Ahmad Shafiq Bin Akram's 9.A3 : AKTIVITI 3 - OpenLearning

Jawapan Esei


Pada pendapat saya,saya bersetuju bahawa sistem sekolah satu aliran dapat memupuk kesepaduan sosial dalam kalangan anak-anak muda.Di Malaysia,terdapat empat jenis buah sekolah yang berbeza yang terdiri daripada sekolah Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris. Keempat-empat buah sekolah ini menggunakan sukatan pelajaran yang berbeza. Hal ini menyebabkan ketidakseragaman dalam bahasa, identiti dan fahaman. Keadaan ini,menimbulkan dampak dalam memupuk perpaduan rakyat Malaysia. Berikut merupakan faktor-faktor yang mengukuhkan alasan mengapa sekolah dan institusi pengajian tinggi amat memainkan peranan yang penting dalam memupuk kesepaduan. Pemillihan sekolah atau institusi pengajian tinggi sebagai tempat untuk memupuk kesepaduan sosial adalah kerana kedua-dua tempat ini merupakan tempat yang terbaik untuk memulakan hubungan integrasi pada peringkat awal. Oleh yang demikian, pihak kerajaan berusaha untuk melaksanakan sekolah satu aliran untuk memupuk kesepaduan antara kaum. Pada masa yang sama, banyak pihak menentang pelaksanaan sekolah satu aliran tersebut kerana bimbang bahasa dan identiti kaum mereka terhakis. Namun, nilai dan kepentingan tidak seharusnya menjadi perbalahan kerana pendidikan merupakan landasan terbaik dalam mewujudkan perpaduan di kalangan generasi muda. Faktor yang seterusnya ialah sekolah satu aliran akan menyediakan satu persekitaran di mana remaja berbilang kaum bukan sahaja boleh melalui proses pembelajaran dengan selesa tetapi juga menyediakan ruang yang secukupnya untuk mereka berinteraksi dan memahami di antara satu sama lain. Ini merupakan satu proses menuju ke arah sebuah negara maju dalam erti kata saling memahami perasaan dan sensitiviti di kalangan rakyat yang berbilang kaum serta menjamin kestabilan politik, ekonomi dan sosial. Setelah memahami kepentingan sekolah dan IPT sebagai tempat untuk membina kesepaduan antara etnik, kita juga perlu sedar terdapat halangan yang tertentu dalam hendak melaksanakan sistem sekolah satu aliran ini. Salah satunya ialah perbezaan agama dan budaya. Secara majoritinya masyarakat Melayu di Malaysia menganuti agama Islam, masyarakat Cina pula menganuti agama Buddha, manakala masyarakat India menganuti agama Hindu. Bumiputra Sabah dan Sarawak tidak terkecuali kerana mereka mempunyai pelbagai kepercayaan. Begitu juga dengan budaya, setiap etnik mempunyai budaya mereka yang tersendiri yang dipraktikkan. Perbezaan latar belakang rakyat sebegini menyukarkan perpaduan di bentuk, Namun perbezaan ini tidak seharusnya dipandang sebagai masalah tetapi sepatutnya dipandang sebagai kepelbagaian. Kesukaran membentuk kesepaduan bukanlah disebabkan oleh agama atau budaya tetapi disebabkan oleh sikap manusia itu sendiri yang tidak mahu menerima kepelbagaian.

Comments

Chat