Perpaduan antara seluruh warga masyarakat menjadi tonggak kepada keberhasilan dan keharmonian sesuatu negara. Negara kita Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik/kaum, oleh itu untuk memastikan negara sentiasa berada dalam keadaan yang aman damai, perpaduan antara warganya yang berbilang kaum tadi harus terus dipupuk dan dibajai agar ia tidak bergelora sehingga menyebabkan kepada kemusnahan negera bangsa. Untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia perlulah bermula dari akar umbinya termasuklah pelajar di universiti yang merupakan calon golongan elit yang bakal menjadi pewaris kepada peneraju negara pada masa akan datang kelas. Oleh itu satu tinjauan awal dilakukan agar gambaran sebenar dapat diperolehi melalui kajian ini yang mengemukakan persoalan kajian (1) bagaimanakah suasana/iklim interkasi antara kaum di kalangan pelajar Universiti (2) bagaimanakah tahap keselesaan dalam menjalin hubungan antara kaum di kalangan pelajar di dalam kampus (3) apakah kecenderungan persepsi pelajar terhadap hubungan antara kaum dalam persekitaran kampus tempat di mana mereka menuntut ilmu dan tinggal untuk suatu jangkamasa yang agak panjang iaitu sekurangkurangnya selama tiga tahun dah; (4) adakah wujud hubungan antara suasana/iklim interaksi, tahap keselesaan dalam menjalin hubungan dan persepsi pelajar terhadap hubungan antara kaum. Satu kajian lapangan dilakukan dan pengumpulan data berdasarkan kaedah borang soal selidik digunakan. Sampel kajian adalah pelajar SPS tahun ke 3 yang telah menempuh kehidupan di kampus selama lebih 2 tahun. Sebanyak 836 borang soal selidik yang lengkap diisi dianalisis mengunakan program SPSS. Dapatan kajian menunjukkan kecenderungan suasana/iklim interaksi yang lebih positif menunjukkan peratusan yang lebih tinggi. Dari segi tahap keselesaan dalam menjalin hubungan antara kaum di kalangan pelajar di dalam kampus berada dalam keadaan yang sederhana. Pelajar menunjukkan kecenderungan untuk memberikan persepsi yang positif terhadap hubungan antara kaum dalam persekitaran kampus. Dapatan kajian menunjukkan suasana/interaksi antara kaum mempunyai hubungan yang positif dengan tahap keselesaan dalam menjalin hubungan antara kaum dan persepsi hubungan antara kaum. Dicadangkan supaya programprogram yang boleh menghangatkan suasana/iklim interaksi antara kaum dapat diperbanyakkan agar dapat membentuk suatu kehidupan yang harmoni di dalam kampus dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan di luar sana. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum (plural society). Ia wujud hasil impak daripada zaman penjajahan kolonial British yang telah melakukan campurtangan dalam struktur sosio-politik masyarakat Melayu tradisi. Di samping itu kewujudan masyarakat majmuk di negara ini adalah berpunca dari faktor migrasi golongan masyarakat khususnya dari Tanah Besar China dan India yang menjadi sumber buruh kepada pihak Inggeris untuk mengerjakan kegiatan perlombongan bijih timah dan pengeluaran getah di Tanah Melayu. Mengikut pandangan Furnivall (1948), konsep masyarakat majmuk merujuk kepada masyarakat yang dicirikan dengan perpecahan tetapi dalam masyarakat majmuk perbezaan yang wujud dari segi ras dan etnik itu selari dengan perbezaan ekonomi sehingga ketegangan dan ketidakstabilan lebih mudah berlaku. Oleh hal demikian, soal perpaduan dan hubungan di antara kaum merupakan agenda penting negara dalam memastikan kestabilan politik sentiasa terjamin. Kajian hubungan kaum di kalangan pelajar institut pengajian tinggi adalah penting bagi mengenalpasti situasi integrasi nasional pada masa kini. Integrasi nasional penting kerana ia akan menentukan sentimen perkauman yang boleh merobohkan benteng perpaduan sebagaimana yang telah berlaku pada 13 Mei, 1969. Nilai perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum harus dipertahankan agar ia dapat mengekalkan keharmonian kaum. Oleh itu untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia perlulah bermula dari akar umbinya termasuklah pelajar di universiti yang merupakan calon golongan elit yang bakal menjadi pewaris kepada peneraju negara pada masa akan datang kelak. Maka tinjauan awal perlulah dilakukan agar gambaran sebenar dapat diperolehi bagi merangka strategi yang bersesuaian dalam pembangunan bangsa Malaysia. Konsep hubungan kaum berkaitan dengan interaksi di kalangan kelompok kaum dalam satu jangka masa tertentu. London berpendapat bahawa integrasi kaum menjurus kepada interaksi dan hubungan di antara kumpulan minoriti dan masyarakat utama yang akhirnya mebawa kepada penyebatian budaya tanpa menjejaskan indentiti kebudayaan seseorang individu. (London dalam Somerland, 1970:24) Interaksi kaum dirujuk sebagai satu hubungan antara dua sistem yang terjadi sedemikian rupa sehingga kejadian yang berlangsung pada sesatu sistem akan mempengaruhi kejadian yang berlaku kepada sistem yang lain. Ia juga merupakan satu pertalian sosial antara individu sehingga mereka saling pengaruh dan mempengaruhi antara satu sama lain. (Chaplin, 1985) Dalam kajian ini, hubungan kaum di kalangan responden dirujuk kepada interaksi sosial individu di kampus. Interaksi sosial ialah satu proses yang melibatkan perhubungan antara dua atau lebih individu atau kelompok. Ia melibatkan tindakan saling balas membalas dalam ertikata tingkahlaku individu diambilkira atau diorientasikan ke arah tingkahlaku individu lain dan saling pengaruh mempengaruhi antara satu sama yang lain. Interaksi sosial ini dirujuk kepada perhubungan di antara kaum dari etnik Melayu dan bukan Melayu di dalam kampus. Antara aktiviti yang dilihat merangkumi aktiviti 3 perbincangan tutorial, penglibatan dalam persatuan, aktiviti sukan, kebudayaan dan hubungan personal seperti memilih rakan untuk berbincang soal peribadi atau agama. Suasana/iklim interaksi digambarkan sebagai rentak suasana hubungan antara sistem atau individu, kelompok, organisasi yang terdapat di dalam komuniti atau masyarakat yang saling pengaruh mempengaruhi antara satu sama lain. Ia bagi memperjelaskan tentang keharmonian yang berlaku di dalam kelangsungan hubungan. Keselesaan Interaksi Merupakan suatu perasaan kesenangan dan kepuasan perasaan yang diperolehi hasil daripada aktiviti fizikal yang releks dan bebas dari kesakitan serta tidak mengalami sesuatu yang mengecewakan. Oleh itu keselesaan interaksi adalah mengambarkan tentang kesenangan dan tanpa kerisauan individu untuk menjalin hubungan dengan individu lain atau kelompok, organisasi dan komuniti.