Nur Afifah Hamzah's 1.A3 : Video - OpenLearning

Berdasarkan video di atas, "Sejarah Pembentukan Masyarakat Pelbagai Etnik", kita dapat melihat bahawa pada zaman pemerintahan British, penjajah telah mewujudkan kelompok-kelompok etnik berdasarkan kegiatan ekonomi iaitu orang melayu dilampung, cina di lombong dan india di estet . Hal ini bertujuan untuk menjaga kepentingan mereka agar tidak terjejas dengan kewujudan perpaduan kaum kerana mereka mahu mengeksploitasi semaksimum mungkin kekayaan semula jadi Tanah Melayu pada masa itu. Oleh itu, mereka menetapkan status dan peranan yang berbeza bagi setiap kaum. perbezaan kepelbagaian etika pada zaman Melayu Melaka dengan zaman penjajahan British adalah melalui struktur masyarakatnya. Pada zaman penjajahan British, berlakunya penghijrahan yang besar dengan bilangan masyarakat yang ramai tetapi pada zaman Melayu Melaka, penghijrahan yang berlaku telah membawa kepada perbezaan cara hidup, kepercayaan dan budaya. Seterusnya, berkaitan dengan ekonomi pada zaman Melaka dengan zaman penjajahan British. Pada zaman Melayu Melaka, pelbagai usaha dan strategi telah dijalankan untuk memberi peluang kepada masyarakat agar dapat menghapuskan jurang perbezaan antara mereka. Berbeza pula pada zaman penjajahan British, dimana penjajah menjalankan dasar pecah dan perintah di mana ketiga-tiga kaum tinggal di kawasan yang berasingan. Sebagai contohnya, kaum Melayu tinggal di kawasan kampung dan bekerja sebagai petani, kaum Cina tinggal di kawasan bandar dan bekerja sebagai pelombong manakala kaum India pula tinggal di kawasan estet dan bekerja sebagai penoreh getah. Tetapi, dasar ini mula berubah selepas pengenalan Dasar ekonomi baru yang diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohaamad yang bertujuan untuk menghapuskan sistem kelompokan mengikut peranan kaum.

Comments

Chat