Segregasi merujuk kepada suatu proses yang menyebabkan individu atau kumpulan sosial tertentu dipisahkan atau diasingkan dengan individu atau kumpulan yang lain. Pada zaman pemerintahan penjajah, pelbagai dasar yang telah diperkenalkan, antaranya ialh dasar pecah dan perintah. Konsep segregasi ialah suatu konsep di mana pengasingan dilakukan oleh pihak pemimpin. Pengasingan ini termasuklah dalam segi penempatan,yang mana kaum Melayu ditempatkan di kawasan kampung. Manakala etnik India ditempatkan di kawasan estet. Seterusnya, kaum Cina ditempatkan di kawasan bandar. Selain itu, pengasingan dari segi kemudahn awam dan sekolah. Kaum yang berada di kawasan bandar akan cenderung untuk mendapatkan pelbagai akses dan kemudahan yang disediakan oleh pihak pemimpin pada masa itu, namun ianya bersifat kontra bagi kaum yang tinggal di kawasan pedalaman dan kawasan kampung. Pengasingan melalui persekolahan ialah, kaum cina bersekolah di sekolah cina dan mereka dapat menyambung pelajaran pada tahap yang lebih tinggi. Manakala, kaum Melayu hanya diberikan tahap pendidikan yang rendah, dimana hanya pelajaran yang diberikan hanya berunsurkan pertanian . Hal ini sisebakan oleh, pihak penjajah British mahu mengekalkan ekonomi penduduk Tanah Melayu. Tambahan pula, kaum India hanya diberi pendidikan di sekitar kawasan estet sahaja. Hal ini telah membawa kesan yang negatif kepada perpaduan dan kesejahteraan rakyat pelbagai kaum di negara kita. Pemisahan atau segregasi ini menyebabkan kumpulan etnik kurang berinteraksi antara satu sama lain dan peluang mereka untuk saling memahami menjadi semakin terhad. Segregasi boleh bersifat rela dan tanpa rela.
Seterusnya konsep saling bergantungan ialah jalinan hubungan sosial secara berterusan terbina dalam kalangan anggota masyarakat Malaysia merentas etnik, agama, budaya dan bahasa menerusi interaksi sesama mereka. Saling bergantungan ini dapat dilihat apabila masyarakat di Malaysia saling memerlukan dalam urusan jual beli. Sebagai contoh, orang Melayu perlukan barang keperluan maka mereka akan mengunjungi kedai kaum cina, jika kaum India perlukan sayuran maka mereka akan membelinya dengan orang Melayu. Begitulah putaran tahap kebergantungan yang diamalkan oleh rakyat pelbagai kaum di Malaysia.
Integrasi pula adalah satu proses penyesuain bersama pelbagai kebudayaan dan ciri-ciri sosial yang dapat diterima oleh semua kelompok etnik, identiti, budaya, dan hak hidup sesuatu sesuatu kumpulan etnik tidak dihapuskan tetapi disuburkan. Malaysia lebih mengutamakan integrasi dalam usaha memupuk perpaduan demi membina kesejahteraan hidup rakyat. Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan etnik yang terpisah-pisah.