 5 fasa iaitu yang pertama ialah pendidikan semasa pemerintahan British (1824-1957), kedua pendidikan selepas kemerdekaan (1957-1970), ketiga pendidikan dalam era dasar ekonomi baru (1971-1990), keempat pendidikan dalam era dasar pembangunan nasional (1991-2000) dan yang kelima pendidikan dalam era dasar wawasan nasional (2001-2020). Oleh itu, terdapat banyak kepentingan pemerkasaa pendidikan ke arah kesepaduan sosial. Asas penyatuan masyarakat berbilang bangsa dan agama adalah melalui pendidikan. Sistem pendidikan Malaysia melalui pelbagai perubahan demi perubahan untuk mencapai matlamat kesepaduan masyarakat. Dahulu sebelum merdeka, setiap kaum menubuhkan sekolah masing-masing atau lebih dikenali sebagai sekolah vernakular seperti sekolah Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris.Kesemua sekolah tersebut mempunyai bahasa pengantar, kurikulum, buku dan guru yang dilantik sendiri. Kanak-kanak dari berlainan kaum tidak belajar bersama-sama melainkan mereka memasuki sekolah inggeris. Ciri sistem pendidikan dalam era Dasar Wawasan Nasional (2001-2020) berteraskan globalisasi, lideralisasi dan perkembangan ICT di samping menyahut cabaran untuk melahirkan modal insan yang berpengetahuan, cekap dan berdaya saing. Apa yang dapat disimpulkan, tujuan mereka memisahkan sistem pendidikan supaya perpaduan tidak wujud dikalangan rakyat Tanah Melayu. Sistem persekolahan ini merupakan satu sistem vernakular yang tidak seragam, dimana rakyat dibahagi mengikut kaum, kepentingan dan fungsi ekonomi mereka, menggunakkan bahasa pengantar yang berbeza terdapat di sekolah vernakular masing-masing, malah sekolah hanya terdapat di kawasan yang tertentu sahaja.Hal ini menyebabkan tiadanya persefahaman antara kaum kerana tiadanya interaksi antara kaum disebabkan sistem persekolahan vernakukar diwujudkan ketika itu. Sistem persekolahan pada zaman sekarang menjadi lebih baik di mana bahasa melayu digunakan sebagai bahasa pengantar, wujudnye sistem peperiksaan yang seragam, silibus pembelajaran yang seragam.
Soalan 2
Bincangkan bagaimana ciri-ciri yang dinyatakan di atas mempengaruhi perhubungan antara pelajar-pelajar pelbagai kaum dan agama.Sistem pendidikan malaysia pada hari ini telah diubah kepada dasar pendidikan Negara digubal pada peringkat pusat oleh Kabinet, Kerajaan dan Kementerian Pendidikan melalui sistem Jawatankuasa. Hal ini akan membantu untuk meningkatkan persefahaman dan dapat memupuk semangat perpaduan di kalangan pelajar. Mereka dapat bergaul antara satu sama lain dan mengelakkan daripada wujudnya perselisihan faham antara etnik. Manakala, semasa zaman pemerintahan British atau pun kolonial, mereka sama sekali tidak berminat untuk membangunkan rakyat di Tanah Melayu melalui pendidikan.Mereka cuba memisahkan antara etnik lain dengan etnik yang lain supaya tiadanya Persefahaman dan perpaduan dianggap diatara etnik-etnik yang berbeza.Ini akan menyebabkan berlakunya ketidaksefahaman supaya memastikan penjajahan Inggeris berterusan, mengekalkan eksplotasi ekonomi negara, memastikan bekalan tenaga kerja peringkat bawah untuk memenuhi keperluan – keperluan penjajah dan mengawal perkembangan semangat nasionalisme di kalangan penduduk tempatan. Dengan corak pendidikan pyang telah diperkenalkan oleh penjajah maka terdapat dua kesan utama, iaitu sistem pendidikan yang tidak ada keselarasan dari segi objektif, matlamat, kurikulum dan perkaedahan serta kewujudan masyarakat majmuk yang mempunyai ciri – cirinya yang tersendiri yang akan menyebabkan perpaduan sukar dicapai di Tanah Melayu.