1. Bagaimanakah kandungan buku-buku teks dapat memupuk hubungan etnik?
Di Malaysia, pelbagai cara digunakan untuk mewujudkan perpaduan antara etnik di sekolah. Antaranya menerusi Dasar Pelajaran Kebangsaan yang menggunakan sukatan pelajaran, buku teks, peperiksaan, pakaian seragam, sistem latihan guru dan bahasa penghantar yang sama. Sebagai contoh dalam matapelajaran Pendidikan Islam dan Moral pendekatan yang lebih baik digunakan agar pelajar dapat memahami tentang keperluan moral, sosial, agama dan kepercayaan kepada tuhan serta menjadi warga negara yang baik. Pelajar-pelajar juga sering bergaul antara pelbagai etnik secara lebih dekat semasa diadakan kegiatan ko-kurikulum, kerja luar dan juga semasa belajar dalam kelas. Dengan cara kegiatan tersebut agak mudah untuk guru memupuk semangat bekerjasama antara etnik dan saling faham dan memahami antara satu dengan lain. Sebahagian daripada dasar dan tindakan strategik ini telah dilaksanakan dengan berkesan walaupun belum sepenuhnya. Misalnya dasar penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan, sekurang-kurangnya telah mewujudkan generasi dari pelbagai etnik yang lebih komunikatif antara satu sama lain dan lebih saling memahami. Walau bagaimana di waktu ini cabaran terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan antara etnik kadangkala dapat dilihat jelas. Walaupun Dasar Pendidikan Kebangsaan membenar sekolah dua aliran tetapi kita hendaklah memastikan matlamat penggunaan bahasa Melayu di semua sebagai alat integrasi tercapai. Sementara itu dalam Rancangan Malaysia Pertama, Kedua dan Ketiga, kerajaan terus memperkuatkan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan negara. Sebagai contoh dalam Rancangan Malaysia Ketiga penekanan utama dalam proses integrasi ialah dengan penggunaa bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar utama, pembentukan keperibadian, pembahagian sumber-sumber negara dengan lebih saksama dan penyatuan sistem pendidikan di Sabah dan Sarawak melalui sistem pendidikan kebangsaan pada akhir tahun 1960-an.. Oleh itu pembaharuan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang bertujuan untuk menggantikan kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam kurikulum yang sedia ada dengan unsur-unsur yang lebih mantap bagi memupuk integrasi antara etnik perlu disegerakan. Ini kerana Dasar Pelajaran Kebangsaan adalah teras bagi sistem persekolahan di negara kita. Dasar-dasar yang tidak sesuai daengan kehendak semasa haruslah digantikan bagi memastikan integrasi di peringkat sekolah dapat dilaksanakan dengana baik.
2. Industri hiburan sebagai mekanisme pemupukan jalinan hubungan dalam kalangan masyarakat pelbagai budaya di Malaysia.
Dapat disimpulkan bahawa industri hiburan merupakan salah satu mekanisma dalam pemupukan masyarakat pelbagai budaya di negara ini. Terdapat pelbagai bentuk hiburan yang dilihat mampu mewujudkan hubungan antara kaum. Antaranya ialah bidang perfileman yang sejak dahulu hingga kini mempunyai mesej perpaduan. Sebagai contohnya filem Talentime jelas menonjolkan unsur-unsur perpaduan di dalamnya. Melalui file mini, para penonton dapat menilai unsur atau mesej yang ingin disampaikan. Selain bidang perfileman, terdapat lagi bidang-bidang lain yang dilihat mampu mewujudkan perpaduan antara masyarakat pelbagai budaya termasuklah program-program hiburan, bidang muzik dan nyanyian, permainan alat muzik dan sebagainya. Usaha dalam menjadikan hiburan sebagai wadah pertemuan masyarakat pelbagai kaum adalah suatu yang harus dipuji. Namun, pencapaian hasrat ini hakikatnya terletak pada masyarakat itu sendiri. Sekiranya masih wujud perasaan etnosentrisme dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum, hal ini menganggu gugat tersapainya hasrat murni ini. Justeru itu, semua pihak seharusnya menyedari akan pentingnya pemupukan jalinan masyarakat yang pelbagai budaya di negara ini. Keberkesanan industri hiburan sebagai wadah perpaduan akan terlaksana sekiranya ada kesedaran dalam semua pihak. Perpaduan antara kaum bukan sahaja penting dalam mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan negara, bahkan merupakan benteng ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Maju menjelang tahun 2020 mengikut acuan sendiri.
3. Apresiasi seni (seni lakon, seni tampak, seni suara, seni reka, dll) dalam masyarakat pelbagai kaum.
Apresiasi Seni ialah menikmati, menghayati dan merasakan suatu objek atau karya seni lebih tepat lagi dengan mencermati karya seni dengan mengerti dan peka terhadap segi-segi estetiknya, sehingga mampu menikmati dan memaknai karya-karya tersebut dengan semestinya. Pengertian apresiasi secara umum adalah suatu penghargaan atau penilaian terhadap suatu karya tertentu. Biasanya apresiasi berupa hal yang positif tetapi juga bisa yang negatif. Apresiasi dibagi menjadi tiga, yakni kritik, pujian, dan saran. Sementara itu, orang yang ahli dalam bidang apresiasi secara umum adalah seorang kolektor atau pencinta suatu seni pada umumnya. Tetapi dalam memberikan apresiasi, tidak boleh mendasarkan pada suatu ikatan teman atau pemaksaan. Pemberian apresiasi harus dengan setulus hati dan menurut penilaian aspek umum.
4. Apakah kawalan-kawalan yang diperlukan dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia?
Beberapa langkah proaktif boleh diambil bagi mengekalkan dan mengukuhkan lagi semangat perpaduan yang telah wujud dalam kalangan masyarakat. Antaranya, rakyat Malaysia sering meraikan sambutan hari perayaan bersama-sama. Sebagai contoh,semua kaum bersama-sama meraikan Hari Raya Aidilftri dengan cara berkunjung ke majlis rumah terbuka yang diadakan. Selain itu,masyarakat yang berbilang bangsa perlu semasa perayaan yang disambut oleh kaum yang lain.Mereka juga akan lebih memahami serta menghormati adat dan budaya suatu kaum. Keadaan ini membolehkan masyarakat hidup dalam suasana yang lebih harmoni. Selain itu,aktiviti bergotong- royong akan mewujudkan semangat kerjasama antara kaum.Sebagai contoh,masyarakat bergotong-royong membersihkan kawasan tempat tinggal.Hasilnya,kualiti hidup masyarakat dapat ditingkatkan melalui persekitaran yang bersih.Selain itu,bantuan dan sokongan yang dihulurkan dapat meringankan bebanan yang dipikul oleh setiap anggota masyarakat,bak peribahasa ’berat sama dipikul,ringan sama dijinjing’. Terbukti bahawa aktiviti bergotong-royong dapat memupuk semangat muhibah dan kemesraan antara kaum. Pepatah ada mengatakan bahawa,’muafakat membawa berkat’,disamping menangani masalah secara bersama.
5. Orientasi parti politik yang ada sekarang lebih cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?
Tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan parti politik pada zaman sekarangberorientasi perpaduan. Sebagai contoh pada pilihan raya umum ke-12 iaitupada 8 Mac 2008, parti politik yang ada masa itu seperti Barisan Nasional (BN),Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dan Parti TindakanDemokratik(DAP). Masing-masingmempunyai manifesto tersendiri untuk memenangi undi rakyat. Manifesto parti-parti ketika itu lebih memenintingkan perpaduan untuk memenangi hati rakyatdan bukan khusus untuk kaum-kaum tertentu sahaja
6. Orientasi Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang ada sekarang lebig cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?
NGO yang ada sekarang lebih cenderung kepada perpaduan. Hal ini kerana, rakyat Malaysia tidak mahu mengulangi perkara yang sama semasa pemerintahan British dimana kaum-kaum dipecahkan mengikut kegiatan ekonomi masing.masing. Ini menunjukkan rakyat Malaysia mempunyai semangat perpaduan yang utuh dalam menjaga perpaduan dan keamanan yang sedia ada selepas kemerdekaan.
7. Permainan tradisional masyarakat Malaysia sebagai warisan dan wadah memupuk persafahaman antara pelbagai etnik.
Kepelbagaian masyarakat dari segi ras, etnik dan identiti etnik ini mencetuskan perbezaan individu-individu dalam banyak aspek seperti agama, pekerjaan, bahasa, dan politik (Marshall, 1994). Keadaan ini akan mencorak kepelbagaian budaya yang wujud dalam masyarakat heterogen di negara ini. Dalam hal ini, ahli masyarakat akan terus berinteraksi dan berkongsi pola kebudayaan mereka namun tidak kurang pula yang bersifat ekstrem dan teguh berpegang kepada prinsip mempertahankan budaya masing-masing. Hal ini bukan menjadi masalah besar sekiranya semua golongan masyarakat heterogen ini memahami akan konsep multikultural ini sepenuhnya. Menurut Hassan (1994) kefahaman yang hendak diwujudkan dalam masyarakat, mereka dapat: (1) menerima unsur perbezaan sosiobudaya yang wujud antara kaum-kaum di Malaysia, (2) menerima dan memahami kebudayaan setiap kaum dengan hati terbuka, (3) mendalami keunikan budaya yang wujud, (4) mengakui perbezaan kebudayaan antara kaum serta (5) mengiktiraf unsur perbezaan dan keunikan budaya setiap kaum. perbezaan dan keunikan budaya setiap kaum. Melalui pemahaman seperti ini, persefahaman budaya dapat disemai dan dipupuk dalam kalangan masyarakat.